Pengiklanan & Pertanyaan

projektravel@gmail.com

✈ We share the moment. We share the tips. We share to add value to people.

7 Okt 2015

NASI GANJA RESTORAN YONG SUAN


NASI GANJA

NASI GANJA RESTORAN YONG SUAN  | Tergamam dek kerana terlalu ramai manusia kesini untuk merasai nasi ganja yang popular di Ipoh Perak, Restoran Yong Suan menjadi lokasi makan tengahari Mat Remos.

Jangan terkejut walaupun namanya restoran ini sedikit kearah bukan muslim, nasi ganja yang dijual kepada orang ramai adalah buatan India Muslim. MR pasti rata-rata orang yang tinggal di Ipoh Perak mesti tau dengan lokasi restoran ini. 

NASI GANJA

NASI GANJA

Korang boleh tengok pengunjung yang datang adalah dari pelbagai kaum. Ade melayu, cina dan juga india. Memang sangat padat dan sendat keadaan disini.

NASI GANJA

NASI GANJA 

Apa sebenarnya nasi ganja ni? Sebenarnya nasi ganja ni serupa je dengan nasik kandaq atau nasi kandar bagi orang utara. 

Lauk utama disini adalah ayam goreng, dan telur masin, disiram pulak dengan kuah kari ikan dan bendi. Lepas tu ada sambal kelapa yang special. So korang bayangkan lah sendiri macamana rasa dia. Patik tak boleh laaa nak pos rasa nasi ganja ni kat sini, setakat pos gambar boleh le.

Ini laaa menu nasi ganja yang telah kami nikmati. 

NASI GANJA

NASI GANJA

Korang boleh tengok keadaan di restoran ini. Bagi mereka yang ingin membungkus, korang kena beratur tau. Silap-silap korang akan mengambil masa sehingga 3, 4 jam atau dengan kata lain beratur sehingga 3 atau 4 lot kedai panjangnya. 

Bagi mereka yang ingin merasai nasi ganja yang restoran ini tiada cawangannya, sila lah berkunjung ke:

Alamat:
Restoran Yong Suan (Nasi Ganja)
Jalan Yang Kalsom
30250 Ipoh
Perak.

4 ulasan:
Write comments
  1. Ini mahu seminggu bau dekat tangan tak hilang sebab melekat. :)

    BalasPadam
  2. mak ai... ramainyer nak mengganjakan diri... kedap ke?

    BalasPadam
  3. Mummy dah try! Sodappo bakhang.. Tp yg tak tahan kena beratuq panjang tu.. Lenguh kaki! Hehehe

    BalasPadam
  4. uissh..mana tak orang panggil ganja kan..tengok jelah orang yang datang tu..penuh kedai..

    BalasPadam


✈ Terima kasih kerana menjadikan Projek Travel sebagai sumber rujukan travel anda. Sebarang maklum balas sila tinggalkan di ruangan komen atau email kepada kami di projektravel@gmail.com
✈ Jom ramai-ramai follow update Projek Travel di twitter ! - https://twitter.com/ProjekTravel
Subcribe Projek Travel !