Pengiklanan & Pertanyaan

projektravel@gmail.com

✈ We share the moment. We share the tips. We share to add value to people.

27 Mac 2015

HOTEL INI MEMPUNYAI LOBI LAIN DARI YANG LAIN | IANYA ADA DI PORT DICKSON

HOTEL INI MEMPUNYAI LOBI LAIN DARI YANG LAIN | Pada minggu lepas iaitu 22-23/3/2015 admin telah membawa seorang Sahabat PT ke sebuah Hotel yang katanya bertaraf 4 bintang di Port Dickson. Ini merupakan short vacation dan tanda penghargaan kami kepada pembaca blog projektravel.com dan follower-follower kami di Instagram [klik]

Admin MY bersama Sahabat PT
Admin MY bersama Sahabat PT

AVILLION ADMIRAL COVE


Tempat pilihan percutian kami buat kali ini adalah Avillion Admiral Cove. Untuk pengetahuan korang, Avillion Admiral Cove merupakan sebuah hotel berprestij Waterfront terletak di Port Dickson, Negeri Sembilan. Terletak di atas tanah seluas 100 ekar dan dekat dengan ketenangan tepi pantai. Dan ia bersempadan dengan Admiral Marina & Leisure Club berkelas dunia.

Avillion Admiral Cove
Avillion Admiral Cove

Kedudukannya tidak jauh dari hotel Avillion Port Dickson [klik], iaitu hanya memakan masa 10-minit sahaja. Menariknya Hotel Avillion Admiral Cove ini kerana ianya mempunyai reka bentuk seni bina yang mencerminkan gaya Inggeris yang kaya dengan sentuhan modernistic dan permandangan luas menghadap Selat Melaka.

Jeti kapal mewah
Jeti kapal mewah

Avillion Admiral Cove ini mempunyai 2 wing. Dan setiap darinya mempunyai jenis bilik yang berbeza. Semua bilik direka dengan suasana kontemporari yang bersih, yang diilhamkan oleh seni bina sekeliling dan suasana tenang laut. Hotel ini menyediakan 316 buah bilik yang luas untuk setiap pegunjungnya.

Berkenaan dengan parking kereta, korang tak perlu risau kerana ianya cukup, selesa dan selamat.

video


LOBI HOTEL YANG MEMUKAU


Apa yang membuatkan kami lebih teruja bila kesini, apabila pertama kali menjejakkan kaki ke Lobi hotel yang sangat memukau. Ianya seolah-olah membawa korang ke sebuah bilik mewah  terbuka.

Lobi Hotel
Lobi Hotel

Terdapat 2 set katil yang terpisah dari tangga ke bahagian bawah di kiri dan kanan sayap lobi. Ianya cukup menarik dan memukau.

Kemudahan di lobi hotel
Kemudahan di lobi hotel

*macamana, teruja tak? ini bukan bilik okay. Ianya deko sebuah lobi di Avillion Admiral Cove ni. Kami pun tak tengok aje. Sempat duduk baring semua. hehe. *jangan ada yang terlebih pose sudah. hehe. Korang kena ingat yang tempat ni open.

----------------------------------------------------------------------

Jika diberi peluang, kami ingin stay lebih lama disini kerana, banyak aktiviti-aktiviti dapat dilakukan disini. Ianya bukan sekadar tempat untuk berehat dan tidur di bilik mewah :) . Apapon Tunggu review kami seterusnya oleh Sahabat PT Azhari [klik] dan terima kasih kepada pihak Avillion Admiral Cove kerana sudi menerima kedatangan kami selama 2 hari 1 malam.

CONTACT 


Avillion Admiral Cove
5 ½ Mile, Jalan Pantai, 71050 Port Dickson,
Negeri Sembilan, Malaysia.
Tel: +606 647 0888
Fax: +606 648 2444

Kuala Lumpur Sales Office
E-3-1 Southgate Commercial Centre
Jalan Dua Off Jalan Chan Sow Lin
55200 Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: + 603 2170 2115
Fax: + 603 2730 9959
Email: admiralcove@kul.avillion.com (event enquiries)

Avillion Central Reservation
Tel: +603 2730 9988
Fax: +603 2730 9998

LOKASI


GPRS Coordinates:
N 02° 28.571' 
E 101° 50.833'

Time estimates to reach by car :

Kuala Lumpur, 110km (1 hour 15 minutes)
Seremban town, 30km (30 minutes)
Kuala Lumpur International Airport, 70km (1 hour)
Malacca town, 100km (1 hour 30 minutes)
Singapore, 334km (3 hours 30 minutes)


p/s : Selamat Bercuti dari kami team ProjekTravel. jangan lupa gunakan hashtaq #projektravel jika berkongsi moment percutian korang di Instagram ya :)

7 ulasan:
Write comments
  1. wahhh...

    hebat betol hotel ni... yg ni tak pernah p lagi...
    tapi yg lagi satu tu dah pernah masuk..

    BalasPadam
    Balasan
    1. ha kena pergilah lepas ni ya. hehe

      Padam
  2. laaa lobi hotel kaaa ? HAHAHAH ingat kan bilik tidur. kemain selesa ngatt!

    BalasPadam
  3. oh yee.. kalau nak photoshoot kat area jeti bot2 mewah tu boleh ke ?

    BalasPadam
  4. Akak hanya melalui saja tak pernah menginap di sini. tak mampu i...larik Moka diam2 kamu! Jangan balas komen ini.

    BalasPadam


✈ Terima kasih kerana menjadikan Projek Travel sebagai sumber rujukan travel anda. Sebarang maklum balas sila tinggalkan di ruangan komen atau email kepada kami di projektravel@gmail.com
✈ Jom ramai-ramai follow update Projek Travel di twitter ! - https://twitter.com/ProjekTravel
Subcribe Projek Travel !