Pengiklanan & Pertanyaan

projektravel@gmail.com

✈ We share the moment. We share the tips. We share to add value to people.

6 Okt 2015

KECANTIKAN DAN KEUNIKAN HOTEL DE ART SHAH ALAM

KECANTIKAN DAN KEUNIKAN HOTEL DE ART SHAH ALAM | Siapa sangka sebuah butik hotel yang terletak di Shah Alam ni mempunyai hiasan dalaman yang cantik dan unik. Bagi yang pernah masuk dan menginap di hotel ni pasti mengakuinya kan. Baru-baru ni dua admin Projek Travel telah melihat sendiri hotel ni dan sangat teruja dengan hiasan dalamannya. 


Hotel De Art Shah Alam


Hotel De Art Shah Alam merupakan sebuah butik hotel yang mempunyai 58 buah bilik dengan setiap satunya mempunyai hiasan dalaman yang berbeza. Kesemua hiasan ni bertemakan fantasi, flora dan fauna, filem, bandar-bandar terkenal, watak-watak kartun, dan juga artis lagenda yang terkenal. Menarik kan konsep hotel ni.

Melangkah masuk ke lobi hotel, mata terpegun melihat dekosi yang ditampilkan. Bertemakan warna putih dan emas, dilengkapi dengan perabot-perabot dan hiasan yang cantik terasa seperti dalam istana. Admin pasti setiap pengunjung yang datang akan terpesona dengan konsep dan dekorasi yang ditampilkan di bahagian lobi ini.


Menurut Pengarah Urusan hotel ini, setiap perincian hiasan dalam hotel berkenaan mempunyai sentuhan berbeza dalam menyempurnakannya. Berbanding memutuskan pilihan perabot, dia lebih senang menjadikan kertas dinding sebagai tarikan utama dan juga rujukan utama ketika menyiapkan penataan. Setiap kertas dinding yang digunakan adalah berkualiti dan tidak mudah rosak. Selepas menetapkan motif kertas dinding, baru difikirkan perabot, kemasan serta aksesori bersesuaian. 

Hotel De Art menawarkan beberapa kategori bilik sebagai pilihan buat pelanggan untuk menginap samada di unit standard, superior, superior deluxe, superior deluxe with lake view, twin superior, triple, dan kamar keluarga atau VIP. Berikut mari kita lihat beberapa bilik yang sempat admin kunjungi semasa menginap di hotel ini.

103 - Your Royal Highness


105 - Lady Gaga


201 - The Cabin


203 - I Feel Bubbly


205 - The Maharaja


208 - Rock & Roll


215 - Crouching Tiger Hidden Dragon


Kebanyakan bilik berkeluasan 15 x 18 kaki persegi menyebabkan ada bilik yang tidak mempunyai almari. Hanya penyangkut baju sahaja disediakan untuk kemudahan menggantung baju. Ini kerana ruang yang terhad dan untuk memudahkan pergerakan penghuni demi keselesaan. Jadi jangan terkejut jika dalam bilik tidak mempunyai almari.



Selain almari, antara kemudahan lain yang disediakan adalah : 
  • LCD TV
  • Meja Tulis
  • Perkhidmatan WIFI percuma
  • Telefon
  • Cerek elektrik
  • Pancuran air panas

Menarik kan. Ini baru 7 buah bilik, ada lagi 51 buah bilik yang boleh dipilih. Admin sarankan sebelum pergi, lihat dulu pilihan bilik di laman web mereka.



Selain dari bilik, setiap lorong bagi setiap aras juga dihiasi dengan kertas dinding yang berlainan corak. Nampak menyerlah ditambah dengan lukisan-lukisan pemandangan yang menarik. Boleh dikatakan seluruh sudut di dalam hotel ni menggunakan kertas dinding. Oh ya, lukisan-lukisan yang digantung ini boleh juga dibeli mengikut harga yang ditetapkan.



Lokasi Hotel De Art Yang Strategik


Hotel De Art mempunyai lokasi yang strategik di kawasan Shah Alam. Hotel ini sangat berdekatan dengan UITM Shah Alam dan juga I-City. Jadi, jika ada yang ingin ke UITM samada untuk urusan rasmi ataupun semasa konvokasyen boleh la datang dan tinggal di Hotel De Art. Berikut anggaran perjalanan jika menaiki kereta atau teksi dari hotel ini ke :

  • 2 minit ke UNSEL
  • 3 minit ke I-City /UITM
  • 5 minit ke Bandar Shah Alam / Bandar Klang
  • 10 min ke Subang Jaya / Pusat Membeli Belah Sunway Pyramid 
  • 15 minit ke Petaling Jaya / Puchong
  • 20 minit ke Mid Valley
  • 30 minit ke Putrajaya / Cyberjaya
  • 40 minit ke KLIA / Sepang

Jika berminat untuk melihat sendiri kecantikan dan keunikan Hotel De Art Shah Alam, sila rujuk maklumat di bawah untuk percutian anda :




Harga :
Dari RM98 hingga RM248
(tertakluk kepada sebarang perubahan. Harga termasuk sarapan pagi, wifi, 10% diskaun di Hailam Kopitiam)

Parking :
Percuma

Alamat :
N. 3,  Jalan Kristal AS7/AS,
Seksyen 7,
40000 Shah Alam, Selangor

Website :

Facebook : 

Instagram :


2 ulasan:
Write comments
  1. cantk bilik2 dia..nampak mewah semua nya..harga pun best..tak mahal mana pun..

    BalasPadam


✈ Terima kasih kerana menjadikan Projek Travel sebagai sumber rujukan travel anda. Sebarang maklum balas sila tinggalkan di ruangan komen atau email kepada kami di projektravel@gmail.com
✈ Jom ramai-ramai follow update Projek Travel di twitter ! - https://twitter.com/ProjekTravel
Subcribe Projek Travel !