Pengiklanan & Pertanyaan

projektravel@gmail.com

✈ We share the moment. We share the tips. We share to add value to people.

16 Mac 2015

BALI AGUNG BUKAN SEKADAR SHOW BIASA

BALI AGUNG BUKAN SEKADAR SHOW BIASA | Bali sememangnya terkenal sebagai destinasi pelancongan di rantau Asia Tenggara. Destinasi yang mempunyai banyak tempat menarik terutamanya pantai-pantai yang cantik dan beberapa lokasi tarikan utama seperti Pantai Kuta, Jimbaran, Nusa Dua, Tanjong Benoa, Uluwatu, Tanah Lot, Ubud, Turtle Island dan GWK Cultural Park. Paling penting, Bali juga ada pusat membeli-belah paling murah yang dibuka 24 jam iaitu di Krisna (klik sini).

Bali Agung Show

Kali ini, kami di Projek Travel bukan nak bercerita mengenai destinasi tarikan utama di sekitar Bali, tetapi kami nak berkongsi tentang persembahan yang boleh dikatakan bukan sekadar persembahan biasa. Apa yang cuba kami perkatakan adalah tak lain tak bukan Bali Agung Show. Kenapa? Jom layan video kat bawah ni. Lepas tengok video ni, dah pasti korang semua akan tahu apa keistimewaan dan keunikan Bali Agung berbanding dengan teater-teater atau persembahan di tempat lain.



Alang-alang dah tengok Bali Agung Show secara live, rasanya lebih baik berkongsi kenapa Bali Agung Show bukan sekadar persembahan biasa?
  • Persembahan yang menggambarkan kehidupan secara total penduduk di Bali, Indonesia
  • Gabungan kebudayaan, keseniaan dan gaya hidup
  • Menggunakan props dan pencahayaan yang memukau perhatian
  • Melibatkan props hidup seperti haiwan-haiwan - gajah, singa, harimau, ular, burung, itik, lembu dan ayam.
  • Penceritaan tanpa melibatkan sebarang skrip kecuali tok dalang (tukang cerita) 

Rasanya, cukuplah 5 sebab utama kenapa Bali Agung Show lain daripada yang lain. Garapan istimewa, susunan plot dan penceritaan yang mudah difahami, lighthing dan kareografi yang cukup memukau perhatian.


TIPS:
Untuk tidak kecewa, lebih baik fahami dulu sinopsis atau jalan cerita Bali Agung.


 SINOPSIS CERITA BALI AGUNG

Bali Agung Show mengisahkan Raja Sri Jaya Pangus yang berkahwin dengan anak saudagar dari China iaitu Kang Ching Wie. Namun, setelah lama berkahwin mereka tidak dikurniakan cahaya mata. Akhirnya, Raja Sri Jaya Pangus tekad membawa diri ke satu tempat yang jauh dari negerinya. Bertahun-tahun pemergiannya tanpa khabar berita, rupa-rupanya Raja Sri Jaya Pangus sudahpun berkahwin dengan perempuan lain dan dikurniakan seorang putera. Di pengakhiran cerita, Kang Ching Wei berjaya menemui lokasi Raja Sri Jaya Pangus setelah berusaha mencari. Malangnya, rahsia Raja Sri Jaya Pangus yang sudahpun berkahwin dengan Kang Ching Wei sebelum ini menimbulkan kemarahan isterinya. Dengan kuasa sakti yang ada, isterinya menyumpah Raja Sri Jaya Pangus dan Kang Ching Wei menjadi patung.


BALI AGUNG SHOW

Bali Agung is a timeless journey through a magical theatrical performance that highlights the rich culture and traditions of Bali. It recounts the tragic and heroic legend of King Sri Jaya Pungus and his beloved Chinese wife, Kang Ching Wie.


WAKTU TAYANGAN BALI AGUNG

Jam 2:30 petang setiap hari kecuali Isnin
Lokasi: Bali Theatre


INFO:
Tidak dibenarkan membawa masuk sebarang makanan atau minuman serta kamera/telefon ke dalam Bali Theatre.


Jadi, kalau korang berpeluang ke Bali, jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan sendiri persembahan Bali Agung. Memang menghiburkan, memang menakjubkan. Bali Agung Show, bukan sekadar persembahan biasa. Gerenti korang akan terpukau dengan pementasan ini.

3 ulasan:
Write comments
  1. tu lah kalau x tau kisah apa, memang menganga je la tgk show ni

    BalasPadam
  2. tapi aku x sampai pun lagiiiiiii ke bali T_T

    BalasPadam
  3. Akak dah repeat Bali. Setelah 10 tahun tak ke Bali.

    BalasPadam


✈ Kami mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri maaf zahir batin kepada semua pembaca setia Projek Travel.
✈ Jom ramai-ramai follow update Projek Travel di twitter ! - https://twitter.com/ProjekTravel
Subcribe Projek Travel !