RESTORAN DAN CATERING MASAKAN KAMPUNG DI UMMIZA CAFE

RESTORAN DAN CATERING MASAKAN KAMPUNG DI UMMIZA CAFE | Keaslian dan tradisi makanan melayu juga di percayai telah wujud sebelum kesultanan melayu melaka lagi. MR yakin ramai diantara kita sukakan masakan asli melayu. Masakan asli melayu kampung memang cukup membuka selera sesiapa sahaja. Makanan dan manusia tidak dapat dipisahkan. namun begitu, tiada catatan yang khusus boleh di jadikan rujukan akademik dalam menilai kewujudan makanan melayu ini.

Ummiza Cafe
MASAKAN MELAYU DI UMMIZA CAFE | Kali ni MR bertuah kerana telah dijemput bersama keluarga besar Kelab Blogger Ben Ashaari untuk merasai sendiri keunikan dan kesedapan masakan asli melayu kampung di sebuah restoran yang ada di daerah Dengkil Selangor. Restoran ini adalah Ummiza Cafe yang beralamat di Kampung Jenderam Hulu.

Signboard Ummiza Cafe
Alamat :

NO 229 BATU 29
KAMPUNG JENDERAM HULU 
DENGKIL SELANGOR

WAKTU OPERASI | Ummiza Cafe dibuka setiap hari kecuali hari ahad. Waktu operasinya adalah seawal jam 7 pagi sehingga 3 petang. Ummiza Cafe menyediakan sarapan pagi dan makan tengahari untuk pelanggan mereka. 

Pelbagai kuih muih
Pelbagai kuih muih untuk sarapan pagi
Untuk sarapan pagi, Ummiza Cafe ada menyediakan pelbagai jenis kuih muih. Apa yang MR boleh katakan, karipap dia sangat sedap. *harus dicuba jika ke sini. Untuk menu makan tengahari pula mereka menyediakan pelbagai masakan melayu kampung.

CIRI MASAKAN MELAYU | Ciri utama masakan tradisional Melayu ialah dengan penggunaan rempah ratus yang banyak, serta santan yang penting untuk menghasilkan makanan berlemak dan pekat. Perasa seperti belacan adalah penting untuk menambah kesedapan makanan. Belacan juga digunakan sebagai bahan asas bersama-sama dengan cilibawang dan bawang putih untuk menghasilkan sambal, satu lagi perasa utama dalam hidangan. Masakan Melayu Kampung juga banyak menggunakan lengkuas dan serai._ rujukan wikipedia.org

Hampir setiap masakan Melayu dihidang bersama dengan nasi, iaitu makanan ruji kepada orang Melayu dan juga kebanyakan etnik lain di Asia. Walaupun terdapat banyak jenis makanan dalam masakan Melayu, biasanya semua dihidangkan sekaligus, tanpa turutan sajian seperti dalam budaya Barat. Ia juga lebih sedap jika di makan dengan tangan tanpa menggunakan sudu.

MENU MASAKAN MELAYU | Berikut merupakan antara masakan melayu kampung yang ada di hidangkan di Ummiza Cafe. Dari masakan berasaskan ikan, ayam, sayuran dan pelbagai jenis ulam-ulaman.
Ikan goreng, Kembung Berlada dan Keli Berlada
Ikan goreng, Kembung Berlada dan Keli Berlada
Gulai Ayam Kampung Campur Ketang, Ayam Kicap Pedas dan Ayam Masak Merah
Gulai Ayam Kampung Campur Ketang, Ayam Kicap Pedas dan Ayam Masak Merah
Kari Daging Campur Kentang, Sambal Udang Petai dan Ayam Goreng
Kari Daging Campur Kentang, Sambal Udang Petai dan Ayam Goreng
Sup Cendawan, Gulai Pucuk Ubi dan Gulai Rebung
Sup Cendawan, Gulai Pucuk Ubi dan Gulai Rebung
Ulam dan Telur Masin, Ikan Asam Pedas, Sayur Goreng
Ulam dan Telur Masin, Ikan Asam Pedas, Sayur Goreng
Selain dari menu masakan kampung di atas, ada satu lagi hidangan yang MR pasti dapat buat korang terliur. Menu kampung yang susah untuk kita dapat di mana-mana restoran yang ada di bandar seperti kuala lumpur ni. Ia adalah gulai siput. *wah lama dah tak makan siput ni.



Untuk lebih banyak foto berkenaan masakan kampung di Ummiza Cafe ni, korang boleh rujuk hashtag #ummizacafe di Instagram.

Sebahagian dari Keluarga besar KBBA
Sebahagian dari Keluarga besar KBBA
*perghhh, masakan dia memang memikat hati ni. Lauk panas-panas dimakan pula dengan nasi yang baru dimasak dan ditambah pula dengan sambal belacan dia yang sangat memikat tu. huh *licin pinggan, tambah 3 kali tau. Kalau tak percaya boleh tengok foto kat bawah ni.

Masakan melayu yang sangat sedap
Ramai yang puji dengan kesedapan rasa masakan melayu di Ummiza Cafe ni. Bukan sahaja sedap, korang boleh menikmati banyak jenis masakan melayu kampung yang sangat berbaloi. Bukan mudah untuk kita jumpa dengan restoran yang benar-benar menfokuskan pada masakan asli melayu kampung seperti ni. Tapi, di Ummiza Cafe ianya menjanjikan sesuatu yang sangat BEST ! *tetiba teringat kat kampung halaman.


Ruang makan Ummiza cafe
Ruang makan juga bersih, luas dan selesa, sesuai juga untuk makan berkumpulan atau keluarga. Ianya merupakan ruangan terbuka supaya pelanggan boleh menikmati kehijauan sekeliling disamping menghidup udara segar kampung.

Group foto KelabBloggerBenAshaari
PERKHIDMATAN CATERING | Bagi mereka yang ingin meganjurkan sesuatu majlis dan inginkan konsep makanan kampung seperti ni, Ummiza Cafe juga ada menyediakan tempahan catering untuk pelbagai majlis contohnya majlis makan keluarga / pejabat / harilahir dan majlis ulangtahun.

Tetapi, ianya hanya terhad kepada tempahan makanan sahaja. Mereka tidak menyediakan peralatan catering dan pengangkutan penghantaran. *no delivery, food only. Ini bermakna, selepas masakan siap dimasak, anda perlu pergi megambilnya sendiri makanan yang ditempah.

Lauk pauk yang boleh di tempah pula berdasarkan menu yang mereka masak setiap hari. Tempahan hanya diambil untuk 300 orang kebawah sahaja.(no delivery).

Untuk tempahan boleh hubungi terus:

Puan nor - 0196682069
Ain - 01110602569

Instagram :
@UmmizaCafe
#UmmizaCafe

Share on Google Plus
***

6 comments:

  1. wahhh memang terliur tengok..

    BalasPadam
  2. Ya ampun, sedap betul makanan-makanan dekat sini! Grrrrr

    BalasPadam
  3. menu² yang memang menepati citarasa..
    semua sedap dan lazat!

    BalasPadam
  4. Masakan kampung memang paling best kan :)

    BalasPadam
  5. ayam masak merah paling sedap!

    BalasPadam
  6. Siput sedut tu memang serius nampak sedap!

    BalasPadam