Pengiklanan & Pertanyaan

projektravel@gmail.com

✈ We share the moment. We share the tips. We share to add value to people.

21 Mei 2015

SENARAI PULAU CANTIK DI MALAYSIA

SENARAI PULAU CANTIK DI MALAYSIA | Mat Remos cukup teruja bila berpeluang untuk bercerita mengenai keindahan pulau-pulau yang mempunyai air yang jernih sehingga boleh nampak ke dasar lautnya. Jangan tak percaya jika Mat Remos ingin khabarkan bahawa, di negara kita Malaysia juga ada beberapa buah pulau yang cukup cantik dan bersih. *tak perlu pergi jauh-jauh ke luar negara.

SENARAI PULAU CANTIK DI MALAYSIA


1# PULAU TIOMAN



Pulau Tioman
Pulau Tioman merupakan sebuah pulau yang terkenal dikalangan peminat sukan menyelam. Pulau Tioman memiliki keluasan 39 km panjang dan 12 km lebar.Pulau Tioman merupakan sebuah pulau di sebelah timur Semenanjung Malaysia,di antara sempadan Pahang dan negeri Johor. Pulau Tioman sebenarnya terletak dalam pentadbiran negeri Pahang Darul Makmur. Bentuk Pulau Tioman dari udara seperti seketul paha ayam. 70 km dariMersing, Johor. Mersing ialah jeti yang paling popular di kalangan pelancong. 36 batu nautika dari jeti Tanjung Gemok, Kuala Rompin di Pahang.

Tempat yang menjadi tumpuan ramai utk dikunjungi ialah Kg.Salang. Antara resort popular di Kampung Salang Salang Pusaka Resort, Salang Sayang Resort & Salang Indah Tioman, kebanyakkan resort diusahakan oleh penduduk Kampung Salang sendiri.

2# PULAU SIPADAN


Pulau Sipadan
Pulau Sipadan ialah sebuah pulau lautan berhampiran dengan Semporna, sebuah bandar di pantai timur Sabah, Malaysia. Pulau Sipadan merupakan satu-satunya pulau samudera di Malaysia daripada batu kapur dengan ketinggian 600 meter dari dasar laut. Pulau Sipadan terkenal sebagai satu pilihan tempat bagi aktiviti menyelam skuba (scuba diving) antara yang terbaik di dunia. Mengikut keputusan undian umum yang dikeluarkan oleh organisasi tunggal bagi pengundian 7 keajaiban terbaik dunia (New 7 Wonders of Nature votes commitee), Pulau Sipadan telah tersenarai antara 77 bentuk muka bumi yang ajaib dan terbaik dunia pada tahun berakhir Julai 2009.

Alam bawah laut Sipadan menawarkan kepada para penyelam pemandangan yang penuh dengan kehidupan marin seperti Barracuda, penyu, ikan, dan sebagainya. Warna-warna yang banyak dan bertukar ganti, birai, celah, batu rungkupan, gua besar dan cerombong yang menegak di bawah air yang dibentuk oleh pelbagai karang menanti untuk disaksikan oleh para penyelam yang ingin menikmati tempat selam yang menyeronokkan di dunia.

Pulau ini telah diwujudkan sebagai tempat perlindungan hidupan liar pada tahun 1933 dan persekitarannya yang asal telah dapat dikekalkan sehingga kini.

Di sekitar Pulau Sipadan mempunyai beberapa kawasan popular untuk penyelam “Hot spot center to scuba divers” misalnya Barracuda Point, Turtle Cavern (Gua Penyu), Coral Gardens Drop Off (terletak berhampiran jeti utama Pulau Sipadan), North Point, West Ridge, Taman-taman Tergantung (Hanging Gardens), Lobster Lair, Staghorn Crest, South Point, Turtle Patch, Batu Karang Tengah (Mid Reef), Whitetip Avenue dan Coral Gardens.


3# PULAU REDANG


Pulau Redang_Sumber Gambar www.visit-terengganu.net
Pulau Redang yang terletak di perairan Laut China Selatan merupakan salah satu daripada sembilan buah pulau yang membentuk taman lautKepulauan Redang, di negeri Terengganu, Malaysia, serta tapak pemuliharaan penyu yang penting. Perairan di sekeliling Pulau Redang juga mengandungi dua buah bangkai kapal yang bersejarah, iaitu H.M.S Putera Wales dan H.M.S Repulse yang telah ditenggelamkan di sini pada permulaan Perang Dunia II dan mewujudkan suasana bagi pendudukan Jepun di Tanah Melayu. Pulau-pulau lain yang berhampiran termasuk Pulau Lang Tengah, Pulau Perhentian Besar, Pulau Perhentian Kecil dan Pulau Bidong.

