MENIKMATI KEINDAHAN SEKITAR RUINS OF ST. PAUL'S

MENIKMATI KEINDAHAN SEKITAR RUINS OF ST. PAUL'SRuins of St. Paul’s merupakan mercu tanda yang sangat dibanggakan di Macau. Ia seolah-olah menjadi signature kepada negara Macau dan mesti dilawati  oleh setiap pelancong yang datang ke Macau

MENGENAI RUINS OF ST. PAUL'S


Sedikit info berkenaan Ruins of St. Paul’s. Ia sebenarnya merujuk kepada permukaan hadapan bangunan yang pada asalnya adalah Gereja Mater Dei yang telah dibina pada 1602-1640 dan runtuhan St. Paul's College, yang berdiri bersebelahan dengan gereja, kedua-duanya telah musnah akibat kebakaran pada tahun 1835. Secara keseluruhan , Gereja lama Mater Dei, St Paul College dan Mount Fortress (Gunung Kubu) merupakan hasil pembinaan Jesuit dan membentuk apa yang boleh dianggap sebagai Macau "Acropolis"

Ruinas de S. Paulo (Ruins of St. Paul's)
Ruinas de S. Paulo (Ruins of St. Paul's)
Apa yang kita dapat lihat adalah bahagian tembok hadapan iaitu muka bagunan daripada Ruins of St. Paul’s yang mana ianya berukuran 23 meter lebar dan 25.5 meter tinggi. Jika korang perasan, tembok ini ada terbahagi kepada lima peringkat / aras. Setiap aras mempunyai maksud dan kepercayaan tersendiri oleh perekanya.

"The sculptured motifs of the façade include biblical images, mythological representations, Chinese characters, Japanese chrysanthemums, a Portuguese ship, several nautical motifs, Chinese lions, bronze statues with images of the founding Jesuit saints of the Company of Jesus and other elements that integrate influences from Europe, China and other parts of Asia, in an overall composition that reflects a fusion of world, regional and local influences."


Kami berpeluang ke sini sebanyak 2 kali iaitu pada sebelah malam dan siang, semata-mata untuk melihat sendiri bagaimana suasana di sini untuk dikongsikan bersama pembaca. Ternyata usaha kami tidak sia-sia kerana ianya cukup memberi kepuasan kepada kami. *kalau ada masa teringin ke sini lagi. eh


LOKASI RUINS OF ST. PAUL'S


Untuk ke Ruins of St. Paul’s ni korang tidak perlu risau kerana ianya cukup mudah dengan bantuan papan arah yang disediakan. *apapon papan tanda arah dia klasik sangat, geram je nak cabut wat balik Malaysia. hehe.

papan tanda arah di Macau
papan tanda arah di Macau
Untuk memudahkan perjalanan korang ke sini, kami nasihatkan untuk korang bermula di Senado Square iaitu salah satu dataran yang menjadi tarikan hebat di Macau. Yang pasti ianya hanya memakan masa beberapa minit berjalan kaki dari Senado Square.

Senado Square
Senado Square

[Bas Awam] Untuk ke Senado Square korang boleh menaiki bas yang bernombor 3, 3A, 4, 8A, 10, 10A, 11, 18, 19, 21A, 26A, 33 bus ke The Av. De Almeida Ribeiro ( San Ma Lo ).

Apa yang Mat Remos nak kongsikan, sepanjang perjalanan kami dari Senado Square ni, korang akan jumpa banyak kedai-kedai dan bangunan bersejarah yang menarik. 

sekitar dalam perjalanan ke Ruins of St. Paul’s

sekitar dalam perjalanan ke Ruins of St. Paul’s

Jangan terkejut jika ramai orang kerana ianya memang merupakan tempat tumpuan. *suasananya sangat meriah kiri kanan depan mahupun belakang.  heheehe



Alhamdulillah, masa yang cukup baik bila kami sampai disini kerana tidak terlalu crowded dengan pelancong. Jadi senanglah sedikit untuk berjalan-jalan dan megambil gambar di sekitar. Untuk pegetahuan korang, pelancong boleh masuk ke dalam untuk melihat di sebalik belakang diding tersebut secara percuma.


Berikut merupakan gambar yang kami ambil di bahagian dalam atau belakang dinding tersebut. Antara tempat menarik lain yang korang boleh akses berdekatan dengan Ruins of St. Paul’s ni ialah :

St. Anthony’s Catholic Church
Camoes Garden (Jardim de Luís de Camões)

p/s : Selamat Bercuti dari kami team ProjekTravel. jangan lupa gunakan hashtaq #projektravel jika berkongsi moment percutian korang di Instagram ya :)

Share on Google Plus
***

1 comments:

  1. Kalau akak pergi dan ada papan tanda hilang nanti akak pergi ambil kat rumah awak ye!

    BalasPadam