PERKARA PERLU DITEROKAI SEMASA BERAYA


PERKARA PERLU DITEROKAI SEMASA BERAYA | Secara umumnya ramai yang akan pulang beraya dalam beberapa hari lagi. Sungguhpun mungkin akan ada yang tidak pulang beraya disebabkan kekangan waktu kerja mahupun kampung anda adalah rumah anda sekarang. Suasana raya patut dirasai dan diterokai bersama.


Perkara yang perlu diterokai ini juga sebenarnya dipengaruhi oleh habit suka travel anda.

Sebenarnya, untuk raya yang bakal menjelang ni, adalah menarik jika sama-sama dapat terokai aktiviti ataupun persekitaran semasa beraya. Mungkin yang baru mendirikan rumah tangga akan merasa persekitaran baru dengan jiwa yang nervous.

Di sini kami kongsikan kepada anda antara perkara yang patut diterokai masa beraya nanti. 

BUDAYA

Sememangnya setiap negeri di Malaysia secara kursusnya mempunyai pelbagai budaya. Secara amnya, boleh dikatakan hampir setiap kawasan mempunyai budaya yang berbeza. Ada kawasan yang akan bertukar-tukar kuih-muih di pagi hari. Ada kawasan yang akan menziarahi kubur pada subuh hari. Ada kawasan yang hanya akan ziarah kenalan yang kenal di pagi hari. Seronok untuk diterokai.

MAKANAN

Memang tak asing lagi, di mana-mana makanan adalah antara perkara utama yang akan diburu oleh semua kaki travel dan pencinta makanan. Tak terbilang bilangan jenis kuih muih mahupun makanan yang ada, terokai makanan dengan mencuba sebanyak mana yang ada. Uniknya masa raya tak perlu nak diet.



BEZA ANTARA BANDAR

Ini yang unik. Rugi kalau balik raya tak amati perkara di sekeliling. Uniknya mesti ada beza dari tempat kita tinggal dan kawasan yang kita raya nanti. Senang kata raya di Kuala Lumpur tak sama suasana dengan raya di Kuala Selangor. Travel dan terokai. 

HUBUNGAN

Ini yang zaman sekarang selalu terlupa. Jika anda travel ke mana-mana pun, hubungan dengan manusia mesti antara yang utama. At least masa travel mesti jalan nak ke mana walaupun apps waze ada.

Hashtag #projektravel

Dah settle benda ni baru angkat telefon untuk menunjuk. Elakkan anti-sosial sepanjang raya ni na. Tak semua perkara kita dapat lalui masa hari biasa. 

Tujuan kami kongsikan info ini adalah untuk anda lebih bersosial dengan saudara dan orang disekeliling anda. Elakkan anti-sosial. Jangan lupa juga untuk kongsikan 4 perkara yang dikongsi di intagram anda dan hashtag #projektravel. Ramai yang nak belajar dan merasai sesuatu daripadanya.

Share on Google Plus

7 comments:

  1. selalunya bila raya ni barulah dapat jumpa semula sepupu atau saudara yg dah lama x jumpa.... ada yg dah tak cam muka, punya la lama x jumpa.

    BalasPadam
  2. Elakkan beraya dengan iphone,samsung,nokia dan lenovo. Setahun sekali baru jumpa saudara mara.

    BalasPadam
  3. Masa raya nie makanan yang best sebab yang tak pernah jumpa pun akan kita jumpa...

    BalasPadam
  4. Ha ha. Dah settle baru angkat telefon untuk menunjuk.
    Mendalam tu tuan. Sampai ke ulu hati.

    BalasPadam
  5. Aah la..time raya la nak kena-kenal dengan orang lain dan tempat mereka kan...

    BalasPadam
  6. Time raya ni tak balik kampung hoiii.

    BalasPadam