Pengiklanan & Pertanyaan

projektravel@gmail.com

✈ We share the moment. We share the tips. We share to add value to people.

26 Jun 2015

AIR ASIA TAWAR 3 JUTA TEMPAT DUDUK PERCUMA

AIR ASIA TAWAR 3 JUTA TEMPAT DUDUK PERCUMA | Wah...berita baik untuk korang-korang yang suka travel. Air Asia dah buka semula tempahan untuk tempat duduk percuma. Ada 3 juta tempat duduk yang ditawarkan untuk pelbagai destinasi domestik dan antarabangsa seperti Alor Setar, Johor Bahru, Kota Bharu, Langkawi, Penang, Terengganu, Kuching, Miri, Ho Chi Minh, Surat Thani, Lombok, Bangkok, Singapura, Jakarta, Xi’an dan banyak lagi destinasi lain. 

AIR ASIA TAWAR 3 JUTA TEMPAT DUDUK PERCUMA

 "Tempat duduk percuma kami kembali lagi dan kami berharap lebih ramai akan mengambil peluang ini untuk melakukan perjalanan dan meneroka tempat baharu. Ini merupakan waktu yang sesuai untuk pengguna kami merancang percutian dan perjalanan mereka untuk tahun depan," kata Ketua Pegawai Komersial Kumpulan Siegtraund Teh dalam kenyataan hari ini.

Bagi promosi tersebut, pengguna hanya perlu membayar cukai dan fi yang dikenakan manakala tempat duduk adalah percuma. Tempat duduk promosi ini sedia untuk tempahan dari 22 Jun hingga 28 Jun 2015, bagi perjalanan dari 15 Feb hingga 31 Ogos 2016.

AIR ASIA TAWAR 3 JUTA TEMPAT DUDUK PERCUMA

Jadi, apa tunggu lagi. Tinggal 2 hari je lagi nak rebut peluang ni. Jom rancang percutian anda dan layari laman web www.airasia.com, aplikasi mudah alih AirAsia di iPhone dan peranti Android, dan juga laman web mudah alih AirAsia di mobile.airasia.com untuk membuat tempahan. Selamat bercuti..

p/s : Selamat Bercuti dari kami team ProjekTravel. jangan lupa gunakan hashtaq #projektravel jika berkongsi moment percutian korang di Instagram ya :)

1 ulasan:
Write comments


✈ Terima kasih kerana menjadikan Projek Travel sebagai sumber rujukan travel anda. Sebarang maklum balas sila tinggalkan di ruangan komen atau email kepada kami di projektravel@gmail.com
✈ Jom ramai-ramai follow update Projek Travel di twitter ! - https://twitter.com/ProjekTravel
Subcribe Projek Travel !