PEGANGKUTAN KE TERENGGANU

PEGANGKUTAN UDARA KE TERENGGANU | Untuk entry kali ini, MR ingin berkongsi mengenai pegangkutan udara ke TerengganuTerengganu merupakan salah satu negeri di semenanjung Malaysia yang mempunyai pelbagai tempat menarik yang popular seperti, Pulau Redang , Pulau Perhentian, Taman Tamadun Islam dan banyak lagi.

Negeri Terengganu mempunyai 7 buah daerah iaitu BesutDungunKemamanKuala TerengganuMarangSetiu dan Hulu Terengganu. Antara bandar-bandar utamanya pula adalah Bandar Kuala Terengganu(ibu negeri), ChukaiKuala BesutRantau Abang dan Kuala Dungun.

Sumber Foto_[klik]
KAPAL TERBANG | Jika perjalanan anda dari Kuala Lumpur ke Terengganu biasanya megambil masa yang agak lama iaitu dari 5-6 jam. Untuk mengelak dari megambil masa perjalanan yang agak lama, kebiasaannya ramai yang memilih perkhidmatan penerbangan untuk ke sana. Antara pesawat yang boleh korang pilih untuk ke Negeri Terengganu ini adalah seperti MAS, AirAsia, Firefly, Malindo Air dan You Wings.

FLIGHT
POINT BERLEPAS KE SULTAN MAHMUD AIRPORT, KUALA TERENGGANU
MAS
Kuala Lumpur International Airport (KLIA)
AirAsia
Kuala Lumpur International Airport (KLIA2) & Changi Airport, Singapore
Firefly
Subang Skypark, Selangor
Malindo Air
Subang Skypark, Selangor
You Wings
Kota Namu International Airport, Medan, Indosesia

FLIGHT
POINT BERLEPAS KE KERTIH AIRPORT
Firefly
Subang Skypark, Selangor
Malindo Air
Subang Skypark, Selangor

Dengan melalui penerbangan, korang boleh akses ke Kuala Terengganu hanya dalam masa 1 jam.

KERETA | Jarak perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kuala Terengganu adalah dalam anggaran 451 km iaitu dengan melalui lebuhraya jalan pantai. Anggaran masa perjalan itu adalah selama 5 jam.

>>Lebuh raya Kuala Lumpur (Gombak Tol) di Lebuh Raya Karak dan terus dengan Lebuhraya Pantai Timur (nama tempatan untuk ECE adalah Lebuhraya Pantai Timur) untuk keluar Kuantan.
>>Highway Kuantan keluar ke Kuala Terengganu (jalan Coastal ke Kemaman, Dungun dan Kuala Terengganu, lebih kurang. 223km)

Jika anda plan untuk ke pulau, anda boleh park kereka korang di jeti berdekatan. Kebanyakan jeti di Terengganu ada menyediakan parking kereta. Anda boleh mencari tempat letak kereta di Jeti Merang (Pulau Redang / Lang Tengah Island), Jeti Marang (Pulau Kapas), Jeti Kuala Besut (Pulau Perhentian), Jeti Gawi (Tasik Kenyir) dan Kenyir Dam (Kenyir Houseboat).

BAS | Korang boleh mendapatkan tiket bas ke Kuala Terengganu dari hampir setiap stesen bas utama di seluruh Malaysia

Waktu anggaran untuk sampai ke Kuala Terengganu dari beberapa bandar-bandar utama boleh dilihat di bawah:

>>Kuala Lumpur ke Kuala Terengganu (6-7 jam)
>>Johor Bharu ke Kuala Terengganu (9 jam)
>>Pulau Pinang ke Kuala Terengganu (9 jam)

Di beberapa kaunter tiket, anda juga boleh mendapatkan tiket yang akan membawa anda terus ke destinasi anda di sekitar Terengganu. Sebagai contoh, jika anda mahu pergi ke Pulau Perhentian, anda boleh membeli tiket ke Kuala Besut.

Semoga dengan info yang diberikan dapat membantu anda. Selamat bercuti.

Share on Google Plus
***

8 comments:

  1. pengakutan kos mahal nieh

    selalunya ke terengganu naek kete jek

    total kos 270 tol+minyak

    BalasPadam
  2. Baca info ini. Tetiba terlintas nak ke pulau-pulau di Trengganu.

    BalasPadam
  3. guna bas guna masa yang agak lama..jika nak melancong bagus guna flight walaupun mahal tetapi jimat masa.

    BalasPadam
  4. kalau by car seronok juga sebab boleh berenti ambil angin atau makan sotong celup tepung

    BalasPadam
  5. Tetiba teringin nak ke ganu pulak

    BalasPadam
  6. Nak tanya, dari kuala terengganu airport nak ke kuala besut berapa agak2 rate teksi ye?

    BalasPadam
  7. Assalaam. Kos tol kl-k'tgnu berape?

    BalasPadam