RESTORAN KAZUMI JAPANESE CUISINE DI HOTEL BANGI-PUTRAJAYA


RESTORAN KAZUMI JAPANESE CUISINE DI HOTEL BANGI-PUTRAJAYA | Ada impian untuk ke Jepun semata-mata ingin merasa makanan Jepun? usah risau kerana di Hotel Bangi-Putrajaya pun korang semua boleh merasa segala makanan Jepun dengan syarat singgahlah ke Hotel Bangi-Putrajaya. Parking free dan tidak perlu bersesak-sesak dengan orang ramai untuk mencari makanan Jepun.

RESTORAN KAZUMI JAPANESE CUISINE
Baru-baru ini,MR sempat mencuba makanan Jepun di Hotel Bangi-Putrajaya yang dihidangkan lebih daripada 100 jenis makanan Jepun yang sangat menyelerakan. Untuk pengetahuan korang semua, Restoran Kazumi Japanese Cuisine ini HALAL.

Experience Japanese cuisine at its best at this contemporary and chic new restaurant of Hotel Bangi-Putrajaya. Its bright and earthy colour interiors with modern decor greatly complements its new range of creative menus created by Chef Cheah,a pioneer in Japanese cuisine. Experience a whole new level of F&B experience at Kazumi - your favourite Japanese restaurant at Bangi's highest peak.



Masa MR singgah makan di sini, alhamdulillah kami disambut dengan senyuman oleh pelayan restoran ini dan tempat makan pun sangatlah selesa serta tak kelam kabut seperti di lain-lain tempat makan yang kadang-kadang perlu beratur untuk menunggu giliran makan. Mesti stresskan? Kita mengidam makanan jepun sekali bila sampai di restoran kena tunggu. Kalau MRMR jenis tak suka menunggu untuk sesuatu yang kita inginkan seperti makanan jepun,gitu! Pelayan restoran pun sangatlah membantu .

MR, bukanlah jenis yang selalu makan makanan Jepun ni tapi MR pun suka dengan makanan Jepun terutama SUSHI dan Ice Cream Green Tea. Haaaaaaa, siapa ada sama minat dengan MR sila mengaku cepat !

Di restoran ini, korang boleh order seberapa banyak yang korang nak dengan syarat sediakan duit sahaja kerana harga di sini pun boleh tahan juga mahal dia. Tapi bagi yang minat dengan makanan jepun ini, for sure mereka tak akan berkira. 


MENU DI RESTORAN KAZUMI JAPANESE CUISINE
1
Chinmi Tsuki Dashi (Delicacies)
2
Sushi ( Freshly Slice with Vinegard Rice )
3
Imperial Course ( Seafood & Beef )
4
Teppanyanki CourseTeishoku ( Set Dinner )
5
Chef's Recommendation
6
Teppanyaki Side Dishes
7
Teppanyaki Ala Carte
8
Kazumi Tokubetsu Ryori ( A full course menu of selected Traditional Japanese Cuisine )
9
Sushi RyoriZosui ( Porridge )
10
Suimono ( Soup )
11
Take Course
12
Ume Course
13
Sakura Course
14
Ocha Zuke, Onigiri ( Rice dishes with seaweed broth & triangular rice )
15
Donburi ( Rice Dishes )
16
Otsumani ( Appetisers )
17
Sarada ( Salads )
18
Age Mono ( Deep-Fried Dishes )
19
Sunomono ( Vinegard Dishes )
20
Mushi Mono ( Steamed Dishes )
21
Nabemono ( Hot Pot Dishes )
22
Tofu Ryori ( Beancurd Dishes )
23
Nimono ( Simmered Dishes )
24
Niku Yori ( Meat Dishes )
25
Yakimono ( Grilled Dishes )
26
Tempura ( Deep-fried Seafood in Butter )
27
Deep-Fried in Butter

So, banyak-banyak menu ni.... MR tanya chef sendiri,yang mana paling popular dan recommended ! So, silalah jamu gambar dari MR yang tak seberapa ini dan yang pasti semua sedap dan ada slice of jenis ikan MR tak dapat masuk tekak,mungkin tak biasa makan,hehe..Dah jomlah MR nak sajikan beberapa menu yang wajib korang semua rasa bila ke sini.


