Pengiklanan & Pertanyaan

projektravel@gmail.com

✈ We share the moment. We share the tips. We share to add value to people.

19 Okt 2015

KEMBARA KRAF SELANGOR 2015 | KRAF TRADISIONAL


Pada minggu lepas, MR telah dijemput oleh pihak Majalah Gaya Travel untuk meyertai Program Kembara Kraf Selangor 2015 (KKS15) yang telah berlangsung selama 3 hari iaitu bermula pada 9 Oktober sehingga 11 Oktober 2015. Program ini merupakan anjuran Majalah Gaya Travel sendiri dengan kerjasama Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor (UPEN), Sub-Seksyen Pelancongan.

Kredit Foto :lilyrianitravelholic.blogspot.com
Program KKS15 ini dianjurkan adalah bertujuan untuk mempromosi produk-produk kraf di sekitar negeri Selangor serta memberi peluang baru untuk pemilik produk membawa produk mereka menerusi media tempatan dan media sosial.

Pendedahan untuk menyelami seni kraf juga akan dijalankan mengikut tema Program KKS15 iaitu dengan bermula dengan seni kraf tradisional, seni kraf moden serta seni kraf tak lapuk dek zaman. Para peserta yang terdiri daripada rakan media & bloggers juga telah berpeluang untuk mencuba sendiri pembuatan seni kraf seperti seni kraf kayu, orang asli, contengan kasut, polimer, bunga tekap serta batik.

GALERI PENJARA KAJANG

Pada hari pertama dengan bertemakan seni kraf tradisional, tempat pertama yang telah kami lawati ialah Galeri Penjara Kajang, Kajang. Disini kami telah didedahkan kepada Bahagian Pengurusan Banduan Seksyen Vokasional & Industri Penjara, dimana mereka ada mengeluarkan beberapa hasil kraf hasil dari latihan yang diberikan ke atas banduan. Hasil seni kraf tradisional yang boleh kita lihat disini ialah, tenun, songket, batik, ukiran, perabut dan macam-macam lagi.

ditenun secara tradisional
Hasil seni songket tenun disini sangat berkualiti dan ianya dipantau dengan kerjasama Tenun Pahang Diraja. Ianya ditenun dengan menggunakan alatan tradisional dan bukan dengan menggunakan mesin.

Songket 
Buktinya ia boleh dilihat pada hujung lebihan kain yang ditenun dan boleh dirasa texture tenunannya. Apa yang membuatkan kami lebih teruja adalah ianya dijual lebih murah jika dibandingkan dengan pasaran luar. Ada juga butik-butik terkenal yang megambil hasil tenun mereka dan dijual dengan harga berlipat kali ganda. Bagi mereka yang ingin membeli songket asli yang murah, MR cadangkan untuk korang datang dan beli di sini.

MAH MERI CULTURAL VILLAGE

Program KKS15 ini seterusnya membawa kami ke Pulau Carey dimana terletaknya perkampungan orang asli Mah Meri. Di Mah Meri Cultural Village, kami telah didedahkan dengan hasil kraftangan tradisional mereka seperti anyaman, dan kraf ukiran.

Kaum orang asli Mah Meri
Ramai di antara mereka kreatif mengukir patung-patung yang dibuat daripada kayu. Ukiran mereka berbentuk dewa-dewa , manusia , alam flora dan fauna. Objek yang cukup menghiburkan ialah patung anak kera yang bergayut pada emaknya. Patung-patung ini mendapat pengiktirafan UNESCO.


TOK SABRI SI TUKANG CINCIN

Seterusnya kami telah dibawa ke kedai Tok Sabri Si Tukang Cincin yang mana ianya terletak di Telok Panglima Garang, Sijangkang.



Disini, hasil seni pertukangannya bukan sekadar dari batu permata sahaja, beliau juga boleh menghasilkan cincin dari kayu terpilih. Ada diantaranya mempunyai rekabentuk yang sangat unik dengan campuran pelbagai jenis kayu. Ternyata hasil tangan seni Tok Sabri cukup dikenali ramai kerana kekemasan dan service yang sangat bagus.


Perjalanan kami untuk seni tradisional di hari pertama KKS15 terhenti disini sahaja. Nantikan perkongsian MR berkenaan hari kedua dan ketiga di entry seterusnya.



Tiada ulasan:
Write comments


✈ Terima kasih kerana menjadikan Projek Travel sebagai sumber rujukan travel anda. Sebarang maklum balas sila tinggalkan di ruangan komen atau email kepada kami di projektravel@gmail.com
✈ Jom ramai-ramai follow update Projek Travel di twitter ! - https://twitter.com/ProjekTravel
Subcribe Projek Travel !