11 TEMPAT MESTI DIKUNJUNGI DI KUNMING


11 TEMPAT MESTI DIKUNJUNGI DI KUNMING

11 TEMPAT MESTI DIKUNJUNGI DI KUNMING | Kali ini, kami di Projek Travel excited nak berkongsi mengenai 11 tempat yang mesti dikunjungi di Kunming, Yunnan, China. Sebelum itu, jom kita tengok info-info penting mengenai Kunming.

  • 1# Penerbangan dari Kuala Lumpur ke Kunming mengambil masa selama 4 jam
  • 2# AirAsia terbang dari Kuala Lumpur ke Kunming sekali sehari  
  • 3# Tiada waktu perbezaan antara Malaysia dan Kunming: GMT+8
  • 4# Suhu antara 10°C-16°C pada waktu siang dan 1°C-7°C pada waktu malam
  • 5# Cuaca sejuk sepanjang waktu dan jangan lupa bawa jaket/ sweater
  • 6# Kunming terkenal dengan slogan "Everyday is spring in Kunming"
  • 7# Kunming merupakan pusat politik, ekonomi, kebudayaan, pengangkutan & komunikasi di Yunnan

Ok, sekarang dah tahu serba-sedikit mengenai Kunming. Apa kata, kita sambung dengan 11 tempat mesti dikunjungi di Kunming. Cekidout!

1. Maan Coffee


Salah satu lokasi terbaik untuk lepak santai di bandar Kunming. Menyediakan free wifi dan mempunyai interior design yang  unik. Sistem order menggunakan teddy bear untuk setiap pesanan yang dibuat di kaunter menjadikan Maan Coffee lain dari yang lain.

Maan Coffee
Khai Artzfar - Eazy Izzuddin - penaberkala - Ayu - Aida Sue

2. Yunnan Stone Forest


Antara salah satu destinasi tarikan utama di Kunming ialah Yunnan Stone Forest. Perjalanan dari pintu masuk ke puncak Stone Forest dengan mendaki anak tangga dan melalui batu-batu pelbagai bentuk yang unik menjanjikan satu pengalaman indah yang tak boleh dilupakan. Pemandangan dari puncak yang mempersonakan mampu membuat korang semua teruja.

Yunnan Stone Forest
Keunikan batu-batan di Stone Forest

3. Jiu Xiang Scenic Region


Perjalanan menerokai gua di Jiu Xiang Scenic Region memerlukan stamina yang tinggi. Keunikan stalaktik dan stalakmit yang dipancar dengan cahaya neon berwarna-warni menjadikan suasana lebih meriah. Di akhir perjalanan, korang akan berpeluang melihat air terjun tinggi dan sungai. Aktiviti menarik di sini adalah menaiki cable lift yang mampu membuatkan korang rasa gayat dan gerun. Walaupun cuak, semestinya enjoy!

Jiu Xiang Scenic Region
Laluan dalam gua Jiu Xiang

4. Dongchuan Red Land


Destinasi paling tenang dan menakjubkan di Kunming adalah di Dongchuan Red Land. Kalau datang time musim bunga, memang akan dapat tengok keindahan tanaman berteres kat sini yang penuh warna-warni. Dengan suhu mencecah 3°C, cuaca kat sini memang sejuk. Jangan lupa bawak jaket tebal-tebal dan glove. Kalau bercakap pun mampu keluar asap. Tanaman utama kat sini adalah jagung, labu, lada dan sayur-sayuran. Jangan pelik kalau banyak kediaman di kawasan ini guna jagung dan lada kering buat decoration. Kadang-kadang, diorang jemur biar kering untuk dijadikan makanan untuk haiwan ternakan.  

Dongchuan Red Land

Credit photo: Aida Sue


5. Shuncheng Street Mosque


Antara masjid yang terdapat di Kunming adalah Shuncheng Street Mosque. Selain ruang solat, bahagian bawah masjid ini menyediakan kedai makan yang pastinya Halal dan gerai-gerai makanan yang menyediakan makanan asli di Kunming. Salah satu menu terkenal di sini adalah Cross Bridge Noodle.

Shuncheng Street Mosque
Shuncheng Street Mosque

6. Haigeng Park


Lokasi paling best untuk photoshoot pula adalah di Haigeng Park. Kat sini, terdapat beratus-ratus ekor seagulls yang bebas berterbangan. Aktiviti utama kat sini adalah memberi burung-burung makan roti sambil photoshoot. Siap ada penjaja-penjaja yang stanby duk jual roti di sepanjang jalan. Cuma nak pesan awal-awal, berhati-hati ketika berada di sni. Shit is everywhere,hehe.

