Pengiklanan & Pertanyaan

projektravel@gmail.com

✈ We share the moment. We share the tips. We share to add value to people.

16 Feb 2016

MAJLIS PRA PELANCARAN VISIT TERENGGANU 2017 | BEAUTIFUL TERENGGANU

Majlis Pra Pelancaran Tahun melawat Terengganu 2017 telah berlansung di Banquet Hall Hotel Ritz Carlton Kuala Lumpur pada 26 Januari 2016 yang lepas. Majlis ini merupakan pengenalan awal kepada Negeri Terengganu Darul Iman untuk memperkenalkan Beautiful Terengganu sebagai salah satu strategi produk dalam persediaan untuk Tahun Melawat Terengganu 2017.


Dengan bertemakan "There's More To Terengganu Than What You Know", Menteri Besar Terengganu YAB Dato' Seri Haji Ahmad Razif Abdul Rahman berkata, Terengganu akan mempertingkatkan aktiviti pemasaran untuk menarik pelbagai segmen sasaran. Aktiviti ni semua akan direka untuk tingkatkan lagi purata perbelanjaan pelancong dan tempoh pelancong bercuti kat Terengganu. Dengan menyasarkan seramai 6.5 juta ketibaan pelancong dalam masa 5 tahun.


Sempena Tahun Melawat Terengganu 2017 ini juga, kerajaan negeri Terengganu telah mengiktiraf bidang pelancongan sebagai teras ekonomi dan telah memulakan beberapa program intensif untuk membangunkan lagi dan mendorong sektor pelancongan di Terengganu.



Terengganu "Negeri Cantik, Budaya Menarik". Insyaallah pada penghujung bulan Mei ni, kami bersama beberapa Sahabat PT dan Media akan ke salah satu lokasi tumpuan pelancongan popular di Negeri Terengganu iaitu Pulau Perhentian.


Tiada ulasan:
Write comments


✈ Terima kasih kerana menjadikan Projek Travel sebagai sumber rujukan travel anda. Sebarang maklum balas sila tinggalkan di ruangan komen atau email kepada kami di projektravel@gmail.com
✈ Jom ramai-ramai follow update Projek Travel di twitter ! - https://twitter.com/ProjekTravel
Subcribe Projek Travel !