Pengiklanan & Pertanyaan

projektravel@gmail.com

✈ We share the moment. We share the tips. We share to add value to people.

4 Nov 2015

TIKI BBQ BUFFET DINNER WITH STEAMBOAT | KONTIKI RESTAURANT

TIKI BBQ Buffet Dinner With Steamboat

TIKI BBQ BUFFET DINNER WITH STEAMBOAT | KONTIKI RESTAURANT | Bagi penggemar makanan laut terutama yang berada di Kuala Lumpur pasti tercari-cari di mana tempat yang best untuk menikmati hidangan ini. Kebiasaanya mereka perlu ke kawasan-kawasan yang berhampiran dengan pantai kerana di sana stok makanan laut lebih segar dan enak. Tapi kini Kontiki Restaurant yang terletak di The Federal Kuala Lumpur telah menawarkan hidangan TIKI BBQ BUFFET DINNER WITH STEAMBOAT yang pasti dapat memikat citarasa penggemar makanan laut. 

Kontiki restaurant

KONTIKI RESTAURANT | Bagi yang belum mengetahui mengenai Kontiki Restaurant, restoran ini terletak di Mezzanine Level, di Hotel The Federal Kuala Lumpur. Restoran ini berkonsepkan kontemporari moden, menyajikan pemandangan yang santai dan menyegarkan kepada setiap pegunjungnya kerana ia benar-benar bersebelahan dengan kolam renang terbuka dengan dihiasi taman berkonsepkan tropika. 


Seafood On Ice

Bila melihat sahaja barisan makanan laut yang disediakan memang menggiurkan. Ada pelbagai jenis dan pelbagai cara kita boleh nikmati makanan laut ni. Sebagai permulaan ataupun Appetizer korang boleh menikmati Seafood On Ice. Di bahagian ini tersusun ketam, udang, kupang, slipper lobster (udang ketak), yabbies dan oyster. Semuanya segar-segar belaka. 

Slipper Lobster dan kupang

Ketam dan slipper lobster

Oyster

Yabbies

Untuk menu utama, korang boleh memilih untuk makan BBQ atau steamboat. Nak pilih kedua-duanya pun boleh. Cuma bezanya BBQ dimasak oleh Chef manakala steamboat korang kena masak sendiri. Di sudut BBQ terdapat pelbagai bahan mentah yang boleh dipilih seperti daging, sosej, kepak ayam, sotong, udang, lobster, ketam dan udang kara. Semuanya telah diperap dan akan dimasak oleh chef. Aromanya pasti akan membangkit selera anda. 

Chef membuat BBQ

roasted lamb rack, roast prime ribs, roasted chicken dan roast whole salmon fish

Di sudut ini juga ada disediakan makanan yang telah siap dipanggang seperti roasted lamb rack, roast prime ribs, roasted chicken dan roast whole salmon fish yang dihidangkan bersama sos mint, sos cendawan, sos black pepper, sos rosemary, dan sos cream white herbs. 

Memilih sendiri bahan untuk BBQ dan Steamboat

Pelbagai bahan untuk Steamboat dan BBQ

Pelbagai bahan untuk Steamboat dan BBQ

Untuk steamboat pula, ada pelbagai jenis bahan yang boleh dipilih seperti bebola daging, dumpling, tauhu, cendawan, sayur-sayuran, mee, dan makanan laut seperti udang, sotong dan kerang. Sup steamboat yang disediakan ada dua iaitu sup ayam dan sup tomyam. Sup ini tidak perlu dipilih kerana ia diletakkan di dalam periuk steamboat yang mempunyai dua bahagian. Jadi korang boleh memasak dengan mudah dan merasai keenakan kedua-dua jenis sup. Jangan lupa untuk mengambil sos untuk menambah lagi keenakan steamboat anda. 

Periuk untuk masak steamboat

Selain dari makanan laut (seafood), terdapat juga pelbagai jenis makanan yang dihidangkan secara buffet. Ada pelbagai jenis salad, sushi, lauk pauk, desserts dan juga kuih muih tradisional. Dijamin korang balik kekenyangan.

Pelbagai jenis makanan untuk buffet dinner

Jadi, jika berminat untuk menjamu selera dan menikmati hidangan TIKI BBQ BUFFET DINNER WITH STEAMBOAT, boleh la datang ke Kontiki Restaurant di Hotel The Federal Kuala Lumpur.


Harga Tiki BBQ Buffet & Steamboat Dinner :
RM128 dewasa
RM78 Kanak-kanak / warga tua

Hari :
Jumaat dan Sabtu

Masa :
6.30pm hingga 10.00pm

Untuk tempahan sila hubungi :
03-21489166





1 ulasan:
Write comments

✈ Terima kasih kerana menjadikan Projek Travel sebagai sumber rujukan travel anda. Sebarang maklum balas sila tinggalkan di ruangan komen atau email kepada kami di projektravel@gmail.com
✈ Jom ramai-ramai follow update Projek Travel di twitter ! - https://twitter.com/ProjekTravel
Subcribe Projek Travel !