MALAM KALIMAH CINTA DI ISTANA BUDAYA DAPAT SAMBUTAN ORANG RAMAI.

MALAM KALIMAH CINTA DI ISTANA BUDAYA DAPAT SAMBUTAN ORANG RAMAI | Sebenarnya umat islam tahun ini telah menyambut Maulidur Rasul selama 2 kali pada 12 Rabiulawal iaitu 1436H pada 3 Januari 2015 dan 1437H pada 24 Disember 2015. Tema sambutan Maulidur Rasul pada 1437H ini adalah Perpaduan Nadi Transformasi Negara. Bersempena Maulidur Rasul Istana Budaya telah bekerjasama bersama Indigital Music dan Mask Team. Baru-baru ini, Konsert Malam Kalimah Cinta telah diadakan di Istana Budaya selama 3 hari bermula 23 sehingga 25 Disember 2015


Poster Malam Kalimah Cinta

Opick di Malam Kalimah Cinta

Pada 23 Disember 2015, penyanyi dari Indonesia yang lebih dikenali sebagai pencipta lagu dan penyanyi beretnik Jawa kebangsaan Indonesia iaitu Aunur Rofiq Lil Firdaus atau Opick. Kini,beliau lebih dikenali sebagai penyanyi nasyid. Pada malam tersebut Opick telah menyanyikan 23 buah lagu termasuk duet bersama artis jemputan iaitu Siti Nordiana dan Ronnie Hussein.

Opick berduet bersama Ronnie Hussein

Opick berduet bersama Siti Nordiana


Opick juga turut membawa kumpulan pemuzik dari Indonesia iaiti 'Tombo Ati'. Menariknya, setiap detik malam itu, bait-bait dari Opick membuatkan penonton lebih menghayati Konsert Malam Kalimah Cinta. Setiap ceritanya ada kisah 'Kemuliaan Rasulullah SAW' membuatkan penonton juga tidak lupa akan perjuangan Rasulullah SAW.


Opick tampil membuka pentas dengan lagu medley Tafakur dan Ya Nabi Salam. Panggung Sari, menjadi semakin meriah setibanya giliran Juara Gegar Vaganza musim kedua keluar mengambil tempat di atas pentas. Siti Nordiana mendendangkan 2 buah lagu secara duet bersama Opick. Menurut Nana, peluang membuat persembahan bersama Opick merupakan satu pengalaman yang sangat berharga memandangkan, beliau turut meminati penyanyi Opick. Tambah Nana lagi, Opick membuktikan dengan kesungguhan dan keikhlasan setiap lagu yang dihasilkan dan didendangkan.


Ronnie Hussein, berterima kasih kepada Mask Team dan Indigital Music kerana telah memberi peluang kepadanya untuk membuat persembahan bersama penyanyi yang cukup dikenali di Indonesia dan Malaysia. Ronnie Hussein telah berduet bersama Opick dengan lagu Ya Rosulullah.  Bekas vokalis Hyperact iaitu Ronnie Hussein popular dengan lagu Dikoyak Waktu buat masa sekarang.


"Meskipun hanya 1 malam, sambutan dan energi yang diberikan oleh penonton, benar-benar membantu menaikkan lagi semangat Opick"


Antara lagu yang disampaikan oleh Opick adalah Irhamna,Rapuh,Bila Waktu Telah Memanggil dan banyak lagi.

Hafiz Hamidun di Malam Kalimah Cinta


Pada 24 dan 25 Disember 2015,Hafiz Hamidun telah mengambil alih pentas berprestij ini bersama penyanyi jemputan Lah Ahmad. Hafiz Hamidun yang dulu bekas anggota kumpulan nasyid UNIC kini bergerak solo dan mempunyai album solonya sendiri. Sebanyak 20 lagu telah dipersembahkan oleh Hafiz Hamidun. Persembahan turut diselang-selikan dengan zikir dan selawat. Turut menghadiri Konsert Malam Kalimah Cinta adalah Timbalan Perdana Menteri bersama isteri.


Setiap persembahan, mempunyai pertunjukan multimedia dan efek khas yang sangat menarik dan membuatkan penonton terpukau dengan pentas berprestij Istana Budaya ini. Semoga konsert malam tersebut mengingatkan kita tentang perjuangan Rasulullah SAW. InshaAllah. Semoga kita semua pergi dalam keadaan Khusnul Khotimah.


Gambar sekitar konsert Malam Kalimah Cinta sempena Maulidur Rasul:

Lah Ahmad

Hafiz Hamidun

Barisan Artis,Mask Team dan Indigital Music


Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan isteri turut menghadiri Konsert Malam Kalimah Cinta.




TERIMA KASIH KERANA TERUS SUPPORT PROJEK TRAVEL DAN MENJADI PEMBACA YANG SETIA.

Share on Google Plus
Dreba umi kito. Complicated person. Product Review, Invitation Event, Food Review boleh email kito :D email: letopink@yahoo.com

0 comments:

Catat Ulasan