Pengiklanan & Pertanyaan

projektravel@gmail.com

✈ We share the moment. We share the tips. We share to add value to people.

23 Jun 2015

PENGALAMAN CANDAT SOTONG DI TERENGGANU HARI KEDUA


PENGALAMAN CANDAT SOTONG DI TERENGGANU HARI KEDUA | Hari ke dua candat sotong kami bangkit dengan semangat baru, walaupun jadual pada hari ni cukup padat dengan aktiviti Terengganu Squid Jigging Festival 2015, sehinggakan tiada masa untuk kami berehat apatah lagi untuk melelapkan mata walaupun seminit.


Janji mereka terngiang-ngiang di kepala, tempat yang bakal dituju hari ni dikatakan berbeza dari tempat candat sotong sebelum ni iaitu di Pulau Redang. Ia dikatakan tempat dimana banyak sotong -sotong yang bakal di angkat dari laut oleh peserta-peserta.

Hari Kedua
Lokasi : Pulau Kapas


Pembahagian ahli kumpulan
Pembahagian ahli kumpulan bermula, dan kami dari team Projek Travel telah disatukan di dalam bot 5 bersama seorang peserta dari Hong Kong iaitu Steven Howard. Bot-bot kami sudah sedia menunggu di jeti DUYONG MARINA & RESORT KUALA TERENGGANU dimana ianya merupakan salah satu resort yang menaja penginapan peserta Terengganu Squid Jigging Festival 2015 pada tahun 2015 ni.

Sumber gambar runawaybella.com
Semangat itu bukan hanya pada Mat Remos sorang sahaja, tetapi ia sudah mula meresap kedalam seluruh anak kapal. *cewah ayat dia. Jadi apa yang ditunggu-tunggu lagi. *Jom kita MAJU !!!


Alhamdulillah, cuaca baik dan laut pula tidak seperti hari sebelumnya di Pulau Redang. Masing-masing aktif dan tidak menunjukkan kesan-kesan nak mabuk laut.

Sumber gambar pojiegraphy.blogspot.com
Pada kali ini, kedudukan diantara bot peserta lain sangat dekat sehinggakan kita boleh dengar dan lihat apa yang mereka sedang lakukan. Apa yang lebih meyakitkan hati apabila satu-satu bot menjerit kegembiraan menandakan mereka sudah berjaya menaikkan sesuatu dari dasar laut.

Sumber gambar pojiegraphy.blogspot.com
Bot kami, hanya mampu tunggu dan melihat telatah bot sebelah sahaja. "mana pergi semua sotong ni? cuti sekolah ke apa?" Sahut salah seorang dari kami. Memang nasib tak menyebelahi kami.

Dengan bantuan radio amatur, kami dapat dengat laporan dari setiap bot peserta. Ia memang membuatkan kami lagi stress. Ada bot sudah menaikkan sehingga 13 ekor sotong. *pergh hebat lah. Tapi bila malam menjelma, lampu bot dihidupkan, tidak sampai 30 minit kami dapat seekor sotong kecil.

Bantuan komunikasi dari radio amatur_Sumber gambar pojiegraphy.blogspot.com
Selepas dari itu rezeki mula memihak pada kami. Cuma sotong yang di candat terlepas dari mata umpan. Ada yang hanya mampu menaikkan sesungut sotong je. Siapa sangka, dalam stress kami tidak dapat sotong, benda lain pula yang kami berjaya angkat . Ketam. hahahhaha.


Apapon, kami sangat happy pada malam ni. Walaupun tak dapat bawak balik banyak sotong, tetapi kami yakin, pengalaman dan memoni kat tengah laut ni sudah cukup untuk kami bawa bersama untuk dikongsikan bersama pembaca .  Terima kasih kami ucapkan kepada Gaya Travel dan Tourism Terengganu.


Tiada ulasan:
Write comments


✈ Terima kasih kerana menjadikan Projek Travel sebagai sumber rujukan travel anda. Sebarang maklum balas sila tinggalkan di ruangan komen atau email kepada kami di projektravel@gmail.com
✈ Jom ramai-ramai follow update Projek Travel di twitter ! - https://twitter.com/ProjekTravel
Subcribe Projek Travel !