Headlines

1 Mac 2016

KEMERIAHAN MAJLIS ULANG TAHUN KE-2 PROJEK TRAVEL

KEMERIAHAN MAJLIS ULANG TAHUN KE-2 PROJEK TRAVEL | Baru-baru ini Team Projek Travel telah melangsungkan satu majlis yang cukup bermakna iaitu sambutan Ulang Tahun Ke-2 penubuhan Projek Travel bertempat di Restoran D'saji KL Titiwangsa selaku penaja rasmi lokasi. Sebenarnya tarikh sebenar penubuhan adalah pada 1.1.2014 tapi memandangkan jadual yang padat dan persiapan rapi perlu dilakukan, maka sambutan ulang tahun ke-2 ini dibuat pada tarikh 20.2.2016.

Majlis Ulangtahun Ke-2 Projek Travel di Dewan Tulip, Restoran D'Saji KL Titiwangsa

Tatarias Dewan Tulip, Restoran D'Saji KL Titiwangsa untuk Majlis Ulang Tahun Ke-2 Projek Travel

Pada awalnya, kami selaku admin Projek Travel tidak menyangka sambutan ini akan dibuat secara besar-besaran tapi bagi menghargai pihak-pihak yang sentiasa menyokong kami, maka terlaksanalah majlis ini. Kami amat-amat mengalukan dan mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada tetamu yang hadir terutama kepada Pengurus Besar Hotel Tenera D’Saji Tuan Haji Muhammad Shafie selaku wakil dari Restoran D’Saji KL Titiwangsa, wakil dari Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor (UPEN), Gaya Travel, wakil-wakil penaja, rakan-rakan media, artis, bloggers dan sahabat PT.

Tetamu VIP

Rakan artis dan media

Rakan media sosial

Rakan bloggers

Selain dari sambutan Ulang Tahun ke-2 Projek Travel, majlis ini juga diadakan bertujuan untuk memperkenalkan 8 orang admin di bawah Team Projek Travel. Kesemua 8 orang admin ini mempunyai latar belakang yang berbeza tetapi ‘obses’ terhadap pengembaraan dan juga pelancongan. Mungkin masih ada di kalangan pembaca yang tidak mengetahui siapakah 8 orang admin tersebut kerana kami agak sukar berkumpul bersama, jadi inilah masanya untuk kami perkenalkan secara rasmi agar tiada kekeliruan di masa akan datang.

8 orang Admin Projek Travel

Antara admin Projek Travel di Majlis Ulang Tahun Ke-2

Pada malam ini juga, semua tetamu dihiburkan dengan persembahan menarik dari kumpulan tarian kebudayaan Restoran D'saji KL Titiwangsa yang berunsurkan tarian etnik masyarakat Borneo. Selain itu, ada juga persembahan dari artis tanahair iaitu dari kumpulan Sakura Band yang popular dengan lagu 'Melepaskanmu', Sandra (mentor Legend) yang popular dengan lagu 'Hey Kau' dan juga Sarah Fazny (Mentor Legend) dengan lagu singlenya 'Tak Mungkin'.

Persembahan kebudayaan dari D'saji KL Titiwangsa

Sarah Fazny

Sandra

Sakura Band

Dari segi makanan, pada malam tersebut hidangan makan malam kami turut ditaja oleh Restoran D'saji KL Titiwangsa. Dengan konsep makanan ala BBQ, rata-rata semua tetamu memuji kesedapan dan keenakan hidangan pada malam tersebut. Selain itu, sebiji kek telah disediakan oleh Niza Cake House sebagai simbolik kepada sambutan ulang tahun ke-2 Projek Travel.

