Pengiklanan & Pertanyaan

projektravel@gmail.com

✈ We share the moment. We share the tips. We share to add value to people.

10 Okt 2015

MELOMPAT BEBAS DI JUMPSTREET TRAMPOLINE PARKS PETALING JAYA


JUMPSTREET TRAMPOLINE PARKS PETALING JAYA
JUMPSTREET TRAMPOLINE PARKS PETALING JAYA_kredit foto jumpstreetasia.com
MELOMPAT BEBAS DI JUMPSTREET TRAMPOLINE PARKS PETALING JAYA | JumpStreet Trampoline Parks adalah tempat permainan urban yang menakjubkan yang sesuai untuk orang dewasa dan kanak-kanak, dengan pelbagai pilihan trampolin dari lantai sehingga dinding. bagi mereka yang pernah melaui pengalaman hebat bermain di sini, mereka pasti akan datang kembali. Bagi mereka yang belum mencuba, MR nasihatkan untuk korang datang dan cuba sendiri pengalaman di JumpStreet Trampoline Parks terbesar ini. Datang dengan rakan-rakan anda dan / atau keluarga anda dan menikmati keseronokan melompat di indoor JumpStreet Trampoline Parks ini.

LOKASI | Untuk pengetahuan korang, lokasi JumpStreet Trampoline Parks ini terletak di daerah Petaling Jaya, iaitu berdekatan dengan landmark Jaya One. Ianya betol-betol berada didalam kawasan kilang Bosch dimana terdapat satu warehouse khas yang diubahsuai bagi memuatkan fasiliti sukan lasak yang cukup hebat ini.

Lokasi JumpStreet Trampoline Parks_ kredit foto google map
JUMP STREET
No.8a, 
Jalan 13/6, 
Seksyen 13
46200 Petaling Jaya,
Selangor.

Pintu masuk JumpStreet Trampoline Parks
HARGA TIKET | Jika korang ingin berkunjung kesini, harga tiket yang ditawarkan bagi setiap individu adalah dikira per hour, dimana kadar bayaran untuk setiap jam adalah RM27 (untuk peak days; Khamis hingga Ahad dan cuti umum) dan RM22 (bagi hari biasa; Isnin hingga Rabu).

Harga tiket masuk ke Jump Street
Off-Peak Sessions: 
Monday, Tuesday and Wednesday (excluding public holidays) 

Peak Sessions: 
Thursday, Friday, Saturday, Sunday and public holidays (National, Kuala Lumpur and Selangor).

  General Admission
  Per Hour
  Off- Peak
  RM22 (including GST)
  Peak
  RM27 (including GST)

Grip Socks*                                                                RM5 (including GST)

Anda mesti memakai Jump Street grip socks
*Anda mesti memakai Jump Street grip socks. Ini adalah bertujuan untuk keselamatan. Anda hanya perlu untuk membeli mereka sekali dan boleh membawanya bersama untuk lawatan anda berikutnya.

Tag berwarna
Tag berwarna ini berfungsi untuk membezakan waktu anda boleh akses ke dalam dan bermain. Setiap jam akan mempunyai tag warna berbeza. Jika anda membayar untuk 2 jam, maka anda akan diberikan 2 tag dengan warna berlainan.

AKTIVITI DI JUMP STREET | Mesti ramai yang tertanya -tanya apa sebenarnya kita boleh lakukan di sini? *takkan sekadar melompat-lompat katak je kot kan?

Lompatan asas
Dengan bantuan trainer yang terlatih. Kita akan diajar beberapa lompatan asas yang boleh dibuat di sini. Lompatan di sini cukup berbeza dengan lompatan biasa yang kita buat di luar. Jika diluar, untuk membuat satu lompatan kita perlu bandkan badan kita untuk dapatkan daya tujahan yang secukupnya. Tetapi di JumpStreet Trampoline Parks ini kita hanya memerlukan tujahan dari jari kita sahaja. *menarik bukan.

Ada beberapa lompatan asas yang perlu kita pelajari sebelum kita boleh mencabar diri kita ke stage seterusnya, iaitu stage yang lebih mencabar dan beraksi.

Foam Pit
Di area Foam Pit ni korang boleh merasai sendiri pengalaman lompat dan gulung. Lompat dari depan atau dari belakang mengikut kemahiran dan keyakinan yang kita ada. Ianya seakan-akan melompat di papan anjal. Cuma bezanya ia bukan melompat kedalam air, tapi kita akan melompat dan akan disupport oleh foam yang lembut apabila mendarat. *awas, pastikan anda tidak memakai cermin mata dan meletakkan duit dan smartphone anda di dalam poket seluar. Jika jatuh, susah dah nak cari.

Big Bag & High Performance
Seterusnya anda akan dibawa ke area Big Bag & High Performance. Disini biasanya port bagi mereka yang sudah expert dalam kemahiran melompat di Trampoline.



Amacam? ada bran tak? MR sendiri, untuk lompatan asas pun belum lepas lagi. Kalau nak buat skill macam ni memang kena datang buat latihan hari-hari lah kan. huhu.

Dodgeball Court_ kredit foto pinkymomma.com
Bila dah puas melompat bersendirian, korang juga boleh buat aktiviti yang melibatkan kumpulan disini. Di sini jugalah korang boleh apply semua skill lompatan asas dan extreme yang telah korang belajar di stage awal untuk bermain Dodgeball. Matikan pihak lawan dengan lontaran bola anda, dan jika ia disambut tepat dengan tangan, maka anda yang harus keluar dari gelanggang.

KEMUDAHAN LAIN | Disini disediakan parking percuma, locker simpan barang dengan bayaran RM4, water cooler, surau lelaki dan wanita, tandas dan cafe untuk lepak dan minum.

Locker boleh disewa_kredit foto idabaharum.com
TIPS MELOMPAT | Pergh memang best giler, tak rugi bayar yuran masuk untuk bermain di sini. Selain happy kita juga terdedah pada aktiviti yang sihat. Cuma seperti biasa MR nak pesan, ikut peraturan yang telah ditetapkan "JUMP SAFE" dan Insyaallah semuanya akan cukup megembirakan anda.

Foto berkumpulan- kredit foto idabaharum.com
Terima kasih MR ucapkan kepada Cik Lia (berbaju hujau) sebagai trainer kami, yang banyak membantu dan memberi tips lompatan yang bagus. Ini cuma sebahagian dari pengalaman kami di sana, dan sebenarnya masih ada banyak benda best lagi di sini yang korang perlu tahu. *kalau korang nak tahu apa dia, korang kenalah datang sendiri ke sini.

Untuk maklumat lanjut berkaitan JumpStreet Trampoline Parks ni, korang boleh follow mereka di:

6 ulasan:
Write comments
  1. terbaik madiiii..info lengkap betul..jom kita repeat lagi..best betul melompat ari tu hahahahaha

    BalasPadam
  2. Sesuatu yang menyeronokan tapi rasanya akak awal lagi tarik diri.

    BalasPadam
  3. ALAMAKKKKK sgguuh tak sopan gmbo sy tu yer HHAHAHAH adeih *tutup muka*

    BalasPadam
  4. boleh melompatlah sesuka hati ya

    BalasPadam


✈ Terima kasih kerana menjadikan Projek Travel sebagai sumber rujukan travel anda. Sebarang maklum balas sila tinggalkan di ruangan komen atau email kepada kami di projektravel@gmail.com
✈ Jom ramai-ramai follow update Projek Travel di twitter ! - https://twitter.com/ProjekTravel
Subcribe Projek Travel !