Pengiklanan & Pertanyaan

projektravel@gmail.com

✈ We share the moment. We share the tips. We share to add value to people.

9 Jun 2015

KALENDAR AKTIVITI MUZIUM TERENGGANU 2015


MUZIUM TERENGGANU | Merupakan muzium terbesar di rantau Asia Tenggara, Kompleks Muzium Negeri Terengganu menempatkan artifak dan hasil seni yang merupakan warisan berusia beberapa kurun lamanya.

Kompleks Muzium Negeri Terengganu ini terletak di atas tanah seluas 27 hektar di Bukit Losong, Kuala Terengganu, Ianya kelihatan gah dan hebat dari segi seni binanya, berdasarkan reka bentuk Istana Lama Terengganu.

Rekabentuknya terdiri daripada Muzium Utama, Muzium Maritim, Muzium Perikanan, 4 buah rumah tradisional dan taman botani serta herba.

Muzium Utama dibina di atas 16 kaki bajang konkrit dengan galeri yang mempamerkan tekstil dan teknik menenun, senjata tradisional, seni kraf, sejarah, alat kebesaran diraja, alam semula jadi, pembangunan petroleum, seni Islam, seni generasi baru dan kontemporari.

4 blok bangunan yang lain bersambung, untuk mewakili keluarga besar. Di pintu masuk utama bagi kompleks utama, dipamerkan Batu Bersurat Terengganu asli yang terkenal sebagai signatute kepada negeri tersebut.

KALENDAR AKTIVITI MUZIUM TERENGGANU 2015 

Berikut merupakan kalendar senarai aktiviti yang akan berlangsung di Muzium Terengganu pada tahun 2015 ni.

28 Februari 2015
Kompleks Muzium Negeri Terengganu

Pertandingan Mewarna Warisan Kita 2015.
"Our Heritage" Coloring Contest 2015.

7 - 8 Mac 2015
Kompleks Muzium Negeri Terengganu

Pertandingan Gamelan Melayu Sekolah-sekolah Negeri Terengganu.
Terengganu School Open Malay Gamelan Competition.

6 April - 31 Julai 2015
Dewan Mandalika,  Muzium Negeri Terengganu

Pameran Organ Manusia.
The Human's Organ Exhibition.

25 - 26 April 2015
Dewan Batu Bersurat,  Muzium Negeri Terengganu

Seminar Antarabangsa Batu Bersurat Piagam Terengganu.
International Conference of Batu Bersurat Charter Terengganu.

18 Mei 2015
Kompleks Muzium Negeri Terengganu

Perayaan Hari Muzium Antarabangsa.
International Museum Day.

30 Mei - 13 Jun 2015
Kompleks Muzium Negeri Terengganu

Warna warni Cuti Sekolah.
School Holiday Blast.

11 - 13 Jun 2015
Hulu Terengganu

Muzium & Masyarakat.
Museum and Community.

6 Ogos - 31 Disember 2015
Dewan Mandalika,  Muzium Negeri Terengganu

Pameran Pengangkutan Air Dunia Melayu.
Water Transportation Exhibition of The Malay World.

24 - 25 Ogos 2015
Dewan Batu Bersurat,  Muzium Negeri Terengganu

Seminar Pakai Patut Melayu.
Conference On The Traditional Malay Attire.

19 - 26 September 2015
Kompleks Muzium Negeri Terengganu

Rampai Budaya.
Cultural Event.

14 Oktober - 31 Disember 2015
Foyer, Muzium Negeri Terengganu

Pameran Maal Hijrah.
Maal Hijrah Exhibition.

19 - 21 Oktober 2015
Kuala Terengganu

Pertandingan Gamelan Melayu Peringkat Kebangsaan.
National Malay Gamelan Competition.

24 - 26 Oktober 2015
Kuala Terengganu

Festival Gamelan Sedunia 2015
World Gamelan Festival 2015.

21 November -  31 Disember 2015
Kompleks Muzium Negeri Terengganu

Rampai Sari.
Rampai Sari Event.

____________________________________________

Lembaga Muzium Negeri Terengganu, 
Bukit Losong, 20566 Kuala Terengganu,
Terengganu Darul Iman

Latitude : 5.31982421875
Longitude : 103.1032485961914

Tel : 09-632 1200 | Faks: 09-626 6164

p/s : Selamat Bercuti dari kami team ProjekTravel. jangan lupa gunakan hashtaq #projektravel jika berkongsi moment percutian korang di Instagram ya :)

5 ulasan:
Write comments

✈ Terima kasih kerana menjadikan Projek Travel sebagai sumber rujukan travel anda. Sebarang maklum balas sila tinggalkan di ruangan komen atau email kepada kami di projektravel@gmail.com
✈ Jom ramai-ramai follow update Projek Travel di twitter ! - https://twitter.com/ProjekTravel
Subcribe Projek Travel !