LEGO NINJAGO LIVE SHOW DI LEGOLAND MALAYSIA


LEGO Ninjago ™ - Realm of Shadows_ foto www.feeqsays.com
LEGO NINJAGO LIVE SHOW DI LEGOLAND MALAYSIA | Jika sebelum ini Legoland Malaysia telah menyajikan kita dengan LEGO Star Wars, kini buat pertama kali dalam sejarah, LEGOLAND® Malaysia Resort telah membuka peluang kepada kita untuk  memasuki dunia Ninjago ™ dengan Live Show LEGO 'Ninjago - Realm of Shadows.

‘Ninjago – Masters of Spinjitsu’
Mempersembahkan aksi boneka ninja yang telah diilhamkan dari siri TV popular ‘Ninjago – Masters of Spinjitsu’ dan dibawa ke dunia kehidupan di atas pentas dengan gabungan teknologi dan konsep hebat tradisional dan moden seperti persembahan gerakan boneka,  state-of-the-art 4D special effects and mind-blowing video mapping.
Mark Germyn, Pengurus Resort LEGOLAND Malaysia | "Kami amat berbangga kerana telah terpilih untuk menjadi LEGOLAND Park yang pertama di dunia yang telah melancarkan tarikan Live Show Ninjago ini.Campuran teknologi terkini dengan konsep boneka tradisional gaya Banraku agak inovatif dan jalan cerita yang seharusnya dapat memberi keseronokan kepada kanak-kanak khususnya. "

MASA PERSEMBAHAN | Pertunjukan ini memakan masa selama lebih kurang 20 minit, menampilkan sebanyak enam boneka berlainan karekter, yang mana setiap satunya sebesar kira-kira 1.2 meter. Setiap boneka yang direka merupakan boneka yang cukup teliti dengan sifatnya dan dicipta oleh pakar.

Live Show Ninjago
Skrip pula merupakan dari bekas pemenang anugerah Penulis filem Hollywood iaitu  Kevin dan Dan Hageman (yang juga sebagai penulis skrip untuk The Movie LEGO dan Ninjago ™ Siri TV), rancangan ini telah dicipta oleh pasukan antarabangsa yang terdiri dari tujuh negara semuanya.

SINOPSIS PERSEMBAHAN | Dalam persembahan secara langsung ini, Ninjas - Kai, Nya, Zane, Cole, Jay dan Lloyd - mempunyai misi untuk melindungi Bandit, iaitu seekor Yin Yang Dragon, yang satu hari nanti diramal akan membesar sehingga menjadi seekor Light Dragon yang kuat dan digeruni. Penonton dan Ninja perlu bekerjasama untuk melindungi Ninjago dari Evil Clouse dan Shadow Minions yang ingin mencuri Bandit dan membawa ninjago untuk jelajah ke dalam Realm of Shadows.

makhluk-makhluk yang jahat
Siri asal adalah di dalam dunia fiksyen di mana tanah itu dibahagikan antara Ninjago dan Pulau gelap, di mana Overloard bermastautin. Ia digambarkan sebagai sebuah neraka, di mana makhluk-makhluk yang jahat seperti Lord Garmadon dan Skullkins tinggal, bersama-sama dengan tempat-tempat suci di mana banyak perkara-perkara yang tersembunyi dan rahsia. Apabila dunia mereka di gangu dan dicabar oleh ancaman yang besar, maka pahlawan-pahlawan Ninjago ini bertanggungjawab untuk bertindak mempertahankan tanah mereka.

Persembahan secara lansung ini akan menjadi episod yang hilang atau kesebelas dari kisah Ninjago-Masters of Spinjitzu yang tayang dalam 10 episode sebelumnya.

Bagi Mat Remos ia merupakan satu usaha baik dari pihak Legoland Malaysia dalam menyediakan tarikan baru yang bakal menemui setiap peminat fanatik LEGO Ninjago ™ di Malaysia. 


LEGO City Stage
TARIKH MULA | LEGO Ninjago ™ dan Realm of Shadows akan dibuka kepada orang ramai di LEGOLAND® Malaysia Resort pada 28 Ogos 2015 di LEGO City Stage berhawa dingin dan akan berjadual setiap hari. Bersiap sedia untuk kagum dengan persembahan yang bakal korang tonton secara live. Meyaksikan bagaimana pahlawan-pahlawan Ninjago bertempuran untuk mengatasi kuasa-kuasa jahat dalam kerja berpasukan.

MAJLIS PERASMIAN | Majlis perasmian LEGO Ninjago ™ Realm of Shadows ini telah berlangsung pada 25 Ogos 2015 di LEGO City Stage Legoland Malaysia dan dihadiri sendiri oleh Mark Germyn, Pengurus Resort LEGOLAND Malaysia.

perasmian LEGO Ninjago ™ - Realm of Shadows_ foto www.feeqsays.com
PROMOTIONS | Kids from 2 to 12 years of age will get 50% off, with any paying adult, if they’re decked out in a Ninja outfit from Aug 28 – Sept 30.

Annual Pass Promotions are now on – Johor residents can now apply for a special pass from now till Sept 30, while Singapore residents can buy an adult annual pass and get 50% off a child annual pass, from now till Oct 31. For those renewing their pass, save up to RM100 and upgrade your pass at RM50, from now till Sept 30.

Untuk maklumat lanjut korang boleh ke www.legoland.com.my [klik]

Share on Google Plus
***

1 comments: