Pengiklanan & Pertanyaan

projektravel@gmail.com

✈ We share the moment. We share the tips. We share to add value to people.

1 Sep 2015

ORCHARD VILLA @ GOMBAK MENJADI LOKASI MAJLIS RESEPSI PERKAHWINAN UNIK DI SELANGOR

ORCHARD VILLA @ GOMBAK
LOKASI MAJLIS RESEPSI PERKAHWINAN UNIK DI SELANGOR | Ahad lepas, kami telah berpeluang memenuhi jemputan majlis resepsi perkahwinan di Gombak. Alhamdulillah, rasanya tempat yang cukup baik untuk majlis perkahwinan sebegini kerana parking yang cukup dan yang paling penting jalan untuk ke sini tidak terlalu sesak. 

Awal kami plan untuk bertolak dari bangi kerana takut untuk menghadapi jalan yang sesak. Tapi sebaliknya berlaku bila kami sampai awal di lokasi majlis. Lokasi majlis ini ialah di Orchard Villa @ GOMBAK, Desa Makmur batu 10. Berdekatan dengan kampus UIA Gombak.

Air pancut
bahagian sisi tapak majlis bertentangan dengan anak sungai
Orchard Villa @ GOMBAK best. *kenapa best? Ini kerana ia merupakan lokasi untuk majlis berkonsepkan kehijauan alam sekitar, dikelilingi pokok dan kedengaran pula air sungai mengalir berdekatan tapak majlis resepsi .

Open space berdekatan sungai yang sangat bersih
Sungai dengan air yang sangat jernih dari bukit
Selain dari menyediakan fasiliti parking percuma dan luas untuk pegunjung yang datang, Orchard Villa @ GOMBAK juga turut menyediakan fasilliti penting seperti surau,bilik persiapan dan tandas yang selesa

Tandas yang cukup bersih dan selesa
MAKLUMAT PAKEJ | Berikut merupakan maklumat pakej Orchard Villa @ GOMBAK yang perlu korang baca.
✔ Ruang makan berkapasiti 400pax dalam satu masa. ✔ Fasilliti seperti surau,bilik persiapan dan tandas yang selesa. ✔ Ruang parking yang luas dan dikawal anggota RELA bertugas✔ Jauh dari kesibukan kota ✔ Pakej perkahwinan idaman - termasuk dekorasi indah PELAMIN dan MEJA MAKAN BERADAP. ✔ Hanya serendah RM28.00/pax, semua orang mampu mengabadikan kenangan terindah ini. ✔ Setiap majlis akan di uruskan oleh pramusaji D’Saji yang lengkap beruniform.

RUANGAN MAJLIS Untuk pengetahuan korang, Orchard Villa @ GOMBAK ni merupakan konsep perkahwinan unik yang diwujudkan oleh Felda D'Saji di Gombak yang didirikan diatas tanah dusun.


Pintu gerbang ke ruangan majlis
Sekitar ruangan majlis
Ruangan makan vip dan keluarga pegantin
Ruangan santapan pegantin
Meja utama disediakan untuk tetamu VVIP dengan bilangan maksima 10 pax. Hiasan dan gubahan bunga segar turut disediakan. Mereka juga menyediaan empat ( 4 ) set meja berhidang heated dome untuk tetamu khas lengkap dengan Sarung Kerusi, Riben Kerusi, Alas Meja Bulat & Overlay serta set crockeries dan cutleries jamuan secukupnya.

Ruangan makan VIP dan keluarga pegantin
Penyediaan pelamin asas oleh kontraktor yang telah dilantik oleh Felda D’Saji supaya sesuai dengan tema majlis perkahwinan yang dipilih oleh pelanggan mereka.

Pakej termasuk pelamin
Dekorasi pintu gerbang utama
PAKEJ MAKANAN | *siapa tidak kenal dengan brand D'Saji ni? Brand yang cukup gah dalam industry makanan di Malaysia. Kami sendiri akui, makanan yang terhasil dari mereka cukup enak dan berkualiti.

Hidangan dari Felda D'Saji
Pakej makanan dan Minuman yang Felda D'Saji tawarkan ialah dihidang secara Buffet atau Dome. Pilihan set menu korang boleh rujuk kat bawah ni. Menu tertera boleh di suai padan mengikut keperluan pelanggan.

Menu 1 dan menu 2
Menu 3 dan menu 4
Meja utama disediakan untuk tetamu VVIP
Hidangan utama
pencuci mulut
HARGA PAKEJ | Berikut merupakan harga pakej yang boleh korang dapat di Orchard Villa @ GOMBAK ni.

Harga pakej yang tertera tidak termasuk 6% GST. (GST ID : 000183664640)
Jamuan makan tengahari : 11.30 pagi - 3.30 petang / Jamuan makan malam : 7.30 malam - 10.30 malam

Sapa plan nak kawin tu leh usha diorang punya pakej. Memang murah dan berpatutan. Konsep pun gempak.


ORCHARD VILLA @ GOMBAK
KONSEP PERKAHWINAN DI DALAM DUSUN

Venue :
Orchard Villa @ GOMBAK,  
Desa Makmur batu 10 1/4, Sungai Salak, 53100,
Gombak, Selangor

GPS Coordinate :
N : 3.272886 E: 101.728487

UNTUK TEMPAHAN, HUBUNGI :
Jabatan Jualan Dan Tempahan

Tel :
03-2698 8302

Email :
salesdsaji@felda.net.my

SEGALA-GALANYA BERMULA DISINI, TERCIPTA KENANGAN ABADI

4 ulasan:
Write comments
  1. haihhhh rasa nak kawin lagi sekali la plak hahahaha

    BalasPadam
  2. Sangat cantik...

    Terasa macam nak bersanding kali kedua pula...hihi

    BalasPadam
  3. Cantiknyaa tempat tu.. nasib baik dah kawen. Heheh

    BalasPadam


✈ Terima kasih kerana menjadikan Projek Travel sebagai sumber rujukan travel anda. Sebarang maklum balas sila tinggalkan di ruangan komen atau email kepada kami di projektravel@gmail.com
✈ Jom ramai-ramai follow update Projek Travel di twitter ! - https://twitter.com/ProjekTravel
Subcribe Projek Travel !