Pengiklanan & Pertanyaan

projektravel@gmail.com

✈ We share the moment. We share the tips. We share to add value to people.

28 Dis 2015

TUBA TRAIL RUN LANGKAWI MALAYSIA 2016

TUBA TRAIL RUN LANGKAWI MALAYSIA 2016 | Bagi mereka yang betul-betul meminati sukan ekstrem seperti merentas desa mahupun aktiviti berlari di kawasan bandar yang sedang hangat dianjurkan sekarang boleh lah mencuba menyertai TUBA Trail Run 2016 .

TUBA Trail Run 2016 taken by pojiegraphy
Ramai tertanya-tanya kenapa dan apa itu TUBA? Seperti kalian, kami sendiri tertanya-tanya apa itu ‘Tuba’. Rupa-rupanya Tuba itu ialah satu nama bagi sebuah pulau yang terletak di Selatan Pulau Langkawi.

PULAU TUBA | Pulau Tuba buat pertama kalinya ke sini dan ramai yang tidak tahu tentang kewujudan Pulau Tuba ini. Pulau Tuba terletak betul-betul dibelakang Pulau Dayang Bunting dengan komuniti kebanyakkannya melakukan aktiviti menjala dan memancing ikan di laut. Lebih kurang hampir 2000 penduduk, Pulau Tuba adalah sebahagian besarnya mempunyai habitat semula jadi yang tidak disentuh lagi ya. 


Pulau Tuba ini kaya dengan hidupan liar dan flora dan faunanya sangat jarang dilihat ditempat-tempat lain dan menjadikan ia suatu tapak yang paling sesuai untuk mengadakan cabaran Trail Run ini sebagai tempat eko-pelancongan. Memang betul apabila ke sana sendiri suasana di Pulau Tuba penuh dengan kehijauan dan sangat menenangkan fikiran kerana tidak banyak lagi pembangunan di sana serta dipenuhi kehijauan.


Rupa bumi yang beralun dan sentiasa berubah menjadikan Pulau Tuba suatu persekitaran yang ideal untuk trekking, tanahnya yang lembap, pantai berpasir cantilk serta hutan hujan yang asli menjadikan Pulau Tuba sebagai latar belakang kehijauan yang begitu indah. 

Di Pulau Dayang Bunting mempunyai pembentukkan batu marmar yang memenuhi dalam hutan hujan purba dan sangat terkenal dengan Lagenda Tasik orang terdahulu iaitu Tasik Dayang Bunting yang terletak di bahagian Selatan pulau. Di bahagian Utara pulau pula terletak hutan hujan yang masih dara dan belum disentuh serta kehijauan menambah lagi satu keunikkan bagi mereka yang menyertai Tuba Trail Run ini menikmatan keindahan alam. Okay baiklah, sudah tahu serba sedikit mengenali Pulau Tuba bukan ? Sekarang bercerita mengenai Tuba Trail Run Langkawi yang akan diadakan pada tahun hadapan 2nd April 2016. 

TUBA TRAIL RUN LANGKAWITrail sejauh 30 kilometer trail yang akan para peserta lalui. Trail Run ini bermula di Pulau Tuba dan garisan penamat juga berakhir di Pulau Tuba.  Jejak baru telah dibuka dan ditetapkan oleh pihak penganjur dan akan melalui hutan semula jadi di Pulau Tuba serta di pulau jiran iaitu Pulau Dayang Bunting yang merupakan tempat pelancongan Geoforest Park.


Sambil berlari mengikut trail yang telah ditetapkan sambil menikmati pemandangan hijau Pulau Tuba serta dapat melihat cara hidup penduduk-penduduk kampong di Pulau Tuba ini. Bagi mereka yang berpengalaman menyertai eco-sport seperti ini, waktu terawal untuk berlumba sejauh 30 kilometer ini seawal satu jam setengah dan waktu terakhir untuk menghabiskan trail ini ialah selama 6 jam.


Bagi mereka yang suka-suka masuk untuk menikmati pemandangan indah serta tidak berkejaran untuk habis digarisan penamat boleh juga menyertai. Tetapi jangan risau, ‘water station’ atau ‘hydrogen pack’ akan dibekalkan untuk peserta setiap 7 hingga ke 8 kilometer sepanjang trail tersebut dinyatakan oleh organizer Mr Shahril Iskandar.


Kebanyakan Trail di Pulau Tuba akan melalui jalan hutan hingga ke jalan besar adalah bukan untuk menakutkan para peserta tapi pengalaman mencabar akan terpahat dihati mereka apabila melalui sepanjang trail tersebut. Target adalah untuk menerokai Pulau Tuba dan Pulau Langkawi sebagai sebuah Pulau Eco-sport dan menjadikan sebagai lokasi kegemaran aktiviti sukan.


Pengalaman salah seorang Team Projek Travel selepas sidang media pelancaran Tuba Trail Run Langkawi 2016 ini yang dilancarkan oleh CEO LADA (Langkawi Development Authority) Tan Sri Khalid Ramli ke Pulau Tuba Langkawi ini adalah sangat menakjubkan pemandangannya dan mencabar untuk trail run ini. Dibantu juga oleh Course Director Miss Liew Wei Yong dari Singapura menjejaki trail run di Pulau Tuba bersama media dari Singapura dan Thailand. 

Kategori perlumbaan Tuba Trail Langkawi 2016 adalah seperti berikut:- 

-Men’s International Open 

- Women’s International Open 

- Men’s Local Open 18-39 

-Women’s Local Open 18-39 

-Men’s Local Veteran 40+ 

- Women’s Local Veteran 40+ 


(pendaftaran dari bukan Warganegara Malaysia akan dimasukkan secara automatic dalam Kategori Terbuka) 

PENYERTAAN TERHAD | Penyertaan adalah terhad kepada 450 peserta sahaja untuk mengekalkan integriti alam semula jadi. Mendaftar sekarang untuk menjadi peserta-peserta pertama yang menjalankan Trail Tuba. Bagi mereka yang mendaftar antara 10 Disember hingga 15 Januari 2016 akan mendapat harga Super Early Bird RM 160. Mendaftar dari 16 Januari hingga 28 Januari 2016 akan mendapat harga Early Bird RM200 dan mendaftar pada 29 Januari hingga 2 April 2016 mendapat harga standard RM240. 

Bagi yang berminat dan ingin tahu maklumat secara terperinci boleh daftar sekarang di laman web https://www.spacebib.com/ atau https://www.facebook.com/tubatrailrun

Tiada ulasan:
Write comments


✈ Kami mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri maaf zahir batin kepada semua pembaca setia Projek Travel.
✈ Jom ramai-ramai follow update Projek Travel di twitter ! - https://twitter.com/ProjekTravel
Subcribe Projek Travel !