Pengiklanan & Pertanyaan

projektravel@gmail.com

✈ We share the moment. We share the tips. We share to add value to people.

20 Nov 2015

RESTORAN HARMONI DI HOTEL BANGI-PUTRAJAYA

RESTORAN HARMONI DI HOTEL BANGI-PUTRAJAYA | Kita sangat bertuah kerana kita berada di bumi Malaysia sebab di sini kaya dengan pelbagai jenis makanan. Selain makanan melayu, ada juga makanan cina, india dan lain-lain bangsa. Semuanya mudah diperolehi dan ada yang halal. Jadi kita boleh makan tanpa was was.

Restoran Harmoni di Hotel Bangi-Putrajaya


Bagi penggemar makanan 'Chinese Food', MR suggest korang datang ke Restoran Harmoni di Hotel Bangi-Putrajaya. Restoran ini merupakan sebuah Chinese Restaurant yang menyediakan makanan fusion Chinese Food yang telah disesuaikan dengan citarasa melayu, nyonya dan Thai. Menariknya, di sini kita diberi pilihan untuk menikmati makanan secara Ala Carte ataupun Buffet.

MR dan rakan-rakan telah mencuba set Dim Sum Buffet Lunch di mana kami diberitahu dim sum di sini sangat sedap dan selalu menjadi pilihan penggemar dim sum. Terdapat lebih kurang 30 jenis makanan di dalam set ni. Memang kenyang dan sedap.


Dim Sum Buffet Lunch


Untuk Dim Sum Buffet Lunch, hidangan disediakan mengikut kategori masakan. Berikut adalah kategori-kategori masakan untuk memudahkan korang memesan makanan.

Dim Sum Buffet Lunch
  • Steam
  • Deep Fried or Pan Fried
  • Steamed Chiong Fun or Pan Fried Radish Cake
  • Bun or Congee
  • Wok Fried Seasonal Vegetables
  • From the Farm & Sea
  • Noodles, Rice Vermicelli & Rice
  • Desserts








Walaupun hidangan nampak macam sedikit tapi jujur MR cakap, bila dah makan gerenti korang kenyang. Bayangkan masa tu kami berempat pun tak habis semua makanan kecuali dim sum. Dim sum habis kami makan dan betul seperti yang diwarwarkan, sedap dan lebih sedap bila dicicah dengan sos pencicahnya. 

Lagi satu bagi MR, hidangan dim sum buffet lunch ni complete sebab ada appetizer, main course dan desserts. Kebanyakkan makanan di sini dibuat sendiri oleh chef termasuk dim sum. Bukan yang readymate ye. Tu sebab rasanya sedap dan segar. Paling penting harganya juga berbaloi tau. 

ruang dalam Restoran Harmoni

Kalau korang penggemar ataupun ingin mencuba makanan 'Chinese Food' boleh datang ke Restoran Harmoni di Hotel Bangi-Putrajaya. Jangan risau, makanan di sini halal [Rujuk SINI]. Jadi boleh ajak seluruh ahli keluarga atau rakan-rakan ke sini.

Monday - Saturday :
Dim Sum Buffet Lunch
12.00 noon - 2.30 pm
Dinner: Available for Private Function & Special Event (prior arrangement only)


Sunday & Public Holiday :
                 Dim Sum Buffet Brunch  
11.00 am - 2.30 pm
Dinner: Available for Private Function & Special Event (prior arrangement only)

Lunch
11.00 am - 2.30 pm 
Dinner: Available for Private Function & Special Event (prior arrangement only)

Harga Dim Sum buffet lunch :
RM55 dewasa
RM27.50 kanak-kanak

Telefon :
03-8210 2222






3 ulasan:
Write comments


✈ Terima kasih kerana menjadikan Projek Travel sebagai sumber rujukan travel anda. Sebarang maklum balas sila tinggalkan di ruangan komen atau email kepada kami di projektravel@gmail.com
✈ Jom ramai-ramai follow update Projek Travel di twitter ! - https://twitter.com/ProjekTravel
Subcribe Projek Travel !