Pengiklanan & Pertanyaan

projektravel@gmail.com

✈ We share the moment. We share the tips. We share to add value to people.

1 Ogo 2015

MUSIM SAKURA, PANAS, LURUH DAN SEJUK DI JEPUN

Musim Bunga Sakura

MUSIM SAKURA | Sakura atau cherry blossom boleh dilambangkan sebagai simbol kepada musim bunga. Musim bunga sakura biasanya sangat pendek. Tempoh bunga ini berkembang mekar kebiasaanya ialah 5 ke 7 hari sahaja. Kebiasaanya di bandar-bandar besar seperti Tokyo dan Osaka, bunga sakura ni akan mula berbunga mekar pada hujung bulan Mac setiap tahun dan akan berakhir pada awal bulan April.

Secara umumnya, jika cuaca sejuk, maka bunga sakura lambat berbunga tetapi jika cuaca panas, maka lebih cepat bunga sakura akan berbunga.Selepas,tempoh mekar tamat, bunga ini akan jatuh dari pokok. Angin yang kuat dan hujan boleh menyebabkan tempoh musim bunga sakura ini menjadi lebih pendek.


Musim Panas di Jepun

MUSIM PANAS | Musim panas (夏: [natsu]) adalah tempoh kedua bagi empat musim di Jepun. Ia bermula pada awal bulan Jun dan berakhir pada bulan Ogos. Musim panas di Jepun secara tipikal adalah sangat panas dan lembap kecuali di Hokkaido. Suhu pada waktu siang biasanya sekitar 30 ℃ - 35 ℃. Musim panas terdiri daripada empat peringkat. Awal musim panas, musim hujan (梅雨: [tsuyu]), musim panas kemuncak dan musim panas akhir tahun. Musim hujan terus dari pertengahan Jun hingga pertengahan Julai. Indeks suhu kelembapan pada waktu itu adalah sangat tinggi. Tetapi hujan ini sangat diperlukan untuk pertanian. Musim panas boleh menjadi sangat panas dan lembap di kebanyakan tempat di Jepun.


Musim Luruh di Jepun

MUSIM LURUH | Musim luruh di Jepun biasanya bermula pada awal bulan Oktober sehingga hujung bulan November. Biasanya musim luruh ini bermula di Hokkaido utara, secara beransur-ansur merebak ke hujung selatan kepulauan Jepun dalam masa 50 hari. Perubahan musim ini berlaku apabila suhu rendah pada waktu pagi adalah lebih kurang 6 darjah atau 7 darjah Celsius. Anda boleh menikmati pemandangan musim luruh ini selama 20 hingga 25 hari. Waktu terbaik untuk menikmati keindahan musim luruh ini di bandar-bandar utama seperti di Osaka dan Tokyo adalah pada pertengahan bulan November.


Musim Sejuk di Jepun

MUSIM SEJUK | Seperti musim-musim yang lain, musim sejuk adalah antara musim yang paling ditunggu-tunggu oleh pelancong. Ini kerana pada waktu itu salji mulai turun dan pelbagai aktiviti yang menarik dijalankan. Musim sejuk di Jepun bermula pada akhir Disember dan berakhir pada penghujung bulan Febuari. Kebiasaannya, apabila suhu mencecah bawah 0 darjah celsius, salji akan mula turun dan daun-daun mula gugur dari pokok hingga tinggal ranting sahaja. Suhu mengalami penurunan jika anda bergerak dari arah utara, ke kawasan pergunungan bahagian Utara yang mengalami salji dan musim sejuk yang lebih panjang.


Bagi korang yang merancang untuk bercuti ke Jepun, pastikan korang memilih masa yang sesuai kerana setiap musim pastinya menjanjikan pengalaman berbeza untuk korang. Jadi rujuk website ni untuk WAKTU SESUAI BERCUTI DI JEPUN [klik].

p/s : untuk pengetahuan korang, AirAsia X telah melancarkan laluan penerbangan terbaru mereka terus ke Hokkaido, Jepun. Rujuk entry PENERBANGAN AIRASIA X KE HOKKAIDO JEPUN [klik] untuk info lanjut.

8 ulasan:
Write comments
  1. Wah....hati meronta tengok gambar atas....Nak ke Jepun. Makin semangat simpat niat ke Jepun.

    BalasPadam
  2. Behnya dapat g jepun..hehehe

    BalasPadam
  3. Best kalau dpt explore 4 musim sekaligus..SA mmg impikan nak pi jepun..x tau la bila leh sampai...

    BalasPadam
  4. bila dapat pergi jepun ni..

    BalasPadam
  5. Wah,bestnya...Insyallah..Kmi akan pergi ke jepun pd tahun dpn,bulan disember...Musim salji,here we come..hoho
    #hihi

    BalasPadam
  6. Bagi saya musim Sakura yang paling memberikan kesan untuk entiti Jepun. :D

    BalasPadam
  7. Seronok dapat travel dan menikmati pelbagai musim di negara jepun.

    BalasPadam
  8. Tips ke Jepun
    - poket kena tebal skit sbb makan betul betul mahal
    - pre-order makan atas flight lagi berbaloi utk pergi & balik
    - rasa rasa tak bole tahan makanan diaorang hari hari bawa instant dari Malaysia. kalau boleh masak bawa packed pes. brg basah beli kat sana contohnya Brahims, Adabi
    - air takda masalah sbb vending machine bersepah
    - smoker takda masalah sbb harga sama ja mcm di malaysia
    - kaki kena kuat sbb mostly public transport
    - tak perlu buah tangan yg mahal mahal. sbb sana mmg mahal

    Kos lebih kurang rm2.5k kalau sendiri. Kalau under agent Rm5k-6k

    BalasPadam


✈ Terima kasih kerana menjadikan Projek Travel sebagai sumber rujukan travel anda. Sebarang maklum balas sila tinggalkan di ruangan komen atau email kepada kami di projektravel@gmail.com
✈ Jom ramai-ramai follow update Projek Travel di twitter ! - https://twitter.com/ProjekTravel
Subcribe Projek Travel !