Pengiklanan & Pertanyaan

projektravel@gmail.com

✈ We share the moment. We share the tips. We share to add value to people.

10 Apr 2015

TAMAN BOTANI NEGARA SHAH ALAM

TAMAN BOTANI NEGARA SHAH ALAM | Baru-baru ni Mat Remos berkesempatan beriadah sambil meninjau-ninjau keindahan alam semulajadi di Taman Botani Negara Shah Alam. Luas sangat kawasan taman ni. Penat Mat Remos berjalan. Ni pun tak semua kawasan Mat Remos pergi. Berikut antara tempat-tempat yang Mat Remos ronda. Mana tau hujung minggu ni ada juga antara pembaca Projek Travel nak ke sana kan.

Taman Haiwan


Taman haiwan ini meliputi kawasan seluas 72 hektar. Ia juga adalah antara tempat kegemaran pengunjung untuk melihat  secara dekat haiwan-haiwan seperti selembu, rusa, kuda, burung kakaktua, burung merak, burung merpati, arnab, landak dan lain-lain lagi.




Taman Hiasan


Taman Hiasan ini telah diilhamkan oleh Tan Sri Sanusi Junid, mantan Menteri Pertanian Malaysia pada 1986. Di sini pengunjung boleh melihat pelbagai jenis bunga dan tanaman pokok renek. Melalui Menara Pandang Jauh pengunjung boleh melihat pemandangan landskap yang menarik. Taman Hiasan juga sesuai di jadikan sebagai lokasi untuk merehatkan minda.



Rumah Iklim Sederhana Empat Musim


Di Rumah Iklim Empat Musim (RISEM) pengunjung berpeluang merasai suasana empat musim seperti berada di negara beriklim empat musim. Saksikan keindahan panorama di samping kepelbagaian bunga-bungaan di sini.

BULAN
KUTUB UTARA
KUTUB SELATAN
MUSIM
Disember - Februari
Mac – Mei
Jun – Ogos
September - November
Salji
Bunga
Panas
Gugur
Panas
Gugur
Salji
Bunga







Taman Rempah Ratus & Pelbagai Minuman


Di Taman Rempah Ratus & Minuman, pengunjung dapat mengetahui kelebihan dan kebaikan tumbuhan-tumbuhan yang ada. Tumbuh-tumbuhan ini ditanam dikawasan bukit seluas 16 hektar . Antara tumbuhan yang terdapat di Taman Botani Negara Shah Alam adalah :
  1. 1# Teh
  2. 2# Kopi
  3. 3# Lada hitam
  4. 4# Buah pala
  5. 5# Kulit kayu manis


Taman Padi


Kehijauan sawah padi yang terbentang di Taman Padi pasti memberikan gambaran menarik alam semula jadi kepada pengunjung. Terdapat juga Bangsal Serbaguna dan Gelanggang Sepak Takraw sebagai salah satu Tapak Hari Keluarga.



Taman Konservasi Herba & Tumbuhan Ubatan


Taman Konservasi Herba & Tumbuhan Ubatan dibangunkan untuk memberi pengetahuan tentang tumbuhan herba dan ubatan kepada para pengunjung. Landskap menarik dan berwarna-warni tambahan penyeri taman ini.




Kemudahan Di Taman Botani Negara Shah Alam


Peta dan penunjuk arah untuk memudahkan pengunjung 

Kiosk jualan makanan dan minuman

Perkhidmatan sewa basikal 

Perkhidmatan bas di dalam taman. Perkhidmatan bas ini adalah percuma.

Ruang meletak kenderaan bagi memudahkan para pelawat meletak kenderaan mereka. 
Bayaran yang dikenakan kepada pelawat adalah RM3 untuk kereta, 
RM1 untuk motosikal dan RM5 untuk bas.

Kadar Bayaran Di Dalam Taman Botani Negara Shah Alam


PERKARA
KADAR HARGA
(1 Unit @ 1 Hari)
HARI BIASA
H. MINGGU /
KELEPASAN AM
KAUNTER UTAMA DAN KAUNTER TEMPAHAN DAN PENGINAPAN
Tiket masuk dewasa (12 – 54 tahun)
RM 3.00
Tiket masuk kanak-kanak (6 – 11 tahun)
RM 1.00
Tiket masuk warga emas (55 tahun ke atas)
RM 1.00
Pelawat berumur 6 tahun dan ke bawah, rumah anak yatim dan Orang Kurang Upaya
Masuk Percuma

KAUNTER RUMAH IKLIM EMPAT MUSIM

Musim Lain
Musim Salji
Tiket masuk dewasa (12 tahun dan ke atas)
RM 3.00
RM 5.00
Tiket masuk kanak-kanak (4-11 tahun)
RM 1.00
RM 3.00
Pelawat berumur 4 tahun dan ke bawah dan Orang Kurang Upaya
Masuk Percuma

PENGINAPAN
Penginapan Kg Idaman
RM 80.00
RM 100.00

BAYARAN TEMPAT LETAK KENDERAAN
Kereta
RM 3.00
Motorsikal
RM 1.00
Bas
RM 5.00

LAIN-LAIN BAYARAN
Dewan Makan Kg Idaman (1 Unit)
RM100.00
Tapak Hari Keluarga (7 lokasi)
RM 100.00
Kolam Renang & Tepian Kolam
RM 600.00
Caj Pengambaran
RM 1,000.00

p/s : Selamat Bercuti dari kami team ProjekTravel. jangan lupa gunakan hashtaq #projektravel jika berkongsi moment percutian korang di Instagram ya :)

10 ulasan:
Write comments
  1. pernah pergi dulu tapi nama lain...taman cahaya sri alam kan klu x silap.

    BalasPadam
    Balasan
    1. haah sama cuma sekarang dah tukar nama

      Padam
  2. pernah sampai tahun lepas....best juga.

    BalasPadam
  3. aku yang duduk shah alam dah 5 tahun ni pun tak pernah pergi lagi taman botani negara kat shah alam ni hew hewww

    BalasPadam
  4. tapi rumah 4 musim tu mmg glemer laaa

    BalasPadam
  5. Dulu masa kecik2 selalu pegi laman padi dia. Sangat cantik. Hehehe masa tu orang panggil bukit cerakah lagi.

    Nak kene pegi bawak anak2 pulak ni.

    BalasPadam
  6. Dah 2 kali plan ke sini tapi tak kesampaian lagi.

    BalasPadam
  7. masa mula2 nama tmpt ni Bukit Cherakah, pastu tukar Taman Pertanian Bukit Cahaya Shah Alam, pastu last2 skali tukar ke Taman Botani. Selama 30 tahun aku tinggal kat shah alam, mmg tmpt ni tmpt menggamit memori la. Kecik2 lagi aku dah smpai sini, masa tu orang ramai gila nak masuk. Sekarang dah tak ramai dah mcm dulu. Ramai pun kadang2 sebab ada sewa basikal. Apa2 pun akan aku kenang saat2 aku disini buat selamanya.

    BalasPadam
  8. Kat sini ada tempat lepak2 tak?. Saya nak celebrate birthday, just macam tempat berkelah lah. Boleh buat kat sini tak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. lokasi ni sesuai untuk aktiviti riadah, kalau untuk berkelah lepak2 mungkin boleh tapi tak berapa sesuai.

      Padam


✈ Kami mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri maaf zahir batin kepada semua pembaca setia Projek Travel.
✈ Jom ramai-ramai follow update Projek Travel di twitter ! - https://twitter.com/ProjekTravel
Subcribe Projek Travel !