Pengiklanan & Pertanyaan

projektravel@gmail.com

✈ We share the moment. We share the tips. We share to add value to people.

15 Apr 2015

PROJEK TRAVEL MENYOKONG PENUH USAHA AMAN PALESTIN DAN KELAB BLOGGER

PROJEK TRAVEL MENYOKONG PENUH USAHA AMAN PALESTIN DAN KELAB BLOGGER | Alhamdulillah, pada ahad lepas team Projek Travel telah dijemput untuk memeriahkan satu majlis di Hotel Bangi-Putrajaya.

Majlis tersebut adalah Majlis Menandatangani MOU Rakan Korporat Aman Palestin bersama Duta Aman Palestin dan Kelab Blogger Ben Ashaari (KBBA). Tahniah kepada  Kelab Blogger Ben Ashaari kerana dilantik menjadi Blogger  rasmi Aman Palestin.

Majlis ini dihadiri oleh Rakan-Rakan Korporat Aman Palestin, Hospital Az-Zahra, UniKL, Bank Rakyat, Penaja, PTS Publishing, Cosmoderm. Rakan-Rakan Media, blogger-blogger Kelab Blogger Ben Ashaari, Rakan blogger lain. Majlis juga diserikan dengan kehadiran Duta Aman Palestin, Maulana (AF), Heliza Helmi, dan Mr Bie.


Saudara Razi dari blog www.razzwey.com telah diamanahkan oleh Ben Ashaari untuk mewakili Kelab Blogger Ben Ashaari untuk memberikan ucapan !



PELANCARAN BUKU DIARI SEORANG MUHAJIDAH


PELANCARAN BUKU DIARI SEORANG MUHAJIDAH

Pada majlis yang sama juga, Heliza Helmi telah merasmikan buku yang bertajuk Diari Seorang Mujahidah | Kembara Syria. Buku ini ditulis oleh dia sendiri dan Roziyah Mahamad. Buku ini ditulis untuk berkongsi tentang pahit manis pengalaman beliau sendiri sebagai sukarelawan .

Diari Seorang Mujahidah | Kembara Syria

Bagi mereka yang berminat untuk mendapatkan buku tu , bolehlah menempahnya secara online di Tempahan Buku Diari Seorang Mujahidah [klik] 


Terima kasih kepada abnag Ben Ashaari kerana sudi menjemput kami bersama-sama untuk usaha baik ini. Tahniah lagi sekali dari Mat Remos dan team Projek Travel diatas perlantikan ini. Insyaallah semoga dipermudahkan hendakNya.

Website Aman Palestin : https://www.amanpalestin.net/



3 ulasan:
Write comments
  1. Assalam...
    Tahniah buat semua yang terlibat ! ...

    BalasPadam
  2. all the best ! moga Allah permudahkan segala urusan !

    BalasPadam
  3. Tahniah...kerjasama yang baik buat semua pihak.

    BalasPadam


✈ Terima kasih kerana menjadikan Projek Travel sebagai sumber rujukan travel anda. Sebarang maklum balas sila tinggalkan di ruangan komen atau email kepada kami di projektravel@gmail.com
✈ Jom ramai-ramai follow update Projek Travel di twitter ! - https://twitter.com/ProjekTravel
Subcribe Projek Travel !