 Haigeng Park
Qaseh Dahlia dan Ayu di Haigeng Park

7. Jinmabiji Square


Di tengah-tengah kota metropolitan Kunming, terdapat satu pintu gerbang yang memisahkan antara dua kawasan yang diberi nama Jinmabiji Square. Jinmabiji adalah nama hasil gabungan dua kawasan iaitu Jinma dan Biji. Lokasi ini menjadi tarikan pelancong kerana terletak di tengah ibu kota dan berdekatan dengan pusat membeli-belah dan hotel.

Jinmabiji Square


8. Western Mountain


Menaiki anak tangga ke puncak, berjalan di dalam terowong batu sambil menikmati keindahan panorama Tasik Dianchi adalah aktiviti paling sesuai kat sini. Sama seperti di Jiu Xiang, kat sini juga terdapat perkhidmatan cable lift untuk membawa para pelancong menikmati keindahan di Xishan Scenic Area. Bezanya, view kat sini lagi menarik dan perasaan lagi gayat sebab lagi tinggi, grrrr.

Western Mountain


9. Guandu Ancient Town


Antara lokasi untuk membeli-belah selain pusat bandar adalah di Guandu Ancient Town. Bila kat sini, perasaan seolah-olah berada di pekan lama zaman dulu-dulu. Macam-macam barang ada dijual kat sini termasuklah pakaian, cenderahati, makanan dan perhiasan. Paling penting, kalau membeli-belah kat sini kena pandai tawar-menawar. Perlu ingat, kalau betul-betul nak beli baru tawar ok!

Guandu Ancient Town


10. Daguan Park


Selain Haigeng Park, Daguan Park juga antara lokasi untuk tengok seagulls. Tapi kat sini seagulls tak semeriah yang ada kat Haigeng Park. Tarikan utama kat sini adalah banyak taman-taman yang cantik dan bangunan-bangunan klasik. Pemandangan di Daguan Park memang cantik terutamanya di tasik dan taman-taman bunga.
 
Daguan Park
Tasik di Daguan Park yang dipenuhi seagulls

11. Yunnan Nationalities Village


Tarikan utama di sini pula adalah rumah-rumah masyarakat Yunnan mengikut etnik. Selain daripada persembahan kebudayaan, kat sini juga korang boleh tengok pameran koleksi dan sejarah mengikut etnik. Aktiviti yang tak patut dilepaskan kat sini adalah flying fox merentasi tasik

Yunnan Nationalities Village
Aktiviti flying fox

Inilah antara 11 tempat mesti dikunjungi di Kunming. Sebenarnya, banyak lagi tempat-tempat menarik di Kunming untuk dilawati. Kalau berpeluang untuk ke Kunming, jangan lepaskan peluang untuk terokai sendiri tempat-tempat yang kaya dengan flora dna fauna. Memang tak bosan bercuti di Kunming sebabnya cuaca kat sini sungguh dingin dan mendamaikan. Semoga dengan perkongsian ini, sedikit-sebanyak dapat membantu korang semua yang tengah plan untuk bercuti ke Kunming. Ayuh bercuti!

Untuk mengikuti travelog kami ke Kunming, China selama 6 hari 5 malam, boleh klik sini!

p/s : Selamat Bercuti dari kami team ProjekTravel. jangan lupa gunakan hashtaq #projektravel jika berkongsi moment percutian korang di Instagram ya :)

Share on Google Plus
MoKA as known as penaberkala is a lifestyle blogger who based in Kuala Lumpur. He has blogged since 2009. He was born in Kota Bharu, Kelantan. Previously, studied at SK Melor, MRSM Jeli and Universiti Teknology PETRONAS. He is graduated with First Class Honors in Bachelor's degree Chemical Engineering, major in Process Control and Analysis. Currently, he works in Financial Institution sector. A person who love to travel, food hunting, cooking and addicted to blogging and social media sharing. For more info, kindly visit www.penaberkala.com

5 comments:

  1. aku tertarikk dgn stone forest ~ best nya kalau dapat photoshoot kat sini nii hahaa

    BalasPadam
  2. Lokasi yang akak Nak pergi.

    BalasPadam
  3. susah nak cari pakej yg pergi semua tempat menarik

    BalasPadam