TIPS PEMANDUAN KETIKA MUSIM PERAYAAN


TIPS PEMANDUAN KETIKA MUSIM PERAYAAN | Bulan Ramadhan akan meninggalkan kita. Tidak lama lagi umat islam akan menyambut perayaan Hari Raya Aidil Fitri dan Mat Remos pasti semua orang akan bergegas untuk pulang ke kampung halaman. 

Tapi sebelum anda semua ingin pulang berhari raya dengan gembira bersama sanak saudara, ini ada tips pemanduan ketika musaim perayaan yang ingin Mat Remos kongsikan di sini adalah;


1. Pastikan anda memeriksa kenderaan anda terlebih dahulu, pastikan juga tayar kenderaan anda dalam keadaan yang baik.


2. Rancang masa perjalanan anda terlebih dahulu sebelum memulakan perjalanan, pastikan anda mendapat rehat yang cukup sebelum memulakan perjalanan. 


3. Ketika dalam perjalanan, sentiasa ikut had laju yang ditentukan. Jangan cuba buat sesuatu yang boleh membahayakan nyawa anda dan orang lain. Jangan jadikan jalan raya tempat untuk mencuba kehebatan kereta anda.


4. Berikan isyarat dengan betul dan patuhi semua peraturan keselamatan semasa menukar lorong. Periksa cermin sisi dan cermin pandangan belakang sebelum melakukan pertukaran lorong.


5. Sentiasa patuhi peraturan jalan raya di simpang dengan berhenti apabila lampu isyarat merah atau kuning.


6. Elakkan daripada mengekori kenderaan lain dengan terlalu rapat sepanjang masa kerana ini mungkin akan menjadi punca kemalangan yang serius.


7.Patuhi garis panduan keselamatan semasa memotong. Jangan memotong jika teragak-agak.


8.Jangan memotong barisan atau menyalahgunakan lorong kecemasan. Ia bukan sahaja biadab tetapi membahayakan semua pengguna.

Akhir kata Mat Remos ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA kepada semua pembaca blog Projek Travel dan berhati-hati dijalan raya. 

Share on Google Plus
Sorang berangan model yang suka catwalk dari bucu dinding ke bucu dinding 1 lagi dengan confident tanpa kisah dengan kejian dan herdikan netizen. Menyukai travel secara free dan paling best kalau di spedo oleh orang tertentu. Obses sedikit pada benda yang indah dan helok mata memandang. 

Untuk lebih mengenali beliau secara bersungguh, sila ke blog peribadi beliau di www.duniapatik.com

3 comments:

  1. nak rushing punya pasal, selalunya terus lupa nak amalkan tips2 yg diberi.

    BalasPadam
  2. Selamat Hari Raya kepada team Projek Travel!

    BalasPadam
  3. Semoga semua selamat sampai di destinasi yang dituju.

    BalasPadam