Pengiklanan & Pertanyaan

projektravel@gmail.com

✈ We share the moment. We share the tips. We share to add value to people.

18 Jun 2015

PENGALAMAN CANDAT SOTONG DI TERENGGANU HARI PERTAMA

Terengganu Squid Jigging Festival 2015
Terengganu Squid Jigging Festival 2015
PENGALAMAN CANDAT SOTONG DI TERENGGANU HARI PERTAMA | Mengikut dari itinerary yang diedarkan oleh pihak peganjur Terengganu Squid Jigging Festival 2015 kepada kami dan semua peserta yang hadir , ternyata ada 2 sesi mencandat sotong yang perlu kami tempuhi dalam tempoh 6 hari program. Kelihatan semua peserta tidak sabar menanti tibanya waktu tersebut.

Hari Pertama
Lokasi : Pulau Redang

Pulau Redang
Pulau Redang
Hari yang dinanti telah tiba, dari penginapan kami di  DUYONG MARINA & RESORT KUALA TERENGGANU, kami telah dibawa ke Pulau Redang untuk aktiviti mencandat sotong sesi 1. *sapa tak teruja kalau dapat ke sini kan? . Pulau yang cukup indah dan mendamaikan. Air yang cukup jernih, pasir yang begitu halus membuatkan kami teruja untuk stay di sini.

Pada hari ini kami diberi masa secukupnya untuk berehat sebelum turun ke laut pada jam 4 petang. Ia juga memberi peluang untuk kami berjalan-jalan sekitar resort yang bakal kami stay malam ni.


Masing-masing telah dibahagi kepada kumpulan yang terdiri dari 10 peserta. Mat Remos telah ditempatkan di Boat 05 bersama peserta Touzeau-Tosi dari Perancis, Steven Howard dari Hongkong, Sara Rodriguez dari Spanyol, Olive Bendon dari Indionesia bersama beberapa orang peserta lain dari Malaysia iaitu Surendran, Dhevindra, Amir Nawawi dan yang lain.

Bersama kumpulan bot 5 
Dari bot polis marin, kedengaran siren dibunyikan menandakan bermulanya Festival Candat Sotong Antarabangsa Terengganu 2015. Hampir satu jam perjalanan ke tengah-tengah laut menjauhi taman laut yang terjaga untuk kami mencari port yang sesuai untuk melakukan aktiviti candat sotong. Akhirnya sauh dilabuhkan untuk memberi peluang kepada kami menurunkan umpan mata kail ke dasar laut. 

ALAT CANDAT SOTONG 


Segulung tangsi dan ada umpan mata kail_ foto www.kisahemasputih.com
Pada alat mencandat yang kami dapat, ada dua mata yang tidak berada selari antara satu sama lain. Yang bahagian paling bawah dibuat dari timah yang cukup untuk tenggelamkan mata umpan ke dasar laut. Ianya dipanggil Candat Twist. Ia juga dilekatkan matakail yang bersisir dibawahnya. Biasanya ia dilengkap kan dengan lapan atau lebih matakail yang berfungsi sebagai penyangkut sotong.

Mata umpan kedua yang berada pada bahagian atas Candat Twist pula dipanggil Candat Apollo/Jig/Ultraman/Roket. Ianya merupakan sejenis umpan mata yang timbul "floating".

TIPS CANDAT SOTONG !!
Sejurus umpan sampai ke dasar, tali tangsi di naikkan 2 depa untuk pastikan umpan tu berada 2 depa dari dasar laut. Ia bermaksud, sotong-sotong ada di sekitar 2 depa dari dasar laut. 

MABUK LAUT


Peserta mula mabut laut
Mabuk Laut boleh terjadi kepada sesiapa sahaja. Tambah pula bila seseorang tu jarang atau tak pernah menaiki bot. Bagi Mat Remos, dalam keadaan bot masih bergerak, keadaan masih boleh terkawal, setelah sauh di turunkan bermula dari saat itu badan mula tidak stabil. Tambah pula dengan arus laut yang makin kuat. Nasib kurang menyebelahi kami, hampir dua jam kami mencandat tanpa hasil. Seorang demi seorang sudah mula tidak bermaya kerana mabuk laut. Ada juga yang sudah mula putus asa dan berhenti dari meyandat.


Ubat yang dimakan untuk menghilangkan rasa mabuk juga ternyata tidak dapat mengatasi masalah mabuk kami ketika keadaan laut semakin bergelora. Akhirnya semua tewas, hanya tinggal awok-awok kapal dengan seorang peserta sahaja yang bertahan.


Akhirnya tepat jam 7.55 malam salah seorang dari awok-awok kapal berjaya menaikkan seekor sotong yang cukup besar dan panjang. 5 minit berikutnya pula bot kami dapat menaikkan seekor lagi sotong yang hampir sama saiz . Alhamdulillah rezeki di hujung waktu.

Sotong yang berjaya dicandat
Pengalaman candat sotong pada malam itu sangat memeritkan kami. Tapi 2 ekor sotong yang berjaya dicandat oleh peserta bot kami sudah cukup memuaskan hati kami kerana ada khabar bahawa ada bot yang langsung tidak dapat hasil.

Baca sambungan hari kedua kami mencandat di PENGALAMAN CANDAT SOTONG DI TERENGGANU HARI KEDUA.


5 ulasan:
Write comments


✈ Kami mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri maaf zahir batin kepada semua pembaca setia Projek Travel.
✈ Jom ramai-ramai follow update Projek Travel di twitter ! - https://twitter.com/ProjekTravel
Subcribe Projek Travel !