Pengiklanan & Pertanyaan

projektravel@gmail.com

✈ We share the moment. We share the tips. We share to add value to people.

15 Apr 2015

BEBEK BENGIL TERKENAL DI BALI

BEBEK BENGIL TERKENAL DI BALI | Tahukan anda? Bebek Bengil adalah restoran paling terkenal di Bali, Indonesia. Kali ini, Mat Remos ingin berkongsi sedikit-sebanayak info mengenai Bebek Bengil. Mudah-mudahan, bermanfaat untuk sesiapa saja yang merancang untuk bercuti ke Bali, Indonesia.


RESTORAN TERSOHOR DI BALI


Bebek Bengil atau dengan nama lainnya Dirty Duck Diner merupakan salah satu restoran yang tersohor di Bali sejak tahun 1990. Bebek merujuk kepada itik manakala bengil pula bermaksud busuk/kotor. Bebek Bengil yang pertama adalah di Ubud. Selain di Ubud, Bebek Bengil juga kini membuka cawangan lain di sekitar Bali iaitu di Nusa Dua dan Plaza Amata berdekatan Garuda Wisnu Kencana (GWK). Selain itu, Bebek Bengil juga melebarkan sayap perniagaannya sehingga ke Jakarta.

Bebek Bengil ini dipelopori oleh seorang usahawan wanita iatu Anak Agung Raka Sueni. Menurut sejarah, Bebek Bengil diberi nama apabila itik dari sawah padi berdekatan datang membuat kacau dan kotorkan lantai kedai makan dengan lumpur ketika pelanggan pertama sedang menjamu selera. Ekoran dari insiden itu, pemilik kedai makan menamakannya sebagai Bebek Bengil dan menjadi terkenal sehinggal hari ini.


Apa yang berbeza untuk kempat-empat restoran ini adalah lokasi. Kalau di Ubud, kita boleh tengok pemandangan indah sawah padi. Kalau di Jakarta pula, boleh tengok gedung. Kalau di Plaza Amata berdekatan dengan Garuda Wisnu Kencana (GWK) Cultural Park. Manakala, Bebek Bengil Nusa Dua menampilkan perbezaan apabila terletak persisiran pantai yang sangat indah.



Bebek Bengil menampilkan menu utama iaitu crispy fried duck (itik yang digoreng garing) berserta sayur-sayuran dan sambal istimewa. Rahsia kerangupan itik yang disediakan adalah perapan selama 36 jam dalam herba dan rempah, direbus dan akhir sekali digoreng dalam minyak (deep-fried) sehingga garing.*memang syok makan, siap bunyi kruk krak kruk krak lagi, yummeh!*

INFO: Untuk sesiapa yang tidak makan itik, boleh order ayam goreng garing sebagai ganti.

Jadi, untuk sesiapa yang bertandang ke Bali, jangan lupa untuk mencuba Bebek Bengil. Selamat bercuti dari Mat Remos.

7 ulasan:
Write comments
  1. Hahahahaha, nama dia itik kotor, rupanya ambil dari kejadian itik buat kotor kat rumah. hahahah nampak sedap tu. Hehehe

    BalasPadam
  2. nak tnya, adakah restaurant ini halal? :)

    BalasPadam
  3. Sedapnya. Walaupun dah kenyang. Tengok gambar rasa sedap.

    BalasPadam
  4. alaaa nak pi Baliii.. iols tak pernah punn...

    BalasPadam


✈ Terima kasih kerana menjadikan Projek Travel sebagai sumber rujukan travel anda. Sebarang maklum balas sila tinggalkan di ruangan komen atau email kepada kami di projektravel@gmail.com
✈ Jom ramai-ramai follow update Projek Travel di twitter ! - https://twitter.com/ProjekTravel
Subcribe Projek Travel !