Headlines

2 Feb 2016

GO DOMESTIC GALAKKAN MELANCONG DALAM NEGARA



#GoDomestic merupakan satu usaha dalam memperkenalkan dan menggalakkan pelancong terutama rakyat malaysia untuk melancong dalam negara. Dengan pelancaran kempen #GoDomestic oleh MITA, pengunjung dari luar dan dalam negara bukan sahaja dapat menikmati percutian hebat di destinasi-destinasi tempatan kegemaran mereka sahaja malah dapat mengenali negara ini dengan lebih dekat lagi melalui aktiviti-aktiviti yang disediakan di sepanjang tahun 2016 ini.

Pameran pelancongan MITA yang berlansung selama tiga hari bermula dari 29 - 31 Januari 2016 telah menyaksikan penyertaan besar-besaran daripada lebih 140 penggiat industri yang telah mempamerkan keunikan Malaysia dengan cara tersendiri kepada setiap pengunjung yang telah datang ke pameran tersebut yang telah diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC). Meliputi ruang Dewan 6 sebesar 2,700 kaki persegi, KLCC telah membuka pintu utamanya kepada orang awam secara percuma seawal 9 pagi sehingga 9 malam setiap hari.


Pemeran MITA 2016 kali ini telah menjadi sebuah platform bagi 400 ahli-ahli MITA untuk menjual tiket penerbangan dan pakej percutian tempatan pada harga yang amat berpatutan di musim lengang (off-peak).  Selain itu, mereka juga berpeluang memperkenalkan produk-produk yang baru serta perkhidmatan yang ingin mereka ketengahkan. Pada masa yang sama, ejen-ejen pelancongan yang turut terlibat akan dijanjikan insentif pada kadar yang bersesuain. 

Dengan adanya kempen sebelum ini yang telah digiatkan oleh Pelancongan Malaysia seperti Kenali MalaysiaCuti-cuti MalaysiaZoom Malaysia dan sekarang ini dibawah program `Make It Malaysia’ - Dekat Je!, semua kempen-kempen ini diperkenalkan dengan satu objektif – memastikan industri pelancongan tempatan negara terus berkembang pesat bukan sahaja dengan kemasukkan pengunjung dari luar tetapi juga menggalakkan penduduk tempatan untuk bercuti di negara sendiri.

GO DOMESTIC GALAKKAN MELANCONG DALAM NEGARA
  • Title : GO DOMESTIC GALAKKAN MELANCONG DALAM NEGARA
  • Posted by :
  • Date : 8:00 PG
  • Labels :
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

2 ulasan:

Top