Pengiklanan & Pertanyaan

projektravel@gmail.com

✈ We share the moment. We share the tips. We share to add value to people.

17 Ogo 2015

KEK JANTUNG PISANG, KEK TRADISI NEGERI SARAWAK

KEK JANTUNG PISANG, KEK TRADISI NEGERI SARAWAK | Negeri Sarawak cukup terkenal dengan kewujudan kepelbagaian etnik suku kaum yang paling banyak di Malaysia. Di tanah kenyalang ini juga mempunyai pelbagai tempat menarik dan makanan-makanan yang sangat sedap dan unik.

Pada minggu lepas (10 OGOS 2015), Mat Remos telah berkesempatan mengikuti program Jom Jelajah Koperasi Negeri Sarawak. Ini membuka peluang yang cukup luas buat Mat Remos untuk mengenali adat budaya dan makanan di Negeri Sarawak ini.

Menyusuri sungai Kayan
Menyusuri sungai Kayan
Memandangkan ini merupakan kali pertama Mat Remos ke Negeri Sarawak, semuanya menjadi pengalaman yang baru buat Mat Remos bukan sahaja dari segi kekayaan adat dan budaya mereka, malah makanan juga tidak ketinggalan. Bila bercerita mengenai makanan di Negeri Sarawak ini, kita tidak boleh lari dengan kehebatan rasa Mee Kolo, Mee Jawa, Laksa Sarawak, Ikan Terubuk Masin dan Kek Lapis yang cukup sinonim dengan negeri ini.

Ketika lawatan kami ke Homestay Kg. Melayu Tebakang, Serian yang mana ianya diuruskan oleh Koperasi Melayu Serian Berhad kami telah diperkenalkan oleh masyarakat setempat dengan kewujudan Kek Jantung Pisang

Kek Jantung Pisang dimasak dengan cara menggoreng
Kek Jantung Pisang dimasak dengan cara menggoreng

PROSES PEMBUATAN KEK JANTUNG PISANG | Kek Jantung Pisang ini dimasak dengan cara digoreng di atas api yang paling kecil didalam kuali yang melengkung seperti di dalam gambar di atas. Adunan digoreng bermula dengan meletakkan adunan dalam kadar satu sudu besar di dalam majerin yang panas. Setelah adunan pertama masak, ia diangkat dan satu sudu adunan baru diletakkan didalam kuali. Kemudian adunan yang telah dimasak tadi diletakkan di atas adunan yang baru dalam kuali . Dan begitulah seterusnya proses diulang sehingga adunan habis di masak.

Kek Jantung Pisang
Kek Jantung Pisang yang baru sahaja siap di masak_ foto www.emily2u.com

HARGA KEK JANTUNG PISANG | Foto di atas ni merupakan Kek jantung Pisang yang telah siap di masak. Walaupun proses memasaknya tidak rumit, tetapi oleh sebab untuk ketelitian dan pengulangan proses menggoreng itu menyebabkan ianya dikatakan boleh megambil masa yang lama. Untuk pengetahuan korang Kek Jantung Pisang ini dikatakan megambil masa selama 2 jam untuk siap, dan jika dijual ianya boleh mencecah sehingga RM70 sebiji. 

Tapi kenapa kek ni di gelar Kek Jantung Pisang? Kalau korang nak tahu kenapa, kena tonton video yang sempat di rakam oleh team Gaya Travel ni.


Okeh inilah sebabnya ia digelar sebagai Kek Jantung Pisang. Bila di potong di tengah-tengahnya texture yang terhasil kelihatan seakan-akan jantung pisang yang di potong. *sangat unik bukan?

Kek Jantung Pisang
Kek Jantung Pisang yang siap dipotong
Jika diteliti dengan baik pada texturenya, ia seakan-akan Kek Lapis Sarawak. Malah rasanya juga seakan Kek Lapis Sarawak, cuma cara memasaknya berbeza iaitu ianya di masak dengan cara digoreng dengan butter. Untuk pengetahuan korang, Kek jantung Pisang ini merupakan makanan tadisi orang-orang lama di Sarawak dan inya cukup popular pada hari dan musim perayaan.

ASAL USUL KEK LAPIS SARAWAK | Ada yang berpendapat, Kek Jantung Pisang ini merupakan Kek Lapis Sarawak yang asli. Senang kata, ianya merupakan asal usul kepada Kek Lapis Sarawak

Pada zaman dahulu, pembakar kek masih belum wujud. Maka ianya digoreng di dalam kuali diatas api yang kecil. Bila wujudnya pembakar kek yang makin mudah, cara pembuatan dan pelbagai jenis kek lapis telah wujud.

Jadi, bagi sesiapa ke negeri Sarawak, jangan lupa untuk cari Kek Jantung Pisang ni. *tu pun kalau korang jumpa hehehe. Tapi kalau teringin sangat, korang boleh ke  Homestay Kg. Melayu Tebakang, Serian untuk mencari Kek Jantung Pisang ni. Memandangkan cara pembuatannya yang cukup menguji kesabaran, ianya sukar untuk dicari berbanding Kek Lapis Sarawak yang sudah cukup popular di Negeri Sarawak.



10 ulasan:
Write comments
  1. Bestnya. Rugi tak dapat pergi haritu :(

    BalasPadam
  2. Rindunya nak balik kampung..huhu

    BalasPadam
  3. Cubalah buat Madi nanti panggil kami test rasa

    BalasPadam
  4. saya yg menetap di sarawak nie pun blm penah lagi merasa kek jantung pisang ni. dan paling mengejutkan baru ptama kali dgr ada nama kek jantung pisang & merupakan mknn tradisional sarawak lg tu.. sbb slama ni tak pnh lagi (walaupun dah seluruh bahagian sarawak sy pergi) pun xtahu jgk kewujudan kek... dan paling best, sy asal serian. dan homestay tu cuma ambil masa 30 min je dr pusat bandar serian... huh! jadi bagi yg tinggal luar sarawak, kalo teringin nak makan kek ni, pergi lah tempah dulu @ btanya dulu dgn pemandu pelancong korang pasal kek ni..kalo blh, sruh dia cri & promote skli kek ni kat korang..atleast korang blh rasa & cuba mknn tradisi sarawak yg blm tentu penduduk sarawak sdri thu kewujudan ia..!

    BalasPadam
  5. kek ni memang sedap,cubaan pertma terus menjadi,tapi kena sabar dan yakim.Masukkan rempah kek lapis sikit(all spices) ke dalam adunan rasanya memang sedap.Terima kasih kepada penulis atas perkongsian resipi.

    BalasPadam
  6. Bestttnyeeee nakkkk mknpulak rase

    BalasPadam


✈ Kami mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri maaf zahir batin kepada semua pembaca setia Projek Travel.
✈ Jom ramai-ramai follow update Projek Travel di twitter ! - https://twitter.com/ProjekTravel
Subcribe Projek Travel !