Pengiklanan & Pertanyaan

projektravel@gmail.com

✈ We share the moment. We share the tips. We share to add value to people.

8 Mei 2015

T-SHIRT REKAAN TERHAD AIRASIA

T-SHIRT REKAAN TERHAD AIRASIA | Untuk pengetahuan korang, AirAsia telah menghasilkan t-shrit #AirAsiaMAKNA dengan rekaan terhad bagi mengumpul dana untuk Majlis Kanser Nasional Malaysia (MAKNA)
T-SHIRT REKAAN TERHAD AIRASIA
Harga untuk sehelai t-shirt tersebut adalah RM30. T-shirt rekaan terhad tersebut tersedia dalam saiz dewasa dan kanak-kanak bagi kedua lelaki dan perempuan.

Ianya telah direka dan dihasilkan oleh AirAsia Allstars (staff AirAsia) sendiri, t-shirt ini memaparkan rekaan uniform ikonik kapten dan pramugari AirAsia yang membawa logo MAKNA dan slogan ‘A Meaning To Life’ di bahagian belakang t-shirt tersebut; mengutus mesej positif sebagai sebahagian dari kempen CSR ini.

LOKASI JUALAN T-SHIRT EDISI TERHAD AIRASIA


T-shirt #AirAsiaMAKNA tersedia untuk dibeli di beberapa lokasi di bawah:

Venue
Date & Time
Beach Market Bazaar
Taman Gelora
Kuantan, Pahang
8th, 9th, 10th May 2015
10am – 10pm
Graduan Aspire 2015 KL Convention Centre, Kuala Lumpur
9 & 10 May 2015
12pm - 6pm
Taylor's University Lakeside Campus 
Subang Jaya, Selangor
13 May 2015
10am - 4pm
AirAsia Travel Fair 2015 @ Penang
Gurney Paragon Shopping Mall,
Persiaran Gurney, Penang
16 - 17 May 2015
10am - 10pm
AirAsia Travel Fair 2015 @ Petaling Jaya
Paradigm Mall, Petaling Jaya, Selangor
29 - 31 May 2015
10am - 10pm


Jualan t-shirt bagi kempen ini direka sebagai acara di mana AirAsia dan MAKNA dapat hadir bersama bagi memberi kesedaran terhadap kanser menerusi informasi yang diberikan di kesemua lokasi acara tersebut.

PERADUAN FOTO #AirAsiaMAKNA


AirAsia juga menganjurkan peraduan foto bersempena dengan kempen ini. Semua yang membeli t-shirt eksklusif ini berpeluang untuk memenangi sepasang tiket penerbangan ke destinasi-destinasi terpilih AirAsia & AirAsia X, hanya perlu muat naik foto kreatif mereka memakai t-shirt ini di Twitter atau Instagram dan hashtag #AirAsiaMAKNA. Pemenang akan di umumkan oleh AirAsia pada penghujung kempen ini iaitu pada hujung bulan Jun.

Pembaca juga boleh melawat http://www.airasia.com/airasiamakna untuk maklumat lanjut.

AIRASIA MEYOKONG USAHA MERCY MALAYSIA


Selain dari kempen tanggungjawab sosial #AirAsiaMAKNA ini, AirAsia Berhad juga bersama Yayasan AirAsia telah mengumpul RM 902,447 dalam menyokong usaha MERCY Malaysia menerusi kempen ‘√čast Coast Relief Fund’ awal tahun ini. Dana terkumpul telah membantu mangsa banjir monsun yang melanda negara pada lewat tahun 2014 dan awal tahun 2015; dan menyumbang dalam pembelian peralatan perubatan seperti katil hospital, ubat dan bekalan boleh pakai buang, pemerikasaan perubatan dan peralatan mengimbas bagi 14 klinik terpencil di Kelantan dan Pahang bagi tahap permulaan. Penerbangan percuma bagi lebih dari 200 staff medik juga turut diberikan, bersama dengan lebih dari 28 tan ruang kargo bagi membantu pelbagai NGO dan agensi bantuan kemanusian semasa banjir melanda.

MAKNA ingin mngerakkan asset mereka dalam memberi usaha kuratif, mencegah, penyelidikan, dan sokongan kepada pesakit kanser dan keluarga mereka, golongan berisiko tinggi dan masyarakat awam di Malaysia dan rantau ini. Objecktif mereka adalah bagi melawan kanser dan mengurangkan sakit yang berkaitan, morbiditi, dan kesukaran yang dihadapi pesakit kanser.

Untuk maklumat lanjut mengenai aktiviti terkini AirAsia, korang boleh ikuti update mereka di Twitter (twitter.com/AirAsia) dan Facebook (facebook.com/AirAsia).


2 ulasan:
Write comments


✈ Kami mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri maaf zahir batin kepada semua pembaca setia Projek Travel.
✈ Jom ramai-ramai follow update Projek Travel di twitter ! - https://twitter.com/ProjekTravel
Subcribe Projek Travel !