KEHEBATAN SUPERSTARS OF MAGIC 4 DI GENTING HIGHLAND

SUPERSTARS OF MAGIC 4

KEHEBATAN SUPERSTARS OF MAGIC 4 DI GENTING HIGHLAND | Kalau sebelum ini Mat Remos dan team Projek Travel hanya berpeluang ke MAGIC OF THE NIGHT 2015 Putrajaya. Dan hanya boleh melihat warna warni boat berhias dan sebagainya. Tapi kali ni kami betol-betol berpeluang untuk menonton Magic di Superstars Of Magic 4 yang telah diadakan di Genting International Showroom, Genting Highland.

Untuk pengetahuan korang Superstar of Magic ini telah memasuk tahun ke 4 penganjurannya. Tahun ini, 7 orang ahli silap mata yang terkemuka telah dijemput untuk membuat persembahan. Setiap ahli silap mata mempunyai gaya signature silap mata mereka yang tersendiri.

Dengan bertemakan "Magic of the East Meets West", 7 orang ahli silap mata yang terlibat ini akan mempersembahkan persembahan yang mampu memukau setiap lapisan umur penonton dengan pertunjukkan yang dipersembahkan. Ada juga pertunjukkan yang melibatkan teknologi terkini. Jom kita berkenalan dengan mereka.

1# Alana Moelmann (Jerman)

Alana Moelmann (Jerman)
Siapa sangka gadis secantik ini merupakan seorang ahli silap mata. Berasal dari Jerman dan mampu membuat helah dengan mengeluarkan 6 tangan dari pakaiannya.

2# Jeff Lee (Taiwan)

Jeff Lee (Taiwan)
Jeff Lee seorang ahli silap mata dari Taiwan. Beliau merupakan seorang pemenang anugerah celebrity megician yang boleh mempersembahkan TV magic dan modern music. Beliau juga mampu mengeluarkan beberapa objek dari TV.

3# Ted Kim (Korea)

Ted Kim (Korea)
Peserta dari Korea ini merupakan satu-satunya magician yang menggunakan teknologi terkini dalam membantu persembahan silap matanya. Suntikan elemen terkini menjadikan beliau antara yang digemari dalam golongan remaja dan kanak-kanak.

4# One Gun (korea)

One Gun (korea)
Seorang lagi ahli silap mata yang diterbangkan khas dari korea. Memiliki paras rupa yang kacak dan menjadikan pakaian sebagai objek utama untuk persembahannya. Kalau nak lihat bagaimana dia menukar pakaiannya hanya dalam sekelip mata, kena datang tengaoklah kan.

5# Joseph Gabriel (Amerika Syarikat)

Joseph Gabriel (Amerika Syarikat)
Berasal dari Amerika Syarikat dan sangat expert dalam membuat magic burung merpati. Dengan persembahannya yang sangat hebat dan professional , dia telah digelarkan sebagai "Godfather of Dove Magic". Tapi dengan ilmu yang ada, dia telah membuat kelainan dengan mengeluarkan Angsa dari sehelai kain. *bagaimana mungkin seekor angsa besar boleh dikeluarkan dari sehelai kain kan.

6# Jay Mattioli (Amerika Syarikat)

Jay Mattioli
Menjadi watak utama dalam Superstars of Magic 4 sebagai ahli silap mata yang paling banyak membuat persembahan dan juga sebagai MC. Beliau merupakan seorang celebrity magician dan pernah menjadi finalist untuk rancangan realiti popular America's Got Talent. Sangat pandai berinteraksi dengan penonton dan pandai membawa roh komedi bersama di dalam setiap persembahan silap mata beliau.

HARGA TIKET | Bagi anda yang berminat untuk menyaksikan persembahan Superstars of Magic 4 ni, bolehlah berkunjung ke Genting Highland bersama keluarga atau rakan-rakan. Tiket mula dijual pada harga RM48 sehingga RM248. Persembahan telah berlangsung pada 10 Julai 2015 yang lepas dan akan berakhir pada 25 Oktober 2015 ini.

WAKTU PERSEMBAHAN |  Persembahan akan diadakan pada jam 8 malam hari Isnin hingga Jumaat. manakala pada hari sabtu Sabtu pada pukul 4 petang dan 8 malam. Dan Ahad pukul 4 petang sahaja.

Group Photo_ photo by Potia
Untuk maklumat lanjut boleh menghubungi +060327181118 atau layari www.rwgenting.com
Share on Google Plus
***

2 comments: