CADANGAN JADUAL PERJALANAN DAN REBAT TOL PLUS SEMPENA AIDILFITRI 2015

Foto_www.themalaysiantimes.com.my
CADANGAN JADUAL PERJALANAN DAN REBAT TOL PLUS SEMPENA AIDILFITRI 2015 | Bagi menyambut ketibaan Hari Raya Aidilfitri, pasti ramai yang akan pulang ke kampung halaman. Seperti tahun-tahun sebelum ini sudah pasti semua lebuhraya akan sesak. Oleh itu, Pihak PLUS HIGHWAY telah mengambil inisiatif untuk mengeluarkan Jadual Perjalanan Hari Puncak 2015 bagi mengurangkan kesesakan di lebuhraya PLUS. Selain itu, pihak PLUS juga memberi rebat tol pada hari perayaan nanti.

JADUAL PERJALANAN HARI PUNCAK 2015


JADUAL PERJALANAN HARI PUNCAK 2015


REBAT TOL PLUS SEMPENA AIDILFITRI 2015


REBAT TOL PLUS SEMPENA AIDILFITRI 2015

Pihak PLUS menawarkan rebat tol sehingga 50 peratus kepada orang ramai yang membayar tol secara elektronik di lebuh raya PLUS pada cuti perayaan Hari Raya Aidilfitri yang akan datang.

“Rebat tol tersebut ditawarkan kepada pengguna kenderaan Kelas 1 yang membayar tol secara elektronik pada Hari-Hari Bukan Puncak iaitu 13, 14, 15, 21, 22 dan 23 Julai bersempena dengan perayaan Hari Raya Aidilfitri. Ia boleh dinikmati oleh pengguna yang menggunakan lebuh raya untuk perjalanan jarak jauh iaitu melebihi 100 kilometer pada hari-hari tersebut.” Pengarah Urusan PLUS Malaysia Berhad, Dato’ Noorizah Hj Abd Hamid berkata, 

Rebat tol :
1) 13 Julai dan 23 Julai --> 50% 
     (pengguna  kad PLUSMiles, kad Touch ‘n Go atau SmartTAG)
2) 14 Julai dan 22 Julai --> 40%
     (pengguna  kad PLUSMiles, kad Touch ‘n Go atau SmartTAG)
3) 15 Julai dan 21 Julai --> 30%
     (pengguna  kad PLUSMiles, kad Touch ‘n Go atau SmartTAG)

Pemberian rebat tol ini adalah salah satu daripada strategi PLUS untuk mengagihkan trafik serta menggalakkan orang ramai bergerak pulang ke kampung sebelum Hari Raya Aidilfitri dan kembali ke bandar selepas berhari raya pada hari-hari Bukan Puncak. Ia juga merupakan penghargaan pihak PLUS kepada orang ramai yang terus menyokong perkhidmatan rangkaian lebuh raya PLUS.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi PLUSLine di 1800 88 0000 atau layari www.plus.com.my


sumber : PLUS MALAYSIA BERHAD

Share on Google Plus

About

Pemilik dan penulis di www.dikbee.com. Untuk sebarang Advertorial, Review Product dan Event boleh hubungi saya melalui email admin@dikbee.com

5 comments:

  1. Harap perjalanan pulang kami anak perantau selamat sampai di kampung halaman.

    BalasPadam
  2. rasanya ramai tahun ni tak balik kampung hehe

    BalasPadam
  3. Kata ade rebat.. sy br je lps kua tol ipoh dr tol duta menggunakan smart tag.. bayaran tetap sm RM26.50. Mohon pihak plus bg pencerahan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dah dia kata rebat...akan direbatkan kembali masa kita top up nanti le...mungkin sebulan pas ni...

      Padam