Pulau Redang adalah salah satu pulau yang terbesar dan yang tercantik di pantai timur Malaysia. Pulau ini kini merupakan sebuah pulau peranginan yang amat popular di kalangan orang Malaysia, dengan kebanyakan mereka yang datang melalui pakej pelancongan. Salah satu pantai yang paling cantik di pulau ini ialah Pasir Panjang. Pasirnya putih dan airnya jernih, dengan batu karang dan ikan terdapat hanya beberapameter dari tepi pantai. Antara kemudahan di pulau ini ialah kegiatan snorkel dan junam.

Pulau Redang boleh dikunjungi melalui Merang dengan bot-bot yang dikendalikan oleh syarikat-syarikat peranginan di sini. Jaraknya dari jetiKampung Penarik ialah 30 kilometer nautika atau Kuala Trengganu melalui Jeti Shahbandar dengan menggunakan feri. Terdapat juga sebuahlapangan terbang kecil di pulau ini.

4# PULAU PANGKOR


Pulau Pangkor_ Sumber Gambar imgkid.com
Pulau Pangkor terletak di negeri Perak, di perairan Selat Melaka. Luasnya cuma 2,200 hektar dan penduduknya berjumlah kira-kira 25,000 orang. Pulau Pangkor merupakan salah satu destinasi pelancongan utama di Malaysia.

Pulau Pangkor merupakan sebuah pulau tropika yang menawan dan memiliki beberapa tempat tarikan pelancong yang menarik. Diantara tempat yang menjadi tumpuan pelancong adalah:-

Kota Belanda
Batu bersurat
Pantai Puteri Dewi
Pantai Pasir Bogak
Teluk Nipah

5# PULAU MABUL


Pulau Mabul_ Sumber Gambar cm yong
Pulau Mabul terletak di pesisir pantai tenggara negeri Sabah, Malaysia. Pulau ini terkenal kerana dekat dengan pulau Sipadan.

Pulau ini kecil dan melengkung dan terdapat banyak batu karang pelbagai jenis. Batu karang menjadi tumpuan spesies ikanmarin kerana banyaknya makanan plankton . Dasarnya tidak dalam, sesuai dengan kejadiannya sebagai pentas benua di Laut Sulawesi. Kedalaman sekitar 25 hingga 30 meter sesuai untuk aktiviti ‘scuba diving’.

Banyak sekali hidupan eksotik seperti sotong kurita, cephalopods, udang geragau, ketam, rumpai laut lain.

6# PULAU DAYANG BUNTING


Pulau Dayang Bunting_Sumber Gambar www.tourism.gov.my
Pulau Dayang Bunting merupakan pulau yang terbesar selepas Langkawi di Kedah. Ia terletak 17.6 km atau kira-kira 15 minit perjalanan dengan bot dari jeti Kuah, Langkawi. Jalan perhubungan hanya melalui bot laju yang boleh disewa di jeti pekan Kuah, pulau Langkawi dengan kadar pakej RM45.00 seorang.

Pulau ini mendapat nama daripada kisah gergasi sakti yang bernama Dayang Bunting. Pulau ini seimbas lalu menyerupai gergasi hamil yang terlena. Dalam perjalanan ke Tasik Dayang Bunting, kita akan lihat bentuk gunung yang menyerupai seorang perempuan sedang terbaring dengan bentuk kepala , dada dan perut yang sedang bunting.

Antara tempat yang menarik di sini ialah Tasik Dayang Bunting dan Gua Langsuir. Gua Langsuir terletak di tengah perjalanan ke Tasik Dayang Bunting. Gua ini adalah akibat kesan hakisan ombak laut jutaan tahun lampau. Terdapat bentuk-bentuk tergantung iaitu stalagtik yang mempunyai pelbagai bentuk – lalu dinamakan langsuir.

Di tengah pulau Dayang Bunting pula terdapat tasik air tawar yang berkeluasan 3 padang bola sepak. Sebuah jeti telah dibina di tepian pulau Dayang Bunting untuk bot-bot pelancong singgah. Tangga-tangga dibina ke atas dan kemudian kemudian menurun ke bawah – jaraknya 1 km sahaja . Sebuah pelantar dibina di tepi tasik dan disediakan jaket keselamatan dan bot berdayung dengan kaki dengan sewaan RM15.00 . air tasiknya hijau jernih dan menimbulkan panorama yang menarik.

