Pengiklanan & Pertanyaan

projektravel@gmail.com

✈ We share the moment. We share the tips. We share to add value to people.

16 Nov 2015

THE VERANDAH DI HOTEL THE FEDERAL KUALA LUMPUR

THE VERANDAH DI HOTEL THE FEDERAL KUALA LUMPUR | Selepas menikmati makan malam di Kontiki Restoran, admin dan sahabatPT berpeluang untuk merehatkan diri sambil menjamu halwa telinga dengan alunan muzik yang romantik di The Verandah, Aras 1, Hotel The Federal Kuala Lumpur.


The Verandah merupakan jenama baru di Hotel The Federal Kuala Lumpur yang mempunyai ruang yang luas dan selesa untuk pengunjung sebagai tempat untuk bersosial, santai ataupun untuk tujuan rasmi seperti meeting dengan client. Selain itu ruang ini juga sesuai untuk majlis-majlis santai seperti majlis koktel. Dengan berlatarbelakangkan pemandangan indah di kolam renang yang dikelilingi taman tropika, tentu ia akan memberi ketenangan dan kedamaian kepada pengunjung.





Di sini ada disediakan kaunter yang akan menggoda selera pengunjung sepanjang hari dengan pilihan makanan ringan, minum petang atau pencuci mulut lewat malam. Pengunjung juga boleh menikmati pelbagai minuman di bar sejuk, termasuk kopi istimewa atau teh dan koktel. Bila admin duduk di sini memang selesa la nak berborak-borak dan bersantai-santai bersama rakan-rakan dan sahabatPT. Admin juga diberitahu yang ruang ini baru sahaja diubah suai dan ada ruang yang boleh ditutup jika ada Private Function.


Jadi jika korang datang ke Hotel The Federal Kuala Lumpur boleh la ajak teman korang ke The Verandah di :

Lokasi :
Aras 1, Hotel The Federal Kuala Lumpur

Waktu Operasi : 
7:00 pagi - 12.00 malam

Merdeka Executive Breakfast: 
7.00 pagi - 10.00 malam

Afternoon Tea : 
3.00 petang - 6.00 petang

Evening Cocktails : 
6.00 petang - 8.00 malam



5 ulasan:
Write comments

✈ Terima kasih kerana menjadikan Projek Travel sebagai sumber rujukan travel anda. Sebarang maklum balas sila tinggalkan di ruangan komen atau email kepada kami di projektravel@gmail.com
✈ Jom ramai-ramai follow update Projek Travel di twitter ! - https://twitter.com/ProjekTravel
Subcribe Projek Travel !