Pengiklanan & Pertanyaan

projektravel@gmail.com

✈ We share the moment. We share the tips. We share to add value to people.

17 Jun 2015

DUYONG MARINA & RESORT KUALA TERENGGANU

DUYONG MARINA & RESORT TERENGGANU
DUYONG MARINA & RESORT TERENGGANU
DUYONG MARINA & RESORT KUALA TERENGGANU | Sempena Festival Candat Sotong Antarabangsa Terengganu atau Terengganu Squid Jigging Festival 2015 yang telah berlangsung pada 2 hingga 7 Jun 2015 yang lepas. 2 buah hotel telah menjadi tempat penginapan rasmi bagi semua peserta. Salah satu hotel yang terlibat ialah Duyong Marina & Resort yang mana dulunya dikenali sebagai dikenali dengan nama Ri-Yaz Heritage Resort & Spa.

INFO MENGENAI DUYONG MARINA & RESORT


Duyong Marina & Resort menawarkan unique five-star boutique paradise terletak di Pulau Duyong, Kuala Terengganu. Resort ini terletak di dalam persekitaran terpencil yang menawarkan suasana penginapan yang tenang, baik dan kemudahan pelayaran menarik. 

TUAN RUMAH PIALA MONSUN Duyong Marina & Resort merupakan tuan rumah kepada Piala Monsun, setiap tahun. Lokasinya yang ideal telah meletakkannya di atas peta dunia pelayaran sebagai tempat perhentian terakhir dalam perlawanan Asia World Match Racing Tour.

TUAN RUMAH PIALA MONSUN
TUAN RUMAH PIALA MONSUN

BILIK DI DUYONG MARINA & RESORT



Duyong Marina & Resort menawarkan sehingga 5 jenis bilik penginapan mengikut kesesuaian dan kehendak pelanggan.
  • 1# Serambi (Deluxe) Garden View
  • 2# Anjung (Executive Deluxe) Garden View
  • 3# Teratak (Executive Suite) Sea View
  • 4# Cemara (Duplex) Garden View
  • 5# Royal Suite Garden View
Kami berpeluang menginap di bilik jenis Serambi (Deluxe) Garden View . Bilik jenis ini cukup besar untuk 2 orang menginap. 

Serambi (Deluxe) - Garden View


Serambi (Deluxe) - Garden View
Serambi (Deluxe) - Garden View
Nikmati suasana mewah dengan unsur-unsur tradisional di Deluxe Chalet dengan lantai kayu jati, dengan private balcony dengan permandangan taman yang subur.

Serambi (Deluxe) - Garden View
Serambi (Deluxe) - Garden View
Semua bilik-bilik tetamu dan suite dilengkapi dengan kemudahan berteknologi tinggi untuk keselesaan pelanggan. Chalet dilengkapi dengan 'skrin LCD 32, sebuah mini Hi-Fi dengan DVD dan akses internet tanpa wayar. Deluxe Chalet disediakan katil King atau katil Twins untuk pilihan anda.

Bilik air
Bilik mandi yang cukup luas mempunyai tab mandi, dua buah singki dan pancuran berasingan.

Bilik air
Sekitar resort
Apa yang bestnya, chalet yang kami stay ini berada betol-betol menghadap kolam renang, tapi nasib tidak menyebelahi kami bila kolam renang mereka dalam proses penambahbaikan.

Kolam Renang


DUYONG MARINA & RESORT 

Pulau Duyong, 
21300 Kuala Terengganu, 
Terengganu, Malaysia 

Email: 
hotline@duyongmarinaresort.com

Website:
www.duyongmarinaresort.com

Tel: (609) 627 7888 
Fax: (609) 627 7878

-------------------------------------------------------------------------------------------

Gaya Travel Magazine




Tourism Terengganu



Pejabat Setiausaha Kerajaan Terengganu,
Tingkat 9, Wisma Darul Iman, 
20503 Kuala Terengganu, 
Terengganu Darul Iman 

Tel : 09-623 1957

Itu sahaja perkongsian Mat Remos kali ini. InshaAllah banyak lagi yang kami ingin kongsikan kepada anda semua. Semoga projektravel.com ini menjadi sumber inspirasi anda :D


p/s : Selamat Bercuti dari kami team ProjekTravel. jangan lupa gunakan hashtaq #projektravel jika berkongsi moment percutian korang di Instagram ya :)

2 ulasan:
Write comments
  1. Sangat mewah jika bermalam di sini.

    BalasPadam
  2. datang waktu monsoon cup hari tu agak pack dengan orang la

    BalasPadam


✈ Terima kasih kerana menjadikan Projek Travel sebagai sumber rujukan travel anda. Sebarang maklum balas sila tinggalkan di ruangan komen atau email kepada kami di projektravel@gmail.com
✈ Jom ramai-ramai follow update Projek Travel di twitter ! - https://twitter.com/ProjekTravel
Subcribe Projek Travel !