VIVO X 5 PRO TELAH DILANCARKAN DI MALAYSIA

vivo X5Pro
Vivo X5Pro
PELANCARAN VIVO X 5 PRO DI MALAYSIA | Pada 25 Jun 2015 yang lepas, jenama telefon bimbit dari negara China terkemuka iaitu Vivo telah memperkenalkan smartphone terbaru dari mereka yang digelar sebagai "Touched by Beauty”, iaitu vivo X5Pro, di Malaysia. Pelancaran ini telah berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur atau lebih dikenali sebagai KLCC. Ini secara rasminya megumumkan kepada seluruh dunia bahawa vivo X5Pro telah memasuki pasaran Malaysia.

PELANCARAN VIVO X 5 PRO DI MALAYSIA
Majlis pelancaran besar-besaran ini telah dihadiri oleh Naib Presiden vivo Global sendiri iaitu Mr Alex Feng, Mr Lewis Zeng selaku CEO vivo Malaysia, dan ramai lagi. Pelancaran vivo X5Pro ini dikatakan telah dihadiri oleh lebih 1,500 orang termasuk para media dalam dan luar negara, dan selebriti tempatan.

Mr Alex Feng dan Mr Lewis Zeng
Mr Alex Feng dan Mr Lewis Zeng
PELANCARAN VIVO X 5 PRO DI MALAYSIA
PERASMIAN PELANCARAN VIVO X 5 PRO DI MALAYSIA
Mr Alex Feng menegaskan bahawa vivo bertumpu untuk menjadi pengeluar telefon pintar, dan sentiasa mengikuti moto mereka: "Berani menolak had dan terus membawa kejutan baru", dan telah pun menghasilkan banyak telefon pintar yang menakjubkan. Dari pelancaran telefon pintar vivo yang pertama pada tahun 2012, vivo X1, vivo X3 dan vivo X5Max bukan sahaja berturut-turut memecahkan rekod telefon pintar paling nipis di dunia, tapi juga mempunyai kualiti bunyi Hi-Fi. vivo just menghasilkan telefon pintar degan skrin 2K vivoXplay3S pada tahun 2013, aperture F1.6 besar & optic penstabilan imej Xshot pada tahun 2014, dan telefon pintar pertama di dunia yang mempunyai "Touched by Beauty ", vivo X5Pro.
Duta Vivo Malaysia- Soo Winci, Fuying dan Sam
Duta Vivo Malaysia- Soo Winci, Fuying dan Sam

MENGENAI VIVO X5 PRO


REKABENTUK | Vivo X5Pro ini telah diilhamkan dari alam semulajadi, iaitu dari permukaan setitik air. Kaca 2.5D bermuka dua digabungkan dengan rekabentuk bingkai logam dan kemasan yang menakjubkan. Mempunyai saiz body yang langsing yang dengan hanya berketebalan 6.44mm dan kelebaran saiz skrin yang berukuran 5.2 inci dengan panel Super AMOLED beresolusi 1.920 x 1.080 piksel. Vivo X5Pro boleh dikatakan cukup sempurna dalam kedua-dua visual dan fungsi, memenuhi konsep "Touched by Beauty" dengan sempurna. 

 saiz body yang langsing
FUNGSI | Vivo X5Pro dipasang dengan SmartWake yang mana ianya berfungsi denagn membolehkan pengguna mengawal telefon pintar dengan isyarat tangan. Ia sangat sesuai bagi mereka yang mengutamakan pada fungsi kamera kerana kualiti gambar Vivo X5Pro adalah sangat baik dengan memiliki 13-Megapixel rear camera,  Vivo X5Pro ini juga mempunyai kelebihan autofocus PDAF, bersama flash kelajuan tinggi pada kamera utamanya (LED Flash dan f/2.0 aperture). 


Ini telah menjadikan Vivo mencapai telefon pintar yang mempunyai kelajuan AF industri yang terpantas. Tidak hanya memberi kelebihan pada kamera utama sahaja, Vivo X5Pro juga memiliki 8-Megapixel kamera hadapan dengan f/2.4 aperture dan 80 darjah pandangan yang lebih lebar yang mana ianya mampu mengambil gambar sehinga 32MP. *dan ini sudah semestinya menjadi berita paling baik untuk penggemar selfie di negara kita.


Produk terbaru Vivo ini telah dicipta dengan sempurna melalui kualiti bunyi Hi-Fi, super nipis, kamera berkualiti tinggi, serta sistem operasi Fun Touch OS 2.1 yang berfungsi di atas sistem operasi Android Lollipop. Dan ianya sudah pasti dapat memberikan pengalaman terhebat untuk para belia Malaysia . Untuk maklumat lanjut mengenai smartphone Vivo X5Pro  ini boleh terus rujuk pada website www.vivo.my.

Sudah semestinya, banyak lagi fungsi menarik dengan teknologi tinggi yang dimiliki oleh smartphone Vivo X5Pro ni.

Info : Di China, vivo X5Pro adalah salah satu telefon pintar yang paling popular, menyebabkan vivo X5Pro muncul sebagai juara dari segi jualan semasa musim panas.

HARGA | Harga smartphone Vivo X5Pro ini ketika dilancarkan tempoh hari adalah RM1,599.00.

Bagi mereka yang sudah tertarik dengan kehebatan Vivo X5Pro ni, ianya senang untuk dimiliki kerana menurut CEO vivo Malaysia sendiri iaitu Mr Lewis Zeng :
Vivo telah pun membina rangkaian kami secara aktif di seluruh Malaysia – termasuk lebih 2,000 pusat jualan, 10 pusat perkhidmatan and hampir 1,000 orang pekerja. Pada tahun 2015, vivo Malaysia akan terus meningkatkan pelaburan dalam membina jenama vivo, serta meningkatkan bilangan saluran pengedaran dan pusat perkhidmatan di Malaysia. Dalam masa terdekat, vivo akan terus menyediakan produk yang lebih kompetitif serta menyediakan perkhidmatan yang lebih setempat untuk para pengguna di Malaysia.
_______________________________________________

Mat Remos juga sudah mula rasa terpikat dengan kehebatan teknologi yang dimiliki oleh smartphone Vivo X5Pro ni. Smartphone ini dengan fungsi utama kameranya sangat hebat dan sesuai untuk dijadikan gadget untuk projek travel. Memandangkan kami masih mencari gadget yang sesuai dengan kelebihan fungsi kamera untuk gambar-gambar travel yang lebih berkualiti. Insyaallah jika diberi peluang, kami ingin memilikinya untuk dijadikan gadget rasmi kami.

Untuk maklumat lanjut mengenai smartphone Vivo X5Pro  ini boleh terus rujuk pada website dan facebook mereka.

Website : 

Facebook : 

Share on Google Plus
***

2 comments:

  1. Nipisnya,kalau lihat pada gambar. Kalau orang yang ganas kena cari cover siap-siap. Benda nipis ni mudah sangat tergelincir dari tangan....akak pun macam terpikat jer ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. ahhaah kalau terpikat silalah beli. ekekekeke

      Padam