NASI DAGANG DI DALAM HIDANGAN MENU SANTAN AIRASIA DAN AIRASIA X


Santan AirAsia
Santan AirAsia
NASI DAGANG DIDALAM HIDANGAN MENU SANTAN AIRASIA DAN AIR ASIA X | AirAsia dan Air Asia X telah melancarkan menu dalam pesawat terkini yang diberikan nama "SANTAN", dengan pengenalan baru bagi kedua syarikat penerbangan bagi pembelian dalam pesawat atau pra tempah. Majlis pelancaran "SANTAN" ini telah diadakan di WOLO Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

WOLO Bukit Bintang
WOLO Bukit Bintang
PENERBANGAN AIRASIA BERHAD | Antara hidangan terbaru yang sudah tersedia di dalam penerbangan AirAsia Berhad (AK) bagi pembelian dalam pesawat ialah Nasi Dagang dengan Kari Ayam dan dihidangkan bersama Dodol, Nasi Kepal Ayam Teriyaki dan Sandwich Pizza Ayam Salai.

Nasi Dagang dengan Kari Ayam dan dihidangkan bersama Dodol
Nasi Dagang dengan Kari Ayam dan dihidangkan bersama Dodol
Sementara untuk menu pra tempah pula ialah Nasi Tomato dengan Ayam Percik, Balutan Satay Ayam dan Pasta Sayuran dengan Ayam Panggang.

PENERBANGAN AIRASIA X BERHAD | Bagi penerbangan Air Asia X Berhad (D7) pula, menu pra tempah yang boleh dinikmati oleh pelanggan ialah Kombo Nasi Dagang dan Kombo Mee Goreng Mamak yang mana ianya termasuk dengan 350ml air mineral. Nasi Dagang juga tersedia bagi pembelian dalam penerbangan AirAsia X.


Pelanggan bagi kedua-dua syarikat AirAsia Berhad dan AirAsia X Berhad sudah boleh mula menikmati menu tambahan baru ini bermula dari sekarang.
Tony Fernandes, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Air Asia | Pasukan pendapatan sampingan kami sentiasa melihat cara bagaimana kami dapat menambah baik pengalaman penerbangan bagi tetamu kami. Makanan semestinya memainkan peranan penting tetapi kami tidak hanya mahu menjual makann tetapi juga menggunakan pengalaman dalam penerbangan bagi mengenalkan hidangan Asean bagi kesemua tetamu kami. Kami berbesar hati memperkenalkan Nasi Dagang terlebih dahulu, yang mana adalah hidangan terkenal di Malaysia sebagai pengenalan, dan kami akan melihat memperkenalkan hidangan lain dari pelbagai tempat di Asean dalam pusingan Menu Asean "Santan" yang seterusnya.
Roti canai juga merupakan salah satu menu popular di negara kita yang mana korang harus cuba ketika terbang bersama AirAsia.

Roti Canai AirAsia
Roti Canai AirAsia
Banyak lagi hidangan best yang boleh dinikmati di dalam pesawat AirAsia. Selain pra tempah makanan dalam penerbangan AirAsia, pelanggan juga kini boleh menambah pencuci mulut yang manis dengan pilihan "Maximise Your Meal" yang termasuk Salted Caramel Cookie Bar dan Kit Kat untuk hanya RM 7.

Pemanis mulut
Bagi mereka yang bersama kanak-kanak, untuk kedua penerbangan AirAsia Berhad dan AirAsia X Berhad kini boleh menikmati pra tempah hidangan kanak-kanak yang terdiri dari dua Burger Ayam Mini dan Ribena.

Burger Ayam Mini
Burger Ayam Mini AirAsia
Jadi apa tunggu lagi, buat tempahan awal sebelum terbang bersama AirAsia untuk lebih banyak penjimatan.



Share on Google Plus
***

4 comments:

  1. Huishhh best niii... Terbaiklah Air Asia

    BalasPadam
  2. Macam2 dlm pinggan smlm tak tahu macam mana rasa nasi dagang AA

    BalasPadam
  3. Nasi kegemaran akak. Insyaallah ada rezeki nak cubalah nasi daging AA.

    BalasPadam
  4. siap ada nasi dagang, pergh terus lena dlm kapal gitu

    BalasPadam