BUS LAMA DIJADIKAN HOTEL EKSLUSIF DI MELAKA | BUSTEL KLEBANG


BUSTEL (HOTEL BAS) PANTAI KLEBANG MELAKA

BUS LAMA DIJADIKAN HOTEL EKSLUSIF DI MELAKA | BUSTEL KLEBANG | Sebelum admin bercerita lebih panjang berkenaan BUSTEL ni. Eloklah admin membuat ulasan serba sedikit mengenainya. BUSTEL memiliki 40 buah bas lama yang pernah diguna pakai di sekitar negeri Melaka, yang mana ianya dikitar semula dan diubahsuai menjadi hotel, restoran dan tandas awam.

17 BUAH BAS LAMA DIJADIKAN HOTEL


17 BUAH BAS LAMA DIJADIKAN HOTEL
17 BUAH BAS LAMA DIJADIKAN HOTEL

Pasti korang tertanya-tanya. Bagaimana mungkin sebiji bas boleh memuatkan sebiji katil bersaiz Queen dan sebuah bilik dilengkapi dengan aircond, Tv dan juga bilik air. *what!!!!! bilik air pun?. Dan ianya lagi mustahil jika difikir jika sebuah bas mempunyai sehingga 2 buah bilik. *hurmmmmmm agak tak masuk akal kan? Jom kita sama-sama tengok bagaimana rupa sebenar bilik yang ada disebalik bas usang ini.

Bas WIRA iaitu yang mana mewakili daerah Bukit Katil
Bas WIRA iaitu yang mana mewakili daerah Bukit Katil

BILIK BUSTEL : 


Kami telah menyewa dua biji bilik iaitu pada sebuah bas yang tertera Daerah Bukit Katil. *sekali lagi admin nak bagitau yang mana sebiji bas ni mempunyai 2 buah bilik. Sebagai contoh, bas yang kami sewa kedua-dua bilik ini dihadapan iait di bahagian kepala bas, mereka sediakan sebuah katil bersaiz Queen. Agak sesuai untuk pasangan yang sudah bekeluarga atau yang datang bulan madu.

BILIK 1 - 1 x Katil bersaiz "Queen"
BILIK 1 - 1 x Katil bersaiz "Queen"

Manakala bilik kedua iaitu dibahagian belakang bas mempunyai 2 katil single. Yang mana ianya muat untuk 2 orang. *awas, tidak dibenarkan untuk melakukan maksiat didalam BUSTEL ini.

BILIK 1 - 2 x Katil bujang
BILIK 1 - 2 x Katil bujang

Ya jangan terkejut kalau korang lihat dari luar, rupa bas seakan besi buruk yang tunggu masa nak mereput je. Tapi bila masuk ke dalam. *ya ampun. seolah-olah bilik mewah. Bahagian dinding keseluruhannya memang di selaputi dengan material yang menyerap bunyi. *tapi boleh dengar la kalau orang bilik sebelah panggil nama kita. ekekekek.

P/S: apa yang admin perasan, bila berada di dalam BUSTEL ni ia seolah-olah dapat rasakan yang ianya bergoyang . Bukan admin je rasa, tapi kawan admin pun dapat rasa. mungkin disebabkan angin pantai yang kuat kot.

PARKING KERETA : 


parking kereta yang mudah bagi mereka yang datang dengan kenderaan sendiri

Bagi mereka yang datang dengan kenderaan sendiri, tidak perlu risu dengan parking kereta kerana ianya sudah disediakan betul-betul di sebelah BUSTEL yang korang sewa.

HARGA SEWA BUSTEL


Hari biasa (hari bekerja) = RM90 semalaman.
Hujung minggu dan cuti umum = RM130 semalaman.


>>harga semasa admin sewa di sini 28-29/3/15<<


Bustel Reception Office
Bustel Reception Office

Untuk pengetahuan pembaca. BUSTEL ini tidak boleh dibook secara walk in. Ianya memang selalu fully-booked, terutamanya di hujung minggu dan cuti umum. Jika ingin ke sini, pastikan korang membuat booking 2-3 minggu lebih awal. *kalau tak nangislah korang, tambah pulak yang datang jauh-jauh semata-mata untuk sewa BUSTEL kan. So kalau korang nak merasa tidur dalam bas, kenalah book awal-awal, ok!

