Headlines

25 Feb 2016

LAKSA TELUR GORENG BERSARANG MAKIN POPULAR DI IPOH


Kafe Laksa Telur Goreng Bersarang
Penjelajahan kami team projek travel kali ini telah membawa kami ke satu destinasi yang cukup terkenal dengan gelaran "Bandar Hipster" iaitu bandar Ipoh. Gelaran ini disebabkan kewujudan tempat-tempat tarikan pelancong yang berkonsepkan hipster seperti hotel-hotel, cafe-cafe dan bermacam-macam lagi dipelosok bandar tersebut.

Bila bercerita mengenai hipster, kebiasaannya kita akan membayangkan akan sesuatu yang berkongsepkan western. Tapi berbeza dengan sebuah restoran yang berada di Ipoh ini. Juga menonjolkan restoran yang berkonsepkan ala hipster dengan menu makanan popular masyarakat di negara kita dengan penyampaian yang cukup berbeza dari kebiasaan iaitu laksa

Laksa Telur Goreng Bersarang
Laksa Telur Goreng Bersarang adalah menu yang kami jual. Apa yang istimewa adalah pada telor goreng tersebut apabila mesra dengan kuah laksa ala utara... Ada juga tambahan pelbagai fish cake dan fish ball sebagai penambah selera._laksabersarang.blogspot.my
Laksa Telur Goreng Bersarang dihidangkan dengan paste udang
Harga yang mereka tawarkan juga diluar kebiasaan mana-mana restoran hipster yang ada di bandaraya Ipoh mahupun Kuala Lumpur. Dengan hanya berbekalkan RM3.50 korang mampu memiliki menu istimewa mereka iaitu Laksa Telur Goreng Bersarang. *kalau tak percaya korang leh rujuk gambar kat bawah ni.

senarai harga laksa telur goreng bersarang
Tidak hairanlah walaupun lokasinya jauh sedikit dari bandar Ipoh, Kafe Setinggan yang berkongsepkan layan diri ini sentiasa dipenuhi oleh peminat Laksa Telur Goreng Bersarang khususnya. 

suasana di dalam kafe setinggan
Kafe ini mempunyai dua bahagian iaitu bahagian tertutup dan bahagian terbuka seperti di dalam gambar. 

bahagian ruangan terbuka sesuai untuk santai-santai
Salah satu pintu masuk utama
hiasan rumah lama
Kalau korang nak tengok apa pelanggan-pelanggan diorang review pasal Laksa Telur Goreng Bersarang ni, korang boleh rujuk di page diorang kat bawah ni.


Ketagih setiap minggu wajib pergi... mesti cari yg special.. tgu lame2. Beratur lame2.. berebut tempt duduk pon sanggup... sedappp
Posted by EiDa Cendoi Pulot on Tuesday, February 16, 2016




Waktu perniagaan Kafe Laksa Telur Goreng Bersarang
Waktu niaga bermula :

Jam 12.00 tengahari hingga jam 7.00 petang
Tutup hanya pada hari Jumaat.

Untuk maklumat lanjut korang boleh rujuk website diorang di http://laksabersarang.blogspot.my/

Mereka juga buka untuk tempahan majlis

Hubungi :

0135867886 / 0135867881 Bid Azril


Pada yang belum tahu dimana lokasi kedai baru boleh la rujuk lokasi kat bawah ni:



Alamat:

No.1,Jalan Margosa D/8,
Seri Margosa,
Taman Seri Botani.


LAKSA TELUR GORENG BERSARANG MAKIN POPULAR DI IPOH
  • Title : LAKSA TELUR GORENG BERSARANG MAKIN POPULAR DI IPOH
  • Posted by :
  • Date : 8:00 PG
  • Labels :
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

1 ulasan:

  1. Memang sedap, sempat merasa masa cuti hujung tahun lepas..

    BalasPadam

Top