LAUT SEBAGAI TAMAN PERMAINAN | PERKAMPUNGAN INDRA SABAH




LAUT SEBAGAI TAMAN PERMAINAN | PERKAMPUNGAN INDRA SABAH | Siapa sangka, admin dah lama meyimpan hasrat untuk ke tempat seperti perkampungan Nelayan di IndraSabah, Tawau ni. Subhanallah. ternyata ianya lebih cantik dari yang digambarkan.

Perkampungan Indrasabah,Tawau
Perkampungan Indrasabah,Tawau
Rezeki memang memihak pada kami pada hari tu kerana ada penduduk kampung yang sudi membawa kami menaiki bot mereka untuk bersiar-siar di sekitar. *walaupun ada rasa sangsi takut kena jual beramai-ramai. hahaha. Tapi ternyata, mereka memang baik hati.

Boleh tengok senyuman kegembiraan dapat naik bot free. hehe
Rugi kalau tak ambil gambar untuk kenangan
So, ini la peluang kalau nak gambar cantik kan

LAUT SEBAGAI TAMAN PERMAINAN


Dalam kami terpukau dengan keindahan alam semulajadi dan sekitar perkampungan Indrasabah ni. Tetiba mata tertarik dengan kemeriahan di jeti perkampungan tersebut. 

kanak-kanak yang mandi di jeti
Kemeriahan tu datangnya dari suara sekumpulan kanak-kanak yang sedang mandi di jeti. Wah, admin sangat teruja. Macam-macam skill diorang terjun ke laut. Apa yang lagi mengejutkan admin, ada diantara mereka berumur seawal 3 tahun. Terjun ke laut dengan menggunakan 2 botol minuman kecil untuk dijadikan sebagai pelampung. Huh, kurus semangat. Tapi tak perlu risau, mereka mempunyai kelebihan itu.

berenang dilaut tanpa sebarang pelampung
Bagi mereka yang lain. Mandi dilaut tanpa sebarang alat bantuan seperti pelampung adalah mainan mereka. Apa yang admin boleh katakan. Jika kanak-kanak kita di daratan menjadikan padang bola sebagai tempat permainan. Kanak-kanak di sini pula menjadikan laut sebagai taman permainan mereka.

Kalau korang nak tahu lebih lanjut mengenai Kg. Indrasabah ni. 
Boleh baca di :

kemeriahan  waktu pagi. Iaitu ketika nelayan balik dari menangkap ikan di laut.
suasana selepas nelayan balik dari menangkap ikan di laut
Nanti korang boleh tengok gambar-gambar kemeriahan Jeti perkampungan Indrasabah ni di waktu pagi. Iaitu ketika nelayan balik dari menangkap ikan di laut.

cara proses ikan bilis
Dan korang boleh lihat gambar bagaimana mereka memproses ikan untuk dijadikan ikan bilis dan banyak lagi. Ternyata walaupun mereka hanya bekerja sebagai nelayan. Tetapi, mereka hidup dalam keadaan damai bersama-sama jiran-jiran mereka.

psssstttt!!! Apa yang admin dengar, mereka yang berumah di atas air ni tak dikenakan cukai tanah? eh macamana nak dikenakan cukai tanah kalau dah rumah pun diatas air kan. hehe.

Kredit Foto www.norainyusoff.com

p/s : Selamat Bercuti dari kami team ProjekTravel. jangan lupa gunakan hashtaq #projektravel jika berkongsi moment percutian korang di Instagram ya :)

Share on Google Plus
***

3 comments: