Pengiklanan & Pertanyaan

projektravel@gmail.com

✈ We share the moment. We share the tips. We share to add value to people.

12 Okt 2015

MEDIA FAM TRIP PESONA TERENGGANU 2015

MEDIA FAM TRIP PESONA TERENGGANU 2015 | Pada 29 September - 02 October 2015 yang lepas, di atas kepercayaan Projek TravelYI berpeluang menyertai Media FAM Trip Pesona Terengganu semperna ulang tahun ke 10, Yayasan DiRaja Sultan Mizan. Kami bertolak dari Kuala Lumpur International Airport Terminal 2 dan tiba di Sultan Mahmud Airport, Kuala Terengganu.

HARI PERTAMA | Kami disambut mesra oleh Puan Kuna Rashid, Sekretariat Pesona Terengganu. Setelah semua bersedia, kami menuju ke destinasi pertama kami Primula Beach Hotel Resort, Kuala Terengganu.




Primula Beach Hotel Resort merupakan hotel pertama kami di Terengganu semperna FAM Trip Pesona Terengganu. Primula Beach Hotel Hotel Resort merupakan hotel antarabangsa yang bertaraf 4 bintang dan telah beroperasi sejak tahun 1984. Hotel ini juga merupakan salah satu mercu tanda yang terkenal di Kuala Terengganu. Primula Beach Hotel Hotel Resort ini berada bersebelahan dengan Pantai Batu Buruk dan mempunyai 248 bilik yang punyai balkoni di setiap bilik yang menghadap Laut China Selatan.




Setelah berehat seketika, kami telah dipelawa untuk makan malam di  TH Hotel & Convention Center, Kuala Terengganu. Hotel ini bertaraf 4 bintang yang berlandas syariah mempunyai 182 bilik dan Convention Center yang memuatkan 1300 orang dalam satu masa.



HARI KE-DUA |  Sebelum bertolak ke Tasik Kenyir kami sempat menemu ramah Encik Marzuki, Genaral Manager, Primula Beach Hotel Resort. "Primula Hotel Beach Resort akan memambah bangunan baru yang terdiri daripada 320 bilik dan sebuah convention centre yang boleh memuatkan 5000 orang dalam satumasa. Pembinaan akan bermula petengahan tahun hadapan."


Perjalanan dari Primula Beach Hotel Resort ke Tasik Kenyir mengambil masa dalam 1 jam. Setelah tiba di Tasik Kenyir kami memulakan "Tasik Kenyir Tour".




Destinasi pertama kami di Tasik Kenyir iaitu Taman Rama RamaTaman Rama Rama, Tasik Kenyir hanya mengambil masa 5 minit dari Pengkalan Gawi. Taman Rama Rama, Tasik kenyir ini menpunyai lebih dari 1000 jenis Rama Rama dan dikelilingi dengan taman bunga khas untuk rama rama disini. Telah dibuka kepada umum pada tahun 2013. Hujung tahun 2014 telah belakunya banjir besar yang telah menegelamkan Taman Rama Rama dan banyak lagi kawasan Tasik Kenyir. Taman Rama Raya telah di baik pulih setelah air banjir beransur surut.



Seterunya kami di bawa ke Taman Orkid. Taman Orkid terletak di Pulau Hilir Selimbar, Pulau Hulu Selimbar dan Pulau Beli, yang menempatkan pelbagai Orkid Tempatan, Orkid Antarabangsa dan Orkid "Hybrids. Taman Orkid ini mengabungkan 3 buah pulau dan disambungkan dengan jambatan gantung. Terdapat lebih dari 700 jenis Orkid di Taman Orkid, Tasik Kenyir.



Destinasi ke tiga kami ke Taman Herba. Taman Herba terletak di Pulau Sah Kecil terdapat lebih dari 200 jenis herba termasuk Tongkat Ali, Kacip Fatimah, Misai Kucing, dan banyak lagi. Bukan saja pengunjung dapat megenali jenis jenis herba malah dapat mengetahui lagi kebaikan herba. Pengunjung juga dapat merasa dan menikmati air herba yang telah disediakan secara percuma.



Kami dibawa ke Air Terjun Lasir setelah seharian berjalan. Air Terjun Lasir merupakan salah satu air terjun popular yang ada di Tasik Kenyir, lokasi yang hanya 16 KM dari Jeti Pengkalan Gawi. Kehindahan 500 kaki Air Terun yang terbahagi dengan beberapa tingkat. Air Terjun Lasir jaga menjadi pilihan kepada kaki pancing untuk berehat bawah pokok yang rimbun dan menikmati kawasan air terjun yang nyaman.




Petang Island Resort, Pulau Petang, Tasik Kenyir, Terengganu. Penginapan kedua kami sempena Pesona Terengganu FAM Trip. Chalet Suite 2 tingkat, dimana bilik bawah mempunyai 1 double bed manakala bilik di bahagian atas mempunyai 1 double bed dan 1 single bed. Resort ini terletak di tempat yang sangat strategik di Taksik Kenyir menpunyai 4 Suite - VVIP, 2 Suite - VIP, 5 Executive room, 20 bilik twin, 14 Chalet, 1 Hostel dan 1 bilik seminar yang menempatkan 50 orang dalam satu masa.