7# PULAU PERHENTIAN


Pulau Perhentian_ Sumber Gambar www.florabayresort.com
Pulau Perhentian mula didiami pada penghujung abad ke 18, dipercayai oleh Batin Mina [perlu rujukan] dan keluarganya. Ia terletak sekitar 10 batu nautikal (19 km) dari pantai dalam negeriTerengganu, sekitar 40 batu (64 km) selatan dari sempadan Thailand.

Pulau ini pada awalnya tidak mempunyai nama yang khusus. Ia dijadikan tempat persinggahan bagi kapal-kapal dagang yang berulang alik dari China ke Asia Tenggara seperti Singapura, Jawadan beberapa tempat di Semenanjung Tanah Melayu. Di pulau ini juga dijadikan tempat persinggahan kapal-kapal garam dari Singgora (Selatan Thai), untuk menghantar garam ke Kuala Terengganu.

Oleh kerana pulau ini sering dijadikan tempat persinggahan bagi kapal-kapal yang dalam pelayaran, ia telah dinamakan sebagai Pulau Perhentian. Iaitu pulau tempat kapal-kapal singgah atau berhenti seketika sebelum meneruskan pelayaran. Sehingga sekarang pulau ini masih lagi dijadikan tempat berlindung bagi kapal-kapal dari angin kencang dan ombak besar.

8# PULAU KAPAS


Pulau Kapas_Sumber Gambar merryworldholidays.com
Pulau Kapas terletak di Laut China Selatan, kira-kira 6 kilometer atau 20 minit dari jeti Marang, Terengganu. Namanya berasal daripada pokok kapas yang bunganya boleh dijadikan kain atau kapas. Warna kapas ini berwarna putih.

Pantai Pulau Kapas yang putih bersih dan amat mengkagumkan bagi para pengunjung. Pulau Kapas juga merupakan antara tapak menyelam yang terindah di dunia.

9# PULAU LANGKAWI


Pulau Langkawi_ Sumber Gambar travelcentral.info
Pulau Langkawi merupakan salah satu daripada daerah dalam negeri Kedah Darul Aman, Malaysia. Pulau Langkawi diberi status bebas cukai pada tahun 1987. Kini, pulau yang kaya dengan keindahan semula jadi dan lagenda masa silam ini telah menampilkan diri sebagai salah satu daripada destinasi perlancongan yang paling popular di Malaysia. Langkawi sebenarnya merupakan suatu gugusan pulau di mana Pulau Langkawi merupakan yang terbesar.

Nama Langkawi ialah kombinasi antara “Lang” dan “Kawi”. “Lang” diambil daripada perkataan bahasa Melayu iaitu helang. Pada suatu masa dahulu, Langkawi dikatakan menjadi tempat tinggal kepada sejumlah burung helang kawi. Kawi beerti merah hati, ini kerana helang mempunyai bulu merah hati dan berkepala putih. Kawi juga beerti tulisan Kawi, tulisan yang digunakan oleh masyarakat tradisi Hindu Jawa. Selain itu, Kawi juga merujuk kepada sejenis batu iaitu Batu Kawi. Batu Kawi dikatakan turut terdapat di Langkawi. Patung Helang yang terdapat di Dataran Helang jika diteliti, juga dilihat sedang berdiri diatas Batu Kawi.


Untuk pengetahuan korang, bukan setakat pulau-pulau ini sahaja yang boleh memukau kita. Ada banyak lagi pulau-pulau yang sedang menanti kita untuk diterokai. Mat Remos harap, semoga keindahan pulau-pulau ini akan kekal untuk generasi kita kelak.

p/s : Selamat Bercuti dari kami team ProjekTravel. jangan lupa gunakan hashtaq #projektravel jika berkongsi moment percutian korang di Instagram ya :)

3 ulasan:
Write comments

✈ Terima kasih kerana menjadikan Projek Travel sebagai sumber rujukan travel anda. Sebarang maklum balas sila tinggalkan di ruangan komen atau email kepada kami di projektravel@gmail.com
✈ Jom ramai-ramai follow update Projek Travel di twitter ! - https://twitter.com/ProjekTravel
Subcribe Projek Travel !