GERAI PISANG GORANG MAWAR POPULAR DI JOHOR BAHRU


GERAI PISANG GORANG MAWAR POPULAR DI JOHOR BAHRU | Siapa sangka dengan menjual pisang goreng sahaja boleh menjadi popular di Johor Bahru. Tapi tidak hairanlah , Mat Remos difahamkan bahawa PISANG goreng ini boleh dianggap sebagai salah satu kudapan 'wajib' dan menjadi identiti rakyat Johor.

Pisang Goreng Mawar
LOKASI PISANG GORENG POPULAR | Jika ia adalah benar, menjadi satu kesalahan jika kami dari Projek Travel tak bercerita tentangnya. Alang-alang dah berada di Johor Bahru, haruslah kami cari 'port' goreng pisang yang terkenal disini. Apa yang lebih menarik port goreng pisang popular dan menjadi tarikan pelancong adalah Mawar Cafe di Jalan Sungai Chat, berhampiran Hotel Thistle (iaitu hotel dimana kami menginap) dan ianya betol-betol menghadap Pantai Lido.

Mawar Cafe
Gerai Mawar ini diberi dipanggi kerana dahulunya ia terletak berhampiran bangunan Majlis Wanita Johor (Mawar) dan mempunyai tarikan tersendiri iaitu menjual pelbagai jenis pisang yang menjadi teras perniagaannya. Jadi sehingga sekarang nama itu menjadi ikutan kepada semua pelanggan-pelanggan yang datang.

Address : 
Banana Fritters Mawar 888, 
Jalan Sungai Chat, 80100 Johor Bahru, 
Johor Malaysia 
GPS : 
N01 27.767′  E103 44.474′


Anak pemilik, Noraznia Rasid, 25, berkata, antara jenis pisang yang digunakan untuk membuat pisang goreng di kafenya adalah pisang nipah, tanduk, nangka dan paling eksklusif adalah pisang raja.

HARGA PISANG GORENG | Dari segi harga, untuk pisang biasa RM 1 untuk 2  manakala untuk pisang raja, ianya hanya digoreng jika dioder khas dan ianya berharga RM2 untuk sebiji pisang.

dapur terbuka
pelanggan boleh melihat sendiri cara penyediaan
juga boleh dibungkus untuk bawa balik
Untuk melengkapkan pisang goreng ini, ia disediakan bersama sambal kicap cair.

disediakan dengan sambal kicap

Selain pisang goreng, pihaknya juga menjual kuih-muih tradisional dan moden, nasi lemak, pelbagai jenis mi dan roti berlauk yang turut menjadi tarikan pengunjung ke situ. Gerai ini dikatakan mula beroperasi pada tahun 2003. Waktu perniagaan ialah bermula pada 11.00 pagi sehingga 7.30 petang. Mereka beroperasi setiap hari kecuali hari sabtu.

Rakan media
Gerai ini dikatakan sentiasa penuh dengan pelanggan. Tidak hanya dari penduduk setempat, mereka juga menerima kunjungan dari orang kenamaan dan artis.



Share on Google Plus
***

2 comments:

  1. PISANG GORENG JOHOR,LEBIH2 JB MEMANG TERBAIK. MY HOME TOWN KAN...

    BalasPadam
  2. rindu nak makan pisang dgn sambal kicap, tp tgk harga tu agak mahal gak. mungkin sebab pekerja dia ramai ke...

    BalasPadam