KADAR TAMBANG BARU ERL KE KLIA/KLIA2

Kadar tambang Express Rail Link (ERL) mulai naik bermula 1 Januari 2016. Dengan kadar tambang baru ERL, sememangnya ia sedikit-sebanyak menjejaskan bajet selaku seorang traveller. Ya, biasa nak pergi ke airport naik ERL sebab nak cepat, sekarang dengan kenaikan yang begitu mendadak membuatkan kita semua fikir banyak kali untuk pilih ERL sebagai pengangkutan utama bagi tujuan ke airport sama ada ke KLIA mahupun ke KLIA2. Dari RM35 untuk perjalanan ERL Ekspress dari KL Sentral ke KLIA2, sekarang tambang baru dinaikkan kepada RM55. *sedikit ke banyak kenaikan? Kalau kira-kira, lepas lah juga untuk makan lunch.


Apapun, kenaikan sudahpun berlaku. Selaku pengguna, kita tak mampu berbuat apa-apa. Nak tak nak, kita kena hadap. Paling tidak, kita perlu mencari alternatif lain untuk ke airport sama ada dengan menaiki bus dari terminal KL Sentral ataupun Terminal Bersepadu Selatan (TBS), drive sendiri ataupun menaiki teksi/ uber. Sememangnya, untuk menjimatkan masa, sudah pasti ERL tetap menjadi pilihan utama dan pilihan terbaik.



6 SEBAB UTAMA KENAPA PILIH ERL EKSPRESS?



1. Paling cepat untuk sampai ke airport (KLIA/KLIA2)

2. 99.7% service tepat negikut jadual perjalanan

3. Rekod keselataman yang cemerlang

4. Menyediakan free wifi dalam ERL

5. Go green

6. Pilihan untuk berjimat dengan diskaun yang ditawarkan


Memang tak dapat disangkal lagi, walaupun ERL mengenakan kadar tambang baru yang jauh lebih tinggi namun sambutan daripada pengguna tidak akan berubah. Kenapa? Kemungkinana besar kerana 6 sebab utama yang menjadikan ERL Ekspress sebagai pilihan pengguna seperti yang dinyatakan di atas. Cuma, bab pilihan untuk berjimat itu rasanya kurang tepat. Memandangkan kenaikan agak ketara, point nombor 6 agak tidak relevan kerana pengguna masih ada alternatif untuk berjimat.



KADAR TAMBANG ERL DARI KL SENTRAL KE KLIA/KLIA2


Berdasarkan kadar tambang baru ERL, kadar tambang ERL Ekspress antara KL Sentral ke KLIA/KLIA2 berbeza mengikut kategori. Dulunya hanya RM35 sehala, kini menjadi RM55 sehala. 

Kadar Tambang ERL
Harga (RM)
Kadar tambang ERL Ekspress
55
Kadar tambang ERL Ekspress pergi balik (return)
100 (50 sehala)
Kadar tambang ERL Ekspress (online/apps/kiosk)
Kadar tambang ERL Ekspress pergi balik (retun) : kad kredit tertentu
45
40

KADAR TAMBANG ERL EKSPRESS




KADAR TAMBANG ERL DARI KL SENTRAL KE PUTRAJAYA & CYBERJAYA


Berdasarkan kadar tambang baru ERL, kadar tambang ERL Transit antara KL Sentral ke Putrajaya & Cyberjaya turut berbeza mengikut kategori. Dulu cuma RM9.50, kini meningkat menjadi RM14.

Kadar Tambang ERL
Harga (RM)
Kadar tambang ERL Transit
14.00
Kadar tambang ERL Transit (kiosk)
12.50
Kadar tambang ERL Transit (kad kredit tertentu)
11.20

KADAR TAMBANG ERL TRANSIT


Begitu juga dengan destinasi-destinasi lain seperti dari Bandar Tasik Selatan (BTS) ke KLIA/KLIA2. Kesemua kadar tambang ERL Transit untuk kesemua destinasi turut mengalami peningkatan. Boleh rujuk jadual yang tertera di atas. Contohnya, parjalanan dari Bandar Tasik Selatan (BTS) ke KLIA/KLIA2 kini menjadi RM38.40 (Dulu cuma RM26).


TIPS PENJIMATAN MENGGUNAKAN ERL KE KLIA/KLIA2



Walaubagaimanapun, untuk setiap rasionalisasi kenaikan kadar tambang ERL, pastinya ada tips penjimatan untuk pengguna. Antara cara-cara untuk berjimat yang boleh dipraktikkan oleh para pengguna adalah seperti berikut:

1. Jimat RM10 dengan pembelian tiket pergi balik (return) dari KL Sentral ke KLIA/KLIA2

2. Jimat 30% dengan pembelian tiket sehala ERL transit untuk warga emas (senior citizens) dan OKU

3. Jimat 10% bila pembelian tiket secara online atau menerusi apps ERL

4. Jimat 10% bila pembelian tiket di kiosk

5. Jimat 10% bila guna kad Touch 'n Go semasa tempoh promosi

6. Jimat sehingga 20% bila menggunakan kad kredit tertentu semasa tempoh promosi 


TIPS PENJIMATAN KHAS DARI PROJEK TRAVEL

Namun, untuk bajet traveller ada lagi satu tips penjimatan khas dari Projek Travel. Nak tahu apa? Bukan magik, bukan silap mata. Cuma perlu korbankan sedikit masa anda untuk stop di mana-mana stesen ERL untuk transit bagi menjimatkan kos. Contohya, instead ambil direct ERL Transit dari Bandar Tasik Selatan (BTS) ke KLIA/KLIA2, why not kita ambil dua transit iaitu dari BTS ke Putrajaya (RM8), stop sekejap di Putrajaya dan beli tiket dari Putrajaya ke KLIA/KLIA2 (RM9.40). So, kalau total up kos tambang berjumlah RM17.40. Kalau direct ERL Transit BTS ke KLIA/KLIA2 akan dikenakan tambang sebanyak RM38.40. Nampak berapa banyak penjimatan yang mampu kita buat? Yes, it's around RM21. Banyak kan? Lepas untuk beli makan minum time stop di stesen ERL Putrajaya. Tips ini hanya valid untuk ERL Transit dan bukannya ERL Ekspress. Kalau nak cepat, abaikan tips ini. Ok :)


Untuk artikel penuh mengenai tips penjimatan menaiki ERL, boleh refer entri kami di sini (klik). 


Sekian sahaja perkongsian tentang kadar tambang baru ERL ke KLIA/KLIA2 efektif 1 Januari 2016. Semoga perkongsian dari kami di Projek Travel dapat membantu anda semua untuk merancang perjalanan dan menjimatkan kos perjalanan. Buatlah pilihan yang bijak!



5 Responses to "KADAR TAMBANG BARU ERL KE KLIA/KLIA2"

  1. Salam Tuan Tanah Blog,
    Saya baru sahaja naik 'benda' ni tapi yang KLIA EXPRESS punya, ada penjimatan 20% sebenarnya jika menggunakan kad kredit atau kad debit mastercard, untuk visa hanya 10%. Waktu tu saya beli kat mesin, adalah cik yang bertugas ni huraikan dengan panjang lebar. So saya dapatlah potongan 20% daripada RM55 tu. Lega sikit, tapi ntah sampai bila promo ini, saya tak pasti. Cik tu kata lama jugalah promo ni akan berjalan. Mereka nak naikkan tambang rasanya benda lain perlu upgrade, misalnya kelajuan WIFI dalam tren, hari tu amatlah siput pergerakannya...mmmmm...pas tu bagilah air seorang sekotak ker apa apa lah hehehehehe barulah orang puas hati

    BalasPadam
  2. so from putrajaya sentral to klia cuma RM9.40 je lah?

    BalasPadam
  3. Nak confirm balik harga kl sentral ke putrajaya rm 14 kn btl x? Ada time tak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. yup RM14. erl ni kalau tak silap, every 30 mins

      Padam

Google+ Followers

Followers

Hubungi Kami

Subscribe Projek Travel