Edamame
Edamame - Boiled green soy bean pods | Korang pernah makan Edamame? Sedap!!!! Walaupun dia kacang macam tu je,tapi sedap !!

Shake Sashimi, Abura Bozu Sashimi, Tako Sashimi
Shake Sahsimi (Salmon), Abura Bozu Sashimi (Butter Fish) dan Tako Sashimi (Octopus) | Siapa peminat Salmon,Abura dan Tako Sashimi u should try this one !!!!

Chawan Mushi
Chawan Mushi - Steamed egg custard | Korang boleh bayangkan tak rasa dia macamana? Seriously sedap yang amat, mula tu MR rasa macam loya-loya tengok telur kastard ni, tapi bila masuk mulut rasa dia macam taufu fa tapi ada rasa telur dan tak meloyakan pun !!!!! Sedap !

Soft Kani Maki
Soft Kani Maki - Vinegared rice rolled with soft shell crab,lettuce,flying fish roe in seaweed. | Kegemaran MR sepanjang zaman !! Chewah!! Rugi siapa tak minat sushi!

Ebi Tempura
Ebi Tempura - Deep-fried prawns in batter | Sesiapapun yang datang makan makanan jepun di mana-mana restoran wajib rasa tempura mereka. Tapi di sini, aku yakin korang tak akan menyesal untuk mencuba tempuranya kerana dari tepung sampai la ke udang tu memang lembut dan ranggup. Yang penting kurang minyak !

Kaisen Moriawase kurumaebi,hotategai,kaki,shake and ika.
Kaisen Moriawase kurumaebi,hotategai, kaki, shake and ika - Seafood combination of king prawn, scallop, oyster, salmon and cuttlefish (gambar sebelah kiri sekali) | Ini adalah part paling menarik minat MR kerana ada oyster yang sangat sedap. Gabungan makanan laut beserta rencah yang sedap.

Garlic Rice | Pertama kali makan nasi goreng perisa halia dan sangat sedap. Nasi dia tak muak sikit pun.

Tatami Iwashi
Tatami iwashi ( Grilled matted baby sardines ) | Pertama kali MR makan ikan bilis rupa macam ini. Sungguh unik sehingga boleh menggantikkan keropok ikan yang sedia ada, tapi ini versi keropok ikan yang belum dikisar halus,hihi.

Ais Krim
Azuki Macha Ice Cream - Green Tea Ice cream with red bean * bawah
Wasabi Ice Cream - Homemade Japanese Horseradish Ice-Cream *kanan
Sesame Ice Cream *kiri

Antara ketiga-tiga ais krim ini, dah tentu perisa green tea menjadi pilihan kepada sesiapa yang datang ke restoran jepun. Ais krim green tea ini tak pernah tak sedap dan bila dicampur dengan kacang merah MR rasa cukup perfet dah haa! Ais krim wasabi pula, pertama kali MR cuba. Disebabkan rasa wasabi ini pedas jadi MR cuba sedikit,yang menariknya perisa wasabi dia takdelah pedas sangat pun tapi just nice. Bila masuk mulut tak rasa pedas tapi bila start cair dalam mulut,haaaaa time tu baru rasa berasap telinga,haha.... Sesame pula rasa dia memang nice,sweet dan sedap !!!! Tapi green tea paling win !

Haaaaa, so macamana? peminat makanan jepun korang patut try makan di sini ! Tak menyesal dan yang penting HALAL okayyyyyy :D


Higawari ( Set Lunch )
12pm - 2.30pm

Dinner 
6.30pm - 10pm

Buffet Dinner
6.30pm - 10pm



Address:
Off Persiaran Bandar,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor,Malaysia

Tel: 03- 8210 2222
Fax: 03-8210 2888

Email: info@hotelbangi-putrajaya.com
Web: www.hotelbangi-putrajaya.com


TERIMA KASIH KERANA TERUS SUPPORT PROJEK TRAVEL DAN MENJADI PEMBACA YANG SETIA. JANGAN LUPA JOIN CONTEST DARI PROJEK TRAVEL DI INSTAGRAM. TARIKH TUTUP SEHINGGA 27.11.2015. THANKS SEMUA!!!!! ^_^

Share on Google Plus
Dreba umi kito. Complicated person. Product Review, Invitation Event, Food Review boleh email kito :D email: letopink@yahoo.com

1 comments: