Pengiklanan & Pertanyaan

projektravel@gmail.com

✈ We share the moment. We share the tips. We share to add value to people.

14 Apr 2015

KENANGAN YASMIN AHMAD DIABADIKAN DI IPOH

KENANGAN YASMIN AHMAD DIABADIKAN DI IPOH | Perjalanan di bandar Ipoh bersama rombongan Gaya Travel [klik] dan Tourism Perak [klik] untuk program Discover Perak bukan sekadar hanya dengan kehebatan dan keindahan seni bina lama dan muralnya sahaja. Tapi ianya tidak akan lengkap jika tidak ke Muzium Yasmin  At Kong Heng yang mana ianya terletak di Jalan Sultan Yussuf, Ipoh .


Muzium Yasmin  At Kong Heng ini dibina adalah sebagai tanda memperingati sumbangan hebat arwah Yasmin Ahmad sebagai seorang pengarah filem dan iklan komersial semasa hayatnya. Sudah berapa tahun arwah Yasmin Ahmad telah pergi meninggalkan kita. Kini semua kenangan arwah telah diabadikan di sini untuk peminat-peminatnya. 

Untuk pengetahuan pembaca, majlis pelancaran muzium ini telah dilancarkan oleh aktres Sharifah Amani sebagai individu yang sangat rapat dengan arwah Yasmin AhmadSharifah Amani juga merupakan pelakon yang pernah membintangi beberapa buah filem arahan arwah.


Muzium Yasmin At Kong Heng ada menempatkan pelbagai foto-foto kenangan arwah  Yasmin Ahmad termasuklah beberapa karya terulung arwah sepanjang membikin iklan komersial dan filem-filem seperti Sepet, Gubra, Mukhsin, Talentime, Muallaf, Rabun.


Menurut Sharifah Amani, pembinaan muzium ini seakan meneruskan legasi yang ditinggalkan oleh arwah Yasmin Ahmad. Bila ditanya kenapa memilih bandar Ipoh, pelakon ini berpendapat:-

“Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Ipoh menjadi begitu bermakna kerana muzium ini terletak di bandaraya yang sering menjadi pilihan untuk penggambaran setiap filem Mak. Ini hanyalah permulaan, muzium ini pasti akan diperhebatkan lagi dengan pelbagai pameran termasuk augmented reality yang akan menjadikan pengalaman lebih berbeza apabila berkunjung ke sini,” jelasnya.

Muzium Yasmin At Kong Heng ini telah dibina di atas tapak milik Old Block Sdn Bhd yang mendedikasikan ruang satu tingkat untuk pameran. 

Jadi bagi mereka yang meminati arwah. Bolehlah datang ke Muzium ini untuk melihat sendiri kenangan arwah semasa hayatnya yang telah diabadikan di sini. Harga untuk masuk ialah RM 3.


Alamat :
Muzium Yasmin At Kong Heng
89-91, Old Block Apartments,
Jalan Sultan Yussuf, 
Ipoh, Perak

Facebook :

8 ulasan:
Write comments
  1. Akak belum sampai lokasi ini. Okey akak letak dalam list travel.

    BalasPadam
  2. Menarik ni.. boleh juga pergi nnti. Thanks sharing.. :)

    BalasPadam
  3. Entri yang menarik untuk dibaca! :) Nice pics

    BalasPadam
  4. teringat hasil kerja arwah yang memang best.. mcm iklan2 utk Petronas..

    BalasPadam


✈ Terima kasih kerana menjadikan Projek Travel sebagai sumber rujukan travel anda. Sebarang maklum balas sila tinggalkan di ruangan komen atau email kepada kami di projektravel@gmail.com
✈ Jom ramai-ramai follow update Projek Travel di twitter ! - https://twitter.com/ProjekTravel
Subcribe Projek Travel !