HOTEL MURAH DI KUALA TERENGGANU

HOTEL MURAH DI KUALA TERENGGANU | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua pembaca setia projektravel.com ini. Apapun, kita semua sudah berada di pertengahan tahun dan adakah jadual percutian anda semua sudah lengkap? Kali ini Mat Remos ingin berkongsi pengalaman semasa menginap di sebuah Hotel di Kuala Terengganu.

DJ Citi Point Hotel

DJ Citi Point Hotel


Alamat:

No.16,Pusat Niaga Paya Keladi,
Jalan Kampung Daik,
20000 Kuala Terengganu,
Malaysia

Tel: 09-630 9909
Fax: 09-630 9908


Suasana bilik
Mat Remos booking bilik deluxe. Okay la, plug pun dekat dengan katil. Katil selesa. Bantal empuk. Selimut best. Itu yang menjadi keutamaan admin apabila seharian penat berjalan. 

LOKASI HOTEL CITI POINT


Lokasi Hotel
Lokasi Hotel
Bagi Mat Remos, pemilihan hotel ini sebenarnya memainkan peranan yang penting juga apabila kita ingin menempah/menginap. Salah satu tips pemilihan hotel adalah lokasi hotel tersebut. Selain lokasi, bagi yang ingin berjimat di sini anda boleh dapat harga serendah rm 69 untuk satu malam

Pengalaman pertama Mat Remos menempah di hotel ini adalah lokasi seperti yang diberitahu tadi. Memang puas hati dan Mat Remos yakin bagi yang ingin berjimat, pasti akan memilih hotel ini kerana terdapat pelbagai kemudahan yang mencukupi serta berdekatan dengan tempat-tempat yang menarik.


Antara tempat-tempat yang menarik berdekatan hotel ini adalah:

#Stesen Bas MBKT
#Kedai Makan
#KFC
#Bank Rakyat
#Masjid Puteh
#Pasar Payang
#Jeti Kuala Terengganu
#Istana Maziah
#Bazar Warisan
#Pasaraya Mydin
#Kampung China
#banyak lagi

Bagi Mat Remos, apabila berkunjung di tempat orang,lagi nikmat bila berjalan kaki sambil menikmati keindahan negeri tersebut.

KEISTIMEWAAN HOTEL CITI POINT



Antara kemudahan yang terdapat di DJ Citi Point Hotel.

Bagi yang tidak pernah menginap di sini, anda wajib ke sini dan diingatkan supaya menempah awal melalui online/call hotel ini bagi kehabisan bilik. Paling penting wifi dia laju berdesup! :D

So, pernahkah anda menginap di hotel ini? Apa pandangan anda?Jangan lupa kongsikan pengalaman anda disini bersama projek travel. Mana tahu setiap perkongsian anda boleh memberi manfaat kepada orang lain juga.

p/s : Selamat Bercuti dari kami team ProjekTravel. jangan lupa gunakan hashtaq #projektravel jika berkongsi moment percutian korang di Instagram ya :)


Share on Google Plus
Dreba umi kito. Complicated person. Product Review, Invitation Event, Food Review boleh email kito :D email: letopink@yahoo.com

10 comments:

  1. Nice sharing ;)
    Jom singgah: nesaprima.blogspot

    BalasPadam
  2. Not bad juga hotelnya.. nanti mai sini, boleh stay kat hotel ni

    BalasPadam
  3. hotel ni not bad..pernah stay kat sini

    BalasPadam
  4. Boleh la stay sini nanti kalau nak gi Pulau Perhentian

    BalasPadam
  5. first time ke sini, akan selalu singgah baca...banyak info berguna. terima kasih!

    BalasPadam
  6. Tq. Info akak tak pernah lagi menginap di sini. Selalunya di Permai Inn atau di tepi pantai...Tak ingat nama.

    BalasPadam
  7. Nice info. Act, tahu tak mcm mana nak cari hotel bajet di area jetty merang? Kalau ada dapat info, minta share sekali ye. Tq .. :)

    BalasPadam
  8. Assalamualaikum. plan nk ke terengganu bln dpn. just nk tnya hotel ni kne naik tangga ker? maklumlah nk bawa kedua orang tua saya takut tak larat pn nk turun naik tangga nanti. tq in advance

    BalasPadam
  9. Hotel ni tak ada lif rasanya.

    BalasPadam
  10. Hotel ni tak ada lif rasanya.

    BalasPadam