Headlines

23 Feb 2016

ROCKBUND FISHING CHALET BUKAN HANYA UNTUK KAKI PANCING


ROCKBUND FISHING CHALE
Tempoh hari kami berkesempatan ke Pulau Marina di Perak. Marina Island Pangkor merupakan sebuah pulau buatan seluas 316.9 ekar yang mana ianya dihubungkan dengan tanah besar menggunakan jambatan sepanjang 400m. Untuk pengetahuan korang, dekat sini juga terletaknya jeti kedua untuk ke Pulau Pangkor, yang mana ia merupakan jeti yang akan membantu anda mengambil masa 10 minit untuk ke Pulau Pangkor berbanding Jeti Lumut yang mana ianya dikatakan mengambil masa sehingga 30-40 minit.


Tujuan kami ke Pulau Marina ni sebenarnya bukan untuk ke Pulau Pangkor. Apa yang lebih menarik minat kami ke sini adalah untuk ke sebuah chalet yang sangat unik dan mendamaikan iaitu ROCKBUND FISHING CHALET. Sudah semestinya fungsi utama chalet ini adalah untuk menarik kaki pancing kerana ianya merupakan lokasi yang sangat strategik untuk kaki pancing melepaskan gian. Beberapa buah platfom yang besar di bina untuk memudahkan kaki pancing.

Platfom untuk memancing_Foto rockbund.inndesk.com
Bagi admin, oleh kerana lokasi chalet yang agak privacy dan suasana yang cukup mendamaikan ditambah pula dengan keunikan chalet ini sendiri, ia sangat sesuai untuk honeymoon mungkin. Semasa kami kesini tempoh hari, ada beberapa pasangan suami isteri baru sahaja check in untuk bermalam di sini. Bukan itu sahaja, ada juga yang datang dengan keluarga bersama anak-anak untuk bercuti disini. Sudah semestinya chalet yang mereka sediakan dapat memenuhi permintaan setiap pelanggannya.





_Foto rockbund.inndesk.com
_Foto rockbund.inndesk.com
Ini merupakan kali ke 2 admin ke sini selepas lawatan media anjuran Gaya Travel pada tahun lepas (2015). Banyak juga perubahan dan penambahbaikan yang telah dilakukan oleh mereka.



Alamat :
Marina island , 
Lumut, 32200 Perak.

Email :
rockbundfishingchalet@gmail.com

Website :
http://rockbund.inndesk.com/

Facebook :

Contact No. :
+6016-5580388
ROCKBUND FISHING CHALET BUKAN HANYA UNTUK KAKI PANCING
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

3 ulasan:

  1. nama dah lain rupanya..dulu Choral Fishing ke apa namanya..haha..syok kat sini mancing, tapi lagi best kat Kuala Gula..:D

    BalasPadam
  2. Cantik . ..mungkin akak nak masukkan dalam list travel kami.

    BalasPadam

Top