Pengiklanan & Pertanyaan

projektravel@gmail.com

✈ We share the moment. We share the tips. We share to add value to people.

16 Apr 2015

KEUNIKAN 8 SENI MURAL YANG POPULAR DI IPOH


KEUNIKAN 8 SENI MURAL YANG POPULAR DI IPOH | Kalau ke Ipoh tidak sahlah jika kita tidak megambil peluang untuk melakukan "Heritage tour". Alhamdulillah Mat Remos berpeluang untuk berjalan di sekitar bandar Ipoh tempoh hari *walaupun dalam keadaan hujan ketika bersama program Discover Perak 2015 anjuran bersama Gaya Travel dan Tourism Perak untuk mencari dan melihat sendiri seni mural yang ada di sekitar bandar Ipoh.

Retracing Ipoh’s Evolution From Tin Mining Town With Chinese-Style Painting
Retracing Ipoh’s Evolution From Tin Mining Town With Chinese-Style Painting

Seni Lukisan dinding atau lebih dikenali sebagai "Mural Art" sangat popular di Pulau Pinang. Mural art ini seolah-olah menjadi trending kepada negara kita khususnya dalam bidang pelancongan. 

ARTIS MURAL ERNEST ZACHAREVIC


Ernest Zacharevic, merupakan seorang pelukis terkenal dari Lithuania yang sangat popular dengan hasil seni lukisan dindingnya yang mana sangat popular kini di  Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Johor Bahru, Singapura dan kini di Ipoh.

Old Town White Coffee

Oldtown White Coffee telah bekerjasama dengan Ernest Zacharevic, untuk mewujudkan 'Oldtown Art' sebagai meraikan warisan dan sejarah yang dikongsi antara Ipoh, Old Town dan Oldtown White Coffee.

An Old Uncle Drinking Coffee
An Old Uncle Drinking Coffee

A Bag Of Coffee

Oldtown adalah pengeluar kopi putih yang terkemuka di Malaysia dan bersempena dengan kerjasama ini, Zacharevic telah menggunakan kreativiti yang unik untuk menghasilkan 8 lukisan dinding untuk meraikan Ipoh, Old Town, dimana ianya merupakan tempat  birthplace of white coffee.

LOKASI 8 MURAL ART DI IPOH


Berikut merupakan 8 hasil karya Ernest Zacharevic termasuk koordinat lokasi mural-mural tersebut di sekitar Ipoh:

1. A Paper Plane (4.598776 N, 101.077827 E)
2. An Old Uncle Drinking Coffee (4.59843 N, 101.078542 E)
3. A Yellow Hummingbird (4.596715 N, 101.078483 E)
4. A 'Kopi' Break (4.596771 N, 101.078612 E)
5. A Bag Of Coffee (4.595918 N, 101.078195 E)
6. Girl On A Wall In Bandar Timah (4.59691 N, 101.078152 E)
7. Old Town Relives Nostalgia With Trishaw (4.59531 N, 101.078511 E)
8. Tin Mining Town With Chinese-Style Painting (4.5964 N, 101.079252 E)



Artikel bagaimana proses pembikinan Mural di Ipoh oleh Ernest Zacharevic [klik]

p/s : Selamat Bercuti dari kami team ProjekTravel. jangan lupa gunakan hashtaq #projektravel jika berkongsi moment percutian korang di Instagram ya :)

15 ulasan:
Write comments
  1. dekat dengan ktm station... senang la nak pegi naik ETS jer

    BalasPadam
  2. Tak taw la bila dapat pergi Ipoh ni, Raya nanti kot balik Kedah. Hehehehe

    BalasPadam
  3. boleh dijadikan panduan melawat ipoh..bila ada masa karang,

    BalasPadam
  4. Insyaallah akan terjah lokasi ini.

    BalasPadam
  5. Harap dapat ke sana suatu hari nanti...tq

    BalasPadam
  6. Baru tahu ni, kat Ipoh pun ada mural macam kat Penang tu. :)

    BalasPadam
  7. Wah.. besyna boleh travel in a group to Ipoh, all the local travel bloggers :) Well done!

    BalasPadam
  8. Ipoh antara bandar yang tertua di Malaysia kan.
    Sebab tue banyak bangunan lama-lama yang masih cantik.
    Sesuai sangat kalau peminat photographer kan.

    BalasPadam
  9. Ipoh antara bandar yang tertua di Malaysia kan.
    Sebab tue banyak bangunan lama-lama yang masih cantik.
    Sesuai sangat kalau peminat photographer kan.

    BalasPadam
  10. Terbaik la.. lepas ni boleh round2 ipoh cari mural2 ni semua. :)

    BalasPadam
  11. iols tak pernah berkesempatan lagi discover iPoh

    BalasPadam
  12. Power dia ni. Penang, JB semua dia punya.

    BalasPadam
  13. Ok pasni dah tau kalau sampai Ipoh mana nak p..
    menarik dan unik.. :)

    BalasPadam


✈ Kami mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri maaf zahir batin kepada semua pembaca setia Projek Travel.
✈ Jom ramai-ramai follow update Projek Travel di twitter ! - https://twitter.com/ProjekTravel
Subcribe Projek Travel !