HARI KE-TIGA | Kami bangun seawal 6 pagi untuk bersiap ke destinasi seterusnya. Selepas sahaja sarapan pagi kami terus bergerak ke jeti dan terus ke jeti Pengakalan Gawi. Seterunya kami ke Kampung Gajah, Tasik Kenyir untuk mengahadiri  Program Hari Warisan Budaya dan Petukaran Kebudayaam Asean Sempena Ulang Tahun yang ke 10 Yayasan DiRaja Sultan Mizan.




Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin Inbi Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah telah mencemar duli ke program tersebut. 



"Program ini bertujuaan untuk memperkenalkan budaya dan sosio ekonomi rakyat Negeri Terangganu dan Malaysia. YDSM juga telah melaksanakan pelbagai program dan projek ke arah menggalakan penyuburan kebudayaan termasuk seni kraf warisan" Yang Berbahagia  Dato' Haji Mohd Fadzli Bin Yusop, Ahli Lembaga Pemegang Amanah, Yayasan DiRaja Sultam Mizan.


Setelah selesai majlis di Kampung Gajah, kami meneruskan perjalanan kami ke Kampung Cina. Untuk menyaksikan sendiri keunikan seni yang terdapat di Kampung Cina.


Sebelum tiba di Kamping Cina kami singgah di Keropok Lekor BTB dimana salah satu keropok lekor yang terkenal dengan Keropok Lekor Keju. Keropok Lekor disini mempunyai pelbagai jenis seperti Lekor biasa, Jejari Keju, Cheesy Lava, Cheesy Poppers, Black Pepper Cheesy Poppers, Black Pepper Poppers dan Cheese Onion Poppers.



Kami sempat merasa 3 dari 5 keropok lekor Keju yang ada disini. Kepada anda yang akan datang ke Kuala Terengganu jangan lupa singgah dan mencuba sendiri keropok lekor Keju BTB. Selain dapat merasa keropok lekor Keju kami juga dapat melihat process membuat keropok lekor disini.







Setelah penat berjalan kat Kampung Cina, kami pun terus ke Hotel Tanjong Vista, Kuala TeregganuHotel Tanjung Vista merupakan hotel ketiga sepanjang kami di sini. Hotel Tanjong Vista merupakan hotel yang betaraf 3 bintang yang mempunyai 199 bilik kesemuanya termasuk 20 bilik Superior, 110  bilik Superior Deluxe, 38 bilik Deluxe, 10 bilik Family, 10 bilik Executive Deluxe ,10 Premium Suites & 1 Bayu Suite.










Setelah hilang penat berjalan kat Kampung Cina tadi kami dijamu makan malam di Hotel Tanjong Vista berkonsepkan "Chinese Cuisine" mempunyai "8 Courses" memang sedap dan puas hati. Habis je makan malam kami di bawa bersiar siar di Taman Temadun Islam. Dimana terletak yer Masjid Kristal yang dikenali ramai. 









Kami sekali lagi dijamu makan malam di Restoran B'Beteng, Taman Tamadun Islam. Kali ni kami di jamu dengan Ikan Bakar. Walupun dah makan kat hotel tadi kami tetap berselera makan kat sini, bak kata orang " Rezeki Jangan Ditolak". Setelah semua kekenyangan kami pun beransur balik ke hotel.

HARI KEEMPAT | Keesokan hari yer merupakan hari terakhir kami semua berada di Terenganu, selepas jer sarapan kami terus ke Pasar Payang dan juga dikenali sebagai "Central Market". 



Pasar Payang terdiri daripada bangunan kompleks 2 tingkat. Di bahagian bawahnya terdapat gerai basah dan gerai menjual pelbagai kuih-muih traditional negeri Terengganu. Di bahagian atas terdapat pelbagai kedai menjual pelbagai barangan. Ia terletak berhampiran dengan jeti Shabandar dan merupakan tempat persinggahan pelancong yang hendak menaiki bot ke pulau-pulau berhampiran.


Pasar Kedai Payang terletak di bandar Kuala TerengganuTerengganu betul-betul mengadap Laut China Selatan. Bangunan pasar ini dua tingkat terbahagi kepada dua jenis barang utama. Bahagian bawah menjual barangan dapur. Sementara tingkat atas menjual pakaian terutama batik Terengganu dan songket tenunan Melayu. Pasar Payang merupakan destinasi terakhir kami sebelum kami berangkat ke airport untuk balik ke Kuala Lumpur.



4 ulasan:
Write comments
  1. Terengganu, so much of nice things to do!

    BalasPadam
  2. wah... cantik lokasi dan pemandangan kat situ... gambar makanan semua lawa2... tahniah

    BalasPadam
  3. wah seronoknya bro dapat trip begini..

    BalasPadam
  4. hmmm... banyaknya typo...

    Makanan di TH Hotel terutama steamboat memang sedap dengan harga berpatutan.

    BalasPadam


✈ Terima kasih kerana menjadikan Projek Travel sebagai sumber rujukan travel anda. Sebarang maklum balas sila tinggalkan di ruangan komen atau email kepada kami di projektravel@gmail.com
✈ Jom ramai-ramai follow update Projek Travel di twitter ! - https://twitter.com/ProjekTravel
Subcribe Projek Travel !