CAPSULE HOTEL KLIA2

Capsule Hotel KLIA2 | Kepada traveller di luar sana, terutama sekali yang mencari lokasi untuk bermalam di sekitar Lapangan Terbang Antarabangsa (KLIA2) pada harga rendah/ hotel bajet, bolehlah consider Capsule By Container Hotel sebagai salah satu option. Dengan harga yang berpatutan, lokasi yang strategik dan tempat tidur yang selesa, semestinya Capsule Hotel menjadi salah satu pilihan terbaik untuk dijadikan tempat persinggahan sementara menunggu waktu penerbangan terutamanya di awal pagi.



Untuk perkongsian kali ini, kami akan bercerita serba-sedikit pengalaman dan tips untuk anda yang bercadang untuk menginap di Capsule Hotel KLIA2. Semoga sedikit-sebanyak dapat memberi info yang tepat dan gambaran yang lebih jelas sebelum membuat keputusan untuk bermalam/ beradu di Capsule Hotel KLIA2. Ok, jom kami kongsikan 9 tips utama tentang Capsule KLIA2.


1. Booking/ Reservation

Untuk booking atau reservation, ada 3 kaedah mudah. Boleh pilih mana-mana kaedah yang bersesuaian dan lebih mudah untuk korang.

Untuk kaedah walk-in di kaunter, dinasihatkan supaya membuat tempahan awal at least seminggu. Nak walk-in on the spot in case emergency/ terdesak pun boleh, cuma belum tentu sama ada masih ada kekosongan ataupun tak. So, nak selamat better book awal ataupun book secara online.



Sebelum membuat tempahan, make sure dah tahu serba-sedikit tentang bilik mana yang nak book dan berapa rate/ harga. For your info, terdapat dua pilihan kapsul iaitu single size bed dan queen size bed. Rate untuk setiap kapsul adalah seperti berikut:

3 Jam
6 Jam
12 Jam
Single Size Bed
RM 55
RM 80
RM 100
Queen Size Bed
RM 160
RM 200


Selain itu, Capsule turut menyediakan kemudahan untuk day sleeper dengan rate yang lebih rendah iaitu bermula jam 8:00 pagi hingga 4:00 petang. Rate untuk day sleeper adalah seperti berikut:

3 Jam
6 Jam
12 Jam
Single Size Bed
RM 45
RM 65
RM 85
Queen Size Bed
RM 130
RM 170


* Rate berikut berdasarkan rate semasa iaitu pada Mac 2016 dan tertakluk kepada sebarang perubahan dari semasa ke semasa



2. Lokasi



Dari segi lokasi, Capsule Hotel KLIA2 sangat mudah untuk diakses. Terletak di Tingkat 1 KLIA2, berdekatan dengan hub pengangkutan awam seperti bas dan teksi, memudahkan lagi untuk korang jumpa. Capsule Hotel KLIA2 mengambil masa antara 5-10 minit untuk ke balai perlepasan KLIA2. Selain lokasi yang strategik, terdapat juga kedai runcit dan kedai makan berdekatan iaitu  NZ Curry House untuk kemudahan semua.


3. Check-in

Untuk urusan check-in, jangan lupa untuk membawa sekali resit pembayaran bagi yang book manual di kaunter ataupun bukti pembayaran bagi yang book menerusi online. Jangan lupa untuk menyediakan RM50 bagi tujuan wang deposit sebelum mendapat kad akses dan amenity bag yang dilengkapi dengan tuala, berus gigi, ubat gigi dan air mineral. 


Bagi yang membawa bagasi atau bag yang bersaiz besar, boleh rujuk staff di kaunter untuk pertanyaaan lanjut bagi urusan penyimpanan. Bagi pengalaman peribadi kami tempoh hari, staff di kaunter hanya minta bagasi dan mereka simpan di kaunter buat sementara. Then, masa nak check-out baru ambil balik.