BUSTEL CAFE


salah satu bas yang diubahsuai menjadi restoran
salah satu bas yang diubahsuai menjadi restoran

Berhampiran dengan BUSTEL korang boleh melihat deretan Bas Cafe, iaitu gerai-gerai kecil yang menjual pelbagai makanan 'street food'. Ianya sudah semestinaya berkonsepkan bas. Hanya pilih tempat yang sesuai untuk korang menjamu selera. Ada sebahagian bas cafe memberi perkhidmatan boleh makan di dalam bas dan korang juga boleh makan di bahagian luar bas di bawah khemah yang disediakan. Ada juga yang menjadikan bas tersebut sebagai dapur untuk mereka memasak. *bila malam, suasana kat sini seolah-olah ada pesta, meriah giler.

Tandas juga berkonsepkan bas
Tandas juga berkonsepkan bas : depan untuk lelaki dan belakang untuk perempuan

Ini pula merupakan bas yang dijadikan tandas awam. Ianya berada di sekitar deretan Bus Cafe. Kalau tak silap admin, untuk guna tandas di sini, pegunjung dikenakan charge Rm0.30. *ok fine kena bayar. Pastikan korang tengok sign yang betol-betol lelaki @ perempuan sebelum masuk ke dalam. 

LOKASI BUSTEL KLEBANG


Untuk pengetahuan korang BUSTEL ni terletak di Dataran 1 Malaysia, Pantai Klebang Melaka. Dataran ini merupakan pantai tambak yang wujudkan oleh kerajaan negeri Melaka untuk kemajuan pelancongan di negeri Melaka sendiri.


Bagi mereka yang ingin booking atau maklumat lanjut mengenai BUSTEL ini, boleh hubungi Encik Khairi di talian 0197414113 . 
>> FACEBOOK BUSTEL KLEBANG MELAKA <<

p/s : Selamat Bercuti dari kami team ProjekTravel. jangan lupa gunakan hashtaq #projektravel jika berkongsi moment percutian korang di Instagram ya :)

Share on Google Plus
***

26 comments:

  1. Balasan
    1. bro pernah sampai sini?

      Padam
    2. Tak pernah. Masa study sana belum ada lagi tempat ni. Best betul konsep dia!

      Padam
  2. Waa... Baru tahu ada bustel ni kat Klebang. Boleh gerak ke?

    BalasPadam
  3. Wah menarik gak ni, skali skala something different kan

    BalasPadam
    Balasan
    1. boleh cuba nnti, insyaallah rasa berbaloi

      Padam
  4. ehemmmm nak duduk kat bas ALOR GAJAH je boleh tak ? hahahaa

    BalasPadam
  5. kalau lepak dataran klebang tu.. asal nak try je kedai minum dalam bas tu, mesti tutuppp ! huwaaa!

    BalasPadam
  6. Dah siap rupanya bustel ni. Nak try gak. Konsep dia sangat la menarik. Hehehe

    BalasPadam
  7. The best...

    BalasPadam
  8. Nampak gaya nya kena book. Kami jenis terjah jer.

    BalasPadam
  9. Balasan
    1. waalaikumussalam, ada muat untuk sorang solat dalam satu masa

      Padam
  10. toilet shared konsep ke dengan bilik sebelah?

    BalasPadam
  11. Ada x kedai jualan yg kosong...
    Berminat sgt nak sewa utk meniaga kt situ...

    BalasPadam
  12. siapa ada no tel yg blh sy hubungi utk book bustel ni???

    BalasPadam
  13. Kita boleh dapatkan senarai homestay di kawasan Klebang yang murah di Melaka berhampiran lokasi pelancongan di Bandar Hilir dan Klebang sila lawati;
    http://www.homestaymelaka.com.my atau http://homestaymelaka.worldheritage.com.my

    Begitu juga bagi INDAH Kembara Apartment & Hostel Klebang merupakan penginapan apartment dan hostel murah untuk rombongan di kawasan Klebang dan Bandar Hilir, Melaka boleh lawati http://www.indahkembara.com

    BalasPadam
  14. Macam mana agaknya status projek homestay dari bas lama ni ya. Konsep ni memang nampak unik dan menarik, pasti dapat banyak tarikan dari travel yang ingin mencuba. :D

    BalasPadam