Acara potong kek

Tetamu menjamu selera

Tetamu menjamu selera

Acara kemuncak pada malam tersebut adalah cabutan bertuah dan penyampaian Anugerah kepada beberapa individu yang banyak memberi sumbangan dan sentiasa menyokong Projek Travel sepanjang 2 tahun penubuhan kami. Selain itu ada juga penghargaan kepada individu-individu yang membantu menjayakan majlis pada malam tersebut termasuk para penaja. Terima kasih yang tak terhingga kami ucapkan kepada semua pihak yang terlibat. Berikut adalah senarai anugerah dan senarai penaja majlis kami pada malam tersebut :

Anugerah King dan Queen Of the Night


Anugerah Ikon Sahabat PT (blogger)
Eazy Izuddin

Anugerah Ikon Sahabat PT (Media Sosial)
Yazid Izzat

Anugerah Khas PT
Nurramizah Fadzil

Anugerah Penghargaan Terima Kasih
Amir Nawawi
Miera Nadhirah
Emas Putih
Bro Framestone
Hariri
Neyra Shazeyra
Zulkifli Bujang
Soleh Ahmad
Gaya Travel
Adib

Hadiah untuk cabutan bertuah

Hadiah untuk penghargaan kepada individu yang banyak menyokong Projek Travel

Antara pemenang hadiah cabutan bertuah

Senarai Penaja :

SENARAI PENAJA
MAKLUMAT PENAJA
D'Saji KL Titiwangsa
Instagram : @dsajikltitiwangsa

Gaya Travel
Twitter : @gayatravel
Instagram : @gayatravel
Afiya Kuala Lumpur
Facebook : Afiya Kuala Lumpur
Twitter : @AfiyaMY
Instagram : @afiyakualalumpur
Indigital Music
Facebook : Indigital Music
Twitter : @IndigitalMusic
Instagram : @indigitalmusic
ThesePlay
Facebook : Theseplay
Twitter : @theseplay
Instagram : @theseplay
Lensofobia Global
Facebook : Lensofobia Visual
Instagram : @lensofobia
Red Box
Twitter : @ILuvRedBox
Instagram : @ILuvRedBox
Red Stiletto Camper
Facebook : RedStiletto Camper
Instagram : @redstilettocamper
Hijrah Couture
Facebook : Hijrah Couture
Twitter : @HijrahCouture
Instagram : @hijrahcouture
ConfettiByMr
Instagram : @confettibymr
ByFauziAryaan
Facebook : Byfauziaryaan
Instagram: @byfauziaryaan
Dea_AlMughni
Instagram : @dea_almughni
Selamat Bercuti
Facebook : Selamatbercuti.com
Twitter : @selamatbercuti
Instagram : @selamatbercuti
Safurara
Facebook : Sugarland By Rara
Instagram : @sugarlandbyrara
Niza Cake House
Facebook : Niza Danudin
Ang Jumei
Facebook : MekZumbie Page
Twitter : @mek_zumbie
Instagram : @mek_zumbie
Yatie Adam
Facebook : Gnor Gnur
Twitter : @gnorgnur
Instagram : @vitaminsno1
Website : www.yatiadam.com
Spa Mawar Putih
Facebook : SPA MAWAR PUTIH
Instagram : @spamawarputih
Fairyna Beauty
Instagram : @farinabasneemakeup
FizGraphic
Facebook : Fizgraphic
Instagram : @fizgraphic
Akamika Gift
Facebook : Akamika Gift
Twitter : @akamikagift
Instagram : @AkamikaGift
Hariri Zolkifli
Facebook : Hariri Zolkifli
Instagram : @HaririZolkifli
CVS Production
Facebook : CVS Production
Twitter : @CVSProduction
Instagram : @cvsproduction
Fanikatun
Facebook : Fanikatun.com
Instagram : @ahmed.fani



Akhir kata, sekali lagi kami selaku admin Projek Travel mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat dengan Majlis Ulang Tahun Ke-2 Projek Travel ini. Sesungguhnya malam tersebut akan meninggalkan 1001 kenangan kepada kita semua hingga ada yang masih lagi tak boleh 'Move On'. Semoga ikatan ukhuwah antara kita akan berterusan dan kepada Projek Travel, semoga terus sukses!!

1001 Kenangan yang bakal dibawa pulang

Admin Projek Travel bersama rakan artis

Keseluruhan tetamu dan rakan-rakan yang hadir di Majlis Ulangtahun ke-2 Projek Travel


KEMERIAHAN MAJLIS ULANG TAHUN KE-2 PROJEK TRAVEL
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

3 ulasan:

Top