4. Lockers - Tempat simpanan bagasi/bag





Untuk bag yang bersaiz 30 x 23 x 15 cm, bolehlah simpan di lockers yang disediakan. Untuk barang-barang berharga, dinasihatkan untuk disimpan bersama sepanjang masa sewaktu menyewa di Capsule Hotel KLIA2 bagi mengelakkan sebarang insiden kehilangan barang berlaku.



5. Tempat simpanan kasut (shoe storage)

Selain tempat simpanan bag, pihak Capsule juga ada menyediakan tempat simpanan kasut. Bagi yang berkasut, jangan bimbang kerana pihak Capsule ada menyediakan selipar untuk setiap orang. Jadi, bolehlah guna untuk ke bilik air/ bilik mandi atau berjalan-jalan di kawasan sekitarnya.


6. Tempat tidur yang selesa

Ini part yang paling penting sebabnya kita bayar untuk tidur. Tak kira sama ada untuk 3 jam, 6 jam ataupun 12 jam, keselesaan memang menjadi keutamaan. Jujurnya, tilam dan bantal yang disediakan amat selesa. Selain itu, kapsul yang dilengkapi dengan soket untuk charging, cermin, meja yang boleh dilipat serta tirai untuk menjamin privasi setiap orang ketika tidur amat memuaskan. Paling penting, kemudahan wifi turut disediakan. Berikut kami sertakan beberapa foto yang sempat kami rakam untuk korang tengok sendiri ruang bilik tidur yang disediakan.





Kalau takut terlajak tidur ke apa, boleh request untuk wake up call. Kalau kena check-out jam 5 pagi, mintak la staff di kaunter buat wake up call dalam jam 4:30 pagi. Jadi, sempatlah nak mandi dan bersiap-sedia untuk ke balai perlepasan KLIA2.


7. Ruang Chill out

If and only if, dah book tapi tak dapat tidur. Apa nak buat? Don't worry, pergi lah lepak-lepak santai di ruang chill out. Sambil layan wifi, sambal baca buku, mengantuklah tu nanti, hahaha. Jujurnya, mini library di Capsule Hotel KLIA2 memang simple dan kemas. Tak percaya? Cuba tengok gambar kat bawah ni haa. Siap ada bean bag lagi. Boleh guling-guling.








8. Bilik mandi (Shower room)

Ok, mesti korang tertanya-tanya kan. Stay di Capsule Hotel KLIA2 ni, nak mandi kat mana? Ada bilik mandi ke? Jawapan dia, yes memang ada. Cumanya, konsep bilik mandi dia sama macam bilik mandi di asrama. Tahukan? Yang konsep sharing bathroom tu. Tapi, tak payah risau la, setiap bilik mandi ada pintu dan kunci. Maybe ada yang tak selesa dengan konsep ini. But for me as single traveller, I don't mind at all as long as dapat tempat tidur dan ada tempat nak mandi. Settle!


9. Check-out

Ok, last but not least. Apa yang perlu buat semasa check-out? It's simple. Just bagi balik akses kad yang diberi time check-in dan pulangkan balik kain tuala. Lepas tu, jangan lupa ambil balik duit deposit RM50. Done!



Settle 9 tips mudah untuk sesiapa yang bercadang untuk stay di Capsule Hotel KLIA2. Semoga dengan perkongsian kali ini, korang dapatlah info yang dicari-cari. Apapun, untuk maklumat lanjut korang boleh rujuk sendiri laman media sosial Capsule KLIA2. Enjoy your staycation there and don't forget to share your experience with us by using hashtag #ProjekTravel on Instagram.


Website:

Facebook:

Instagram:

Twitter:

2 Responses to "CAPSULE HOTEL KLIA2"

  1. Macam terasa nak cuba . ...pernah cuba di NZ tp bukan begini .

    BalasPadam

Google+ Followers

Followers

Hubungi Kami

Subscribe